Bab 15: Kedatangan saudara

Vampire Completed 7641

Hari itu, Felix mengajak Jeana ke rumahnya.
Jeana terpegun melihat keindahan rumah milik Felix yang sebesar istana. Keluasan dalam rumah pula pula macam balairung seri. Klasik sungguh.
Tanpa diduga, saudara mara Felix datang bertandang pada hari itu. Dan pastinya, mereka semua Vampire. Mana ada vampire yang hidup sorang-sorang. Of course mesti hidup berpuak-puak supaya dapat menjamin keselamatan dan mengukuhkan kuasa di tempat yang dikuasai.

"Hi Felix. How are you? " Sapa Elsa. Salah seorang vampire perempuan yakni merangkap sepupu Felix.
Kedatangan yang tak dirancang mengejutkan Felix. Mana nak sorok Jeana?

Terlambat sungguh Felix. Seorang demi seorang memunculkan dirinya dalam rumah agam Felix.

Jeana disembunyikan di belakangnya. Pak cik Felix iaitu Mr. Darline menegur Felix dan ternampak Jeana yang menyorok di belakang Felix.

"Siapa perempuan cantik itu Felix? Tak nak kenalkan pada kami semua ke?"tanya Mr. Darline.

"Bau darahnya begitu harum dan manis. Kenapa tak bagitahu kami awal-awal" kata Josh. Anak sulung Mr Darline.

"Ini bukan mangsa kita. Dia adalah miss sweetheart saya. Kalau kamu tak kisah, saya akan mengahwininya hujung bulan ini" terang Felix.

"Kamu tidak boleh kawin dengan sembarangan Felix. Ingatlah, hanya cinta sejati yang akan mengakhiri sumpahan puak kita. Apa kamu yakin dialah orangnya? " kata Pak ciknya sambil menunjuk pada Jeana.
"Saya yakin pak cik. Berikan sedikit masa kepada saya untuk menyelesaikan masalah ini. Tolong jangan beritahu puak pemerintah tentang Jeana.

"Itu kami tak boleh janji. Mata-mata puak pemerintah ada di mana-mana. You just becareful" kata Darline.
Manakala, Jeana pula rimas asyik dihidu oleh vampire yang lain. meremang bulu romanya. Nasib sesunggut di kepalanya tak keluar.

Felix menghilang ke dapur mengambil air untuk saudaranya. Tapi, melihat Jeana yang ketakutan, dia mengajak Jeana sekali.
"Don't be afraid. Mereka okay. Mereka takkan mengacau kamu selagi saya ada"Kata Felix.

Jeana mengekori Felix Sambil membawa gelas yang berisi darah. Kata Felix, mereka meminum darah haiwan seperti lembu dan kuda.
Tapi, Jeana tak percaya. Bayangkan dia pernah nampak Felix menghisap darah wanita di dalam ofisnya. Uish.. seram deh gue..

Saudara Felix mula menjamu selera. Namun, dia tidak tahu kalau ada mata-mata Nour di kalangan mereka.

Si dia melaporkan pada Nour tentang keberadaan Jeana di rumah Felix.

Sebenarnya dia sudah lama mengintip pergerakan Felix dan Jeana. Nour ada plan sendiri. Dia akan culik Jeana selepas ini.

Sejenis bom asap dikeluarkan dan ditekan punatnya. Asap yang tak berbau memenuhi ruang dalam rumah. Mereka berasa mengantuk dan langsung terlena.

Si dia yang memakai penawar pun mengangkat Jeana dan dibawa ke makmal rahsia milik Nour di sebuah pulau rahsia.

"Mission accomplish" lapornya pada Nour.

"You did a good job. Come here dan ambil upah kamu" kata Nour.
Dia menunggu kedatangan jet peribadi yang membawa Jeana yang masih pengsan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience