Sedang enak menjamu selera, tiba-tiba tembakan kedengaran dari pintu depan restaurant. Cermin pintu pecah dan keadaan mula riuh. Serba tungang terbalik. Ada yang terjatuh berlanggar sesama sendiri.
"Awak, mereka dah jumpa saya. Awak cepat bersembunyi" kata Jeana. Yang membuat onar tak lain tak bukan mesti si Nour.
"Ikut kami pulang miss. Jangan nak melarikan diri" kata pengikut Nour. Badan pun semua sado-sado belaka.
Felix menggengam penumbuk.
"Jangan cari gaduh di sini" katanya sambil menderam.
"Langkah mayat saya dulu sebelum nak sentuh miss sweetheart saya".tegasnya.
"Sudahlah Felix. Jangan bergaduh lagi. Saya akan ikut mereka"
"Habis tu? Awak akan tinggalkan saya lagi? No way" bangkang Felix.
"Ini untuk keselamatan awak Felix. Biarkan say. Kalau awak degil, habis awak kena bantai" terang Jeana.
Felix berdegil. Konco-konco si Nour habis dilawannya. Dia segera membawa Jeana ke mansionnya.
Manakala, pengikut Nour memaklumkan kepada Nour tentang peristiwa di restoran.
"Cari dia sampai dapat. Kalau tak, kepala korang tiada lagi sampai Besok" kata Nour.
Mesti ada yang nak tahu watak Nour kan?
Dia seorang professor gila. Jeana adalah anak tirinya. Selepas mak Jeana meninggal, dia melakukan kajian tentang mutasi rama-rama dengan manusia. Hasilnya, terjadilah mutan rama-rama Jeana. Jeana dijadikan bahan uji kaji Nour yang mana Jeana langsung tidak bersetuju. Ayah tirinya itu seorang yang gila kuasa dan ingin menakluki dunia dengan hasil kajiannya.
Nour berusia setengah abad iaitu 50 thn ke atas. Seorang professor yang berjaya namun menyalah gunakan kepintarannya. Semuanya kerana kerajaan tidak meluluskan kajian mutasi yang sedang dijalankan olehnya.
Di kepulauan rama-rama, ramai yang menjadi tawanan Nour. Mereka semuanya adalah bahan uji kaji Nour untuk mengetahui kesan mutasi yang dikajinya. Tempoh isolasi selepas suntikan vaksin rama-rama juga sedang giat dijalankan di makmal rahsia milik Nour.
Sekarang semuanya tergendala akibat kehilangan Jeana. Induk kepada mutan rama-rama. Jeana juga merupakan ratu mereka. Setiap daripada mangsa Nour adalah perempuan dan lelaki berusia sekitar 20 an. Makmalnya dikelilingi dawai berduri dan terletak di bawah tanah.
Berkat bantuan ibunya, Jeana berjaya menemuinya jalan keluar dan berjanji akan menghapuskan Nour sekaligus membebaskan tawanan Nour selain mencari vaksin penawar buat dirinya.
Share this novel