Bab 48

Vampire Completed 7641

Melia tersedar dari pengsan dan menyedari dirinya terbaring di atas katil di bilik rawatan sekolah.

"Kenapa aku di sini" gumamnya perlahan sambil berusaha bangun. Hayline yang diarahkan oleh Mallone untuk menukar pakaian Melia segera menghampirinya.

"Kau sudah sedar. Lepas ni, kau tak usah balik ke kelas. Terus pulang" kata Hayline pada Melia.

Melia angguk. Dia pergi ke kelas untuk mengambil beg dan terus beredar menuju ke pondok menunggu di depan pagar sekolah.

Mallone pada ketika itu baru keluar dari bilik guru disiplin bersama dengan pembuli yang membuli Melia barusan. Mereka berempat dikenakan hukuman gantung sekolah selama sebulan dan dikenakan dimerit. Masing-masing merunggut sebal kerana kantoi membuli pelajar lain. Diam-diam mereka merancang untuk membalas dendam pada Melia.

"Kau tunggu nasib kau di luar kawasan sekolah. Beraninya dia mengadu pada guru disiplin hingga kita dikenakan hukuman"kata Hunny. Bos mereka. Masing-masing angguk setuju.
Mallone hanya mendengar. Walaupun mereka berbisik, telinganya mampu mendengar dalam jarak 5 meter. Biasalah perempuan. Kata berbisik padahal cakap boleh dengar satu dewan. Loud speaker la katakan.
'Nampaknya, Melia dalam bahaya' kata hati Mallone dan bergegas ke bilik rawatan.

Dia tidak menjumpai Melia di sana. Kosong..
Dari jauh dia melihat susuk tubuh Melia di depan pondok menunggu.

"Kamu belum pulang lagi? " sapa Mallone.
"Belum.. tunggu bas sekolah" jawab Melia.
Mallone mengeluh. Ada sejam lagi barulah pelajar lain pulang dan bas sekolah datang.
Tiber, Mallone concern pula pada Melia.

"Awak hati-hati ya.. mereka merancang nak kenakan awak di luar kawasan sekolah"katanya.
Melia angguk. Mallone pun beredar. Melia mengintai dari ekor mata. 'Handsomenya.. malangnya bukan ku punya' kata-kata hanya dalam hati.

Tak lama bas sekolah pun datang dan Melia orang pertama yang masuk. Dia mencari tempat duduk. Para pelajar lain pun mula memenuhi bas. Tak lupa geng pembuli si Hunny. Mereka sengaja duduk di belakang Melia dan mengepung kiri kanan.

"Eh, sial la kau ni. Kenapa tak pindah saja. Aku muak la tengok wajah kau kat sekolah. Pembawa malang" kata Hunny dengan muka menganjing mintak kaki.

Melia diam tak melayan. Malangnya geng Hunny makin menjadi-jadi.. Rambut Melia ditarik dan dipotong senget benget. Beg sekolahnya diselongkar dan bukunya bertaburan di atas lantai bas. Keadaan Melia sangat kasian. Semua orang hanya pandang dan tidak menolong. Melia sudah menahan tangis. Inilah situasi yang tidak diingini. Dia jadi mangsa namun tidak berani bertindak sendiri. Bas sudah bergerak jauh dari kawasan sekolah. Melia ditarik dan dilempar keluar dari bas. Bukunya bertaburan di tepi jalan. Melia hanya mampu menangis. Bukunya dikutip masuk dalam beg. Dengan lemah mula mengorak langkah. Nasibnya selalu malang.

Mallone melihat kelibat Melia sedang jalan kaki.
"Papa, kita tolong perempuan tu boleh? kesianlah"Kata Mallone pada Felix. Max berhentikan kereta dan Mallone keluar menuju ke arah Melia.

Oh my God!! Mallone hanya mampu mengucap dalam hati. Keadaan Melia tragis sekali. Rambutnya sudah dipotong tak serupa rambut.
Dia mengajak Melia masuk ke dalam kereta. Melia bersetuju. Dia sudah tiada tenaga. Dari pagi lagi dia tidak menjamah makanan. Dia sangat lapar dan dahaga.. Akhirnya, Melia pengsan kali ke dua.
Mereka terus membawa Melia pulang ke rumah Felix. Felix menelfon doktor peribadi untuk melihat keadaan Melia.

Doktornya sampai tak lama selepas itu. Dia memeriksa nadi Melia dan tak lupa suntik drip di tangan Melia.

