Pengikut Felix menyambut kepulangan Felix di depan pagar mansion. Walaupun wajah mereka bengis-bengis belaka, mereka riang mendengar kepulangan boss mafia mereka.
Felix memang leader yang bagus.. no wonder dia disayangi semua anak buahnya.
Mansion Felix juga sudah berubah.. depan belakang ditanam bunga segar. Sekali nampak macam taman bunga. Dihiasi dengan bungaan yang segar dan kalau musim bunga,seperti kedai bunga.. nampaknya kena tukar job jadi penjual bunga pulak..
Sebuah Velfire menyusur masuk dan gate ditutup mengunakan remote kawalan jauh.
Mallone dan Max keluar dan membukakan pintu kereta buat ibu bapanya. Felix dan Jeana menapak keluar dan langsung masuk ke dalam mansion.
"Surprise!!! "
"Selamat kembali boss"
Mallone membuat parti kejutan menyambut kepulangan ibu bapanya.
Di dalam mansion, terdapat banner tertulis "SELAMAT KEMBALI FELIX DAN JEANA"
Kek setinggi 5 tingkat diletakkan di hadapan mereka.
"I am so happy. What a big suprise son..thank you so much" ucap Felix pada Mallone.
"Thank you. Selamat kembali ayah ibu" Kata Mallone dan memeluk orang tuanya dengan erat.
Tanpa membuang masa, mereka pun mula menjamu selera. Tetapi, Jeana kelihatan tidak bermaya dan pucat. Dia kelihatan mengantuk. Mungkin terlalu letih. Jeana makan ala kadar sekadar isi perut dan langsung terlena di meja makan.
"Mallone, ayah angkat ibu dulu. Mungkin dia terlalu letih dalam perjalanan" kata Felix.
Dia mendukung Jeana ke bilik mereka ala bridal style. Senang nak angkat sebab Jeana slim.
Jeana diletakkan perlahaan atas katil dan Felix turut merebahkan badannya atas katil bertilam empuk.
"Heaven gila" katanya dan mula terlelap.
Mallone hanya memandang ibu bapanya yang tertidur pulas macam budak-budak. Jeana sudah berubah posisi tidur dan terbaring atas perut Felix. Terbongkang dua ketul tu tak ingat dunia. Sudah la bilik tak berkunci.
Mallone membatalkan niat bertemu ibu bapanya. Dia menutup pintu dan langsung ke bilik peribadinya untuk belajar. Ingat Mallone tak sekolah? Dia masuk private school. Dia juga mengupah private teacher mengajarnya di rumah supaya tidak ketinggalan dalam pelajaran. Maklumlah, Mallone jarang pergi sekolah kerana sering mengikut Max menyelesaikan masalah kumpulan mafia mereka.
Felix tersedar ketika hari sudah petang. Lama betul dorang tidur. 24 jam. Baru kali ni dapat tidur berkualiti. Dia mengejutkan Jeana.
"Darling, bangunlah.. awak tak lapar ke? " tanyanya pada Jeana.
Jeana hanya membuka sebelah mata.
"Tak larat nak bangunlah.. penat"
"Sayang laparlah.. cepat la bangun masak" gesa Felix.
Jeana tidur semula. Kurang asam kau kan..
Felix mula mengacau Jeana.. telinga Jeana digigit sensual. Sengaja nak turn on Jeana. Mana tahu, rezeki kan, dapat makan.. aumm..
"Ish, jangan kacau. pi main jauh-jauh" usir Jeana.
Felix tak peduli. Dah turn on takkan nak turn off. Impossible.. Dia bangun menindih Jeana
Nak tak nak, Jeana kena layan dia jugak.
Jeana tersedar apabila dia susah bernafas ketika Felix mencumbunya.
"Arghh.. lepaslah" kata Jeana dan menggigit bibir Felix. Mereka berantam seketika. Jeana asyik menepis Felix yang mahu membuka dressnya. Sapalah yang pandai-pandai tukar pakaiannya.
"Jangan ingkar perintah suami. Nanti masuk neraka" kata Felix.
"Perintah apa? "
"Masakkan sayang sesuatu. Laparlah"
"Suruhlah Maid. Orang ngantuklah"
"Maid masak tak sedap macam awak. Kalau awak tak mahu, saya ehem-ehem awak sekarang jugak"ugut Felix.
"Yalah-yalah" kata Jeana dengan nada malas.
"Tapi, sebelum tu, kita mandi dulu" kata Felix langsung mencempung Jeana ke bilik mandi
Dia suka melihat Jeana transform jadi rama-rama bila terkena air. Double seksi gitu..
Mereka saling memandikan pasangan. Bonding time.. yeahh..
Share this novel