Kumpulan mafia Felix mengadakan perhimpunan tertutup tergempar pada pagi itu.
Kehadiran ahli Kumpulan The Cleo diwajibkan kerana terdapat isu penting yang akan dibangkitkan. Terutama isu Eva yang kononnya menjadi tawanan kumpulan Felix.
Selesai berhimpun, kelibat Felix muncul di depan para anak buahnya.
"Selamat pagi semua" bicara Felix bergema.
"Selamat pagi boss"
"Saya memaklumkan akan kehadiran anak musuh kita, Vincent, dalam perhimpunan kali ini. Silakan keluar.. Saya memperkenalkan Eva" kata Felix.
Eva keluar dari sebalik tirai tempatnya bersembunyi.
Suasana senyap seketika melihat kemunculan gadis cantik bak bidadari kayangan itu.
Eva tersenyum canggung. Berada dalam kalangan vampire tak pernah terlintas di fikiran. Inilah seperti mimpi menjadi realiti.
Mereka menderam menghidu bau harum darah manusia itu. Seakan tak sabar mahu menerkam dan menghisap darahnya.
Felix menggeleng kepala.
"Calm down.. Dia bukan mangsa kita sebaliknya kita mesti fikirkan cara untuk menyerahkan Eva kepada Vincent tanpa Vincent tahu apa sebenarnya berlaku. Kelak dia akan lancarkan serangan jika mengetahui anaknya berada di tangan kita" terang Felix.
"Kenapa tidak kita serahkan saja dia secara bersemuka. Lagipun kita semua tidak mengapa-apakan dia" kata salah seorang dari mereka.
Tiba-tiba terdengar bunyi beberapa das tembakan dari luar. Pintu terbuka luas dan Vincent melangkah masuk dengan penuh aura mafianya. Rantai leher yang dipakai berkilat-kilat terkena cahaya. Siap dengan pakej anting-anting berbentuk semut merah. Mukanya bengis tak usah kata banyak. Memang tengah marah habis.
"Well, look who's here" kata Felix sambil menepuk tangan.
"Kembalikan anak saya, Felix. Kamu bukan tandingan saya. Jadi, berhenti cari pasal" kata Vincent.
"Ayah!! " teriak Eva. Dia menerpa memeluk ayahnya.
"Ada mereka apa-apakan kamu Eva? " tanya Vincent.
"Tidak ayah. Mereka selamatkan saya dari perompak semasa dalam perjalanan pulang. Ayah janganlah salah sangka" kata Eva.
"Baguslah.. Kalau macam tu, mari kita pulang. Keadaan di sini sangat tidak selamat buat kita" kata Vincent.
"Tunggu dulu" teriak suatu suara.
Vincent menoleh ke belakang. Dia ternampak Jeana berlari anak ke arahnya.
"Ada apa lagi.. jangan buang masa saya" kata Vincent dengan nada bosan.
"Pak cik tak ingat saya? Saya anak kepada Elsa iaitu adik Pak cik" kata Jeana.
"Benarkah? Jadi kamu Jeana? anak Elsa? " kata Vincent penuh tanda tanya.
"Saya la yang selalu pergi ke rumah uncle dulu. Masa saya kecik, saya selalu bermalam di rumah uncle. Cuma, lepas kami berpindah, saya tak pernah jumpa uncle lagi" terang Jeana.
"Ya Tuhan, ini memang kamu. Sudah merata dunia pak cik menjejak keberadaan kamu. Ibu kamu di mana?" tanya Vincent.
"Ibu sudah meninggal dunia tak lama selepas kami berpindah. Jasadnya tidak ditemui" kata Jeana dengan sedih. Air matanya bertakung di pelupuk mata.
Vincent menarik Jeana dalam pelukan.
"Don't cry.. Sekarang kamu sudah ada uncle. Eva ini anak saudara kamu" kata Vincent. Dia juga menitis air mata terharu. Rupa-rupanya pencariannya mencari anak saudaranya itu sudah berakhir.
Mereka berpelukan bertiga.
Tiba-tiba Jeana ditarik kasar.
"Jangan peluk bini aku lama-lama" kata Felix yang sedari tadi jadi penonton.
"Jadi, Felix ini suami kamu, Jeana? " tanya Vincent.
"Ya uncle. Kami ada anak lelaki seorang. Mallone, come here. Meet your the only one uncle" kata Jeana dan menggamit Mallone ke arahnya.
"Jadi, saya sudah dapat title datuk la nie? Berapa umur anak kamu Jeana? " tanya Vincent.
"16 tahun" sampuk Mallone.
"Wah, kamu ternyata sama umur dengan Eva" kata Vincent teruja.
" Saya cadangkan agar kumpulan kita bersatu. Boleh kan Felix? Jangan kita bermusuh lagi" kata Vincent.
"Kalau kamu tak mulakan, saya takkan membalas balik" kata Felix penuh makna tersirat.
" Hentikan muslihat kamu Felix. Penyatuan ini akan menguntungkan semua pihak. Malah, kita boleh besarkan kawasan jagaan kita. Saya pun sudah tua. Banyak bergelumang dosa dan kejam. Kalau kita bersatu, saya akan serahkan semua pada kamu. Saya ingin bersara dan cuci tangan" Kata Vincent.
Felix tergamam. Ternyata musuhnya ini sangat baik hati walaupun pembengis. Betul la jangan menilai seseorang melalui raut wajah tetapi melalui hati budi.
"Saya setuju"kata Felix dan berjabat tangan dengan Vincent.
"Datang ke kediaman saya dan saya akan sediakan dokumen perjanjian" kata Vincent.
"Jeana, pak cik ada kejutan buat kamu nanti" kata Vincent.
"Apa dia uncle? " tanya Jeana tak sabar.
"Rahsia" kata Vincent.
Anak buah Felix terpinga-pinga. Perhimpunan mereka pada pagi itu sudah menjadi program jejak kasih.. alahai..
Share this novel