"Pesakit kekurangan air dalam badan. Satu lagi, dia pengsan kerana tidak makan. Lepas dia sedar, bagi dia makan" kata doktor.

Mallone pula cuba call ahli keluarga Melia berdasarkan nombor yang di peroleh dari buku catatan Melia namun tak berangkat.

Tak apalah, nanti saja tanya alamat rumah Melia apabila dia sedar.. desisnya sendirian.

"How Mallone? Who is she? "kata Felix.
Mallone angkat bahu.

"I don't know. Saya baru kenal dia pada waktu rehat di sekolah. Dia mangsa buli pa.. Pity of her" kata Mallone.

Felix angguk mengerti.
"Kenapa kes buli boleh terjadi di sekolah sampai macam ni sekali? Macam tak de guru disiplin" kata Felix.

Mallone tunduk.

"Mereka sudah dikenakan gantung sekolah selama sebulan dan dimerit" kata Mallone.

"Walau apapun hukuman itu tidak setimpal. Takut jika mangsa menjadi trauma untuk pergi sekolah. You get what i mean Mallone? "kata Felix.

Mallone tunduk. Dalam hati, dia merancang plan bagus punya untuk kenakan geng Hunny balik supaya mereka serik untuk membuli pelajar lain. Benar-benar keterlaluan itu budak..

Jeana masakkan bubur buat Melia. Dia jatuh kasihan padanya. Melia juga beransur sedar setelah mukanya direnjis sedikit air sejuk.

Melia pandang kiri kanan. Dia berada di tempat asing. Seingatnya dia pengsan di jalanan.

"You are awake sweety? "sapa Jeana penuh berhemah.

"Water"Kata Melia.

Jeana hulur segelas air.

"Auntie masakkan kamu bubur ayam. Makanlah" pelawa Jeana ikhlas.

Gelas kosong diambil dari Melia dan menyodorkan semangkuk bubur. Melia yang sememangnya lapar terus menikmati bubur tanpa sepatah kata.

Usai makan, Melia mengucapkan terima kasih dan berhasrat ingin pulang. Mesti keluarganya risau dia belum pulang dari sekolah.

Felix menyuruh Max menghantar Melia pulang.Mallone bertegas mahu ikut. Sambil tu, boleh la berkenalan dengan Melia lebih rapat.

Dalam perjalanan, Mallone singgah di kedai potong rambut. Rambut Melia dipotong ala boyish-cut. Nampak comel..

Sekali lagi, Melia ucap terima kasih.

"Awak tinggal di mana? " tanya Mallone.
"Dalam 3km dari sekolah. Dekat je, sebab tu saya lebih senang guna bas sekolah"jawab Melia.

"Dah dekat dah. Situ rumah saya" kata Melia dan tunjukkan Mallone pada sebuah rumah mewah.

"Awak tinggal situ? " kata Mallone tak percaya.
"Iya.. saya anak pembantu rumah di situ"kata Melia.

"Okeylah, dah sampai.. saya masuk dulu. Terima kasih awak" kata Melia.
"Kasihmu kuterima awak.. see ya.. ada no handphone tak, boleh kita chat" kata Mallone.

"Just give me your number. I will contact you" kata Melia.

*******

Malam menjelang dan masa untuk memburu is on..

Mallone memandang pembuli yang membuli Melia di sekolah. Nampaknya mereka berempat sedang berkumpul di kelab malam. Menghabiskan malam dengan meneguk minuman haram dan menari tak ingat dunia.

Muzik bergema rancak di Zouk terkenal itu.
Mallone menghampiri.
"May i join you guys? " sapanya sambil mengenyit mata mengoda.

"Oh sure"Kata si Hunny.
"Awak semua tak marah ke kena gantung sekolah? "tanya Mallone.

"Tak sama sekali. Malah kami happy sekali. Thanks to that stupid student"kata Melia.

"What you did to her? "kata Mallone pura-pura tak tahu..

"Well, kami belasah dia cukup-cukup. Enough about her. Jom kita menari" kata Hunny dan menarik tangan Mallone ke ruang dansa.

Mahu tak mahu, Mallone pun menari sama. Keadaan Hunny yang separuh sedar memudahkan kerjanya. Tangan Hunny ditarik ke sudut gelap dan aumm.. darah segar dihirup penuh nikmat.
Mayat Hunny dibiarkan terjelepok.. Next victim, i am coming to you..

Max pada ketika itu juga sedang memburu mangsa. Salah satunya adalah target Mallone yang bakal menjadi santapan sebentar lagi.

Melia will be Mallone angel soon.. aci tak, first time mereka jumpa..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience