Max seperti biasa menjadi driver Felix. Sebenarnya, Max rasa serba salah namun dia harus memberitahu hal ini kepada Felix.
"Bos, saya nak beritahu satu perkara.. hal peribadi.. jadi, bos jangan marah saya nanti. Saya tak bermaksud mahu menyibuk hal urusan rumah tangga bos tapi perkara ini saya harus sampaikan pada bos" kata Max hati-hati.
"Hal apa itu? please straight to the point" kata Felix.
"Ia berkaitan dengan Mallone"
"Apalagi masalah yang budak tu timbulkan sekarang"
"Semua yang dia lakukan ada sebab bos.. Dia nak perhatian dari keluarga"
"Oh, i see.. Attention seeker. Jadi selama ini saya kurang bagi Mallone perhatian ke? Macam tu ke Max? "
Max terdiam seketika..
"Duit tak boleh beli kasih sayang dan masa yang telah berlalu Bos. Kalau bos berada dalam posisi Mallone, apa bos rasa? Dia perlukan ibu bapanya, sebagai tempat meluahkan perasaan dan masalah. Please don't be selfish" kata Max.
Felix hanya diam. Memproses data yang disampaikan oleh Max.
Ya, dia khilaf.. silapnya sebagai ketua keluarga sehingga mengabaikan Mallone. Felix sesal sendiri.
Menjadi ayah adalah hal terindah dalam hidupnya. Tetapi, mendidik seorang anak sehingga menjadi manusia adalah ujian terhebat. Seperti menarik rambut dalam tepung. Salah tarik tepung berterabur.
"Talk to him, tanya baik-baik apa masalahnya, ambil tahu dengan siapa dia berkawan, prestasi pelajarannya macam mana.. Dia anggap bos sebagai hero jadi jadilah hero sebenar" kata Max.
Felix angguk. Mereka sudah sampai pejabat. Jam masih awal.. Jadi Felix menelfon pengetua Sekolah Max.
Nombor didail dan orang di sebelah sana angkat.
"Hello, is this Mr Alvine? " kata Felix.
"Yes, i am. who's speaking? "
"I am Felix,Mallone father.. Macamana dengan Mallone? Is he doing fine? " kata Felix.
"Oh, Mr Felix.
Mallone is totally fine. Kenapa? " tanya Alvine.
"Selama ini, dia buat apa di sekolah? dia ada timbulkan sebarang masalah ke? "
"Tak delah.. dia sebagai Ketua Persatuan pelajar di sekolah. sangat bijak dan berkaliber. Dia jarang timbulkan masalah sebaliknya dia banyak harumkan nama sekolah" Kata Alvine.
"Kenapa saya tidak tahu? " kata Felix. Nampaknya dia salah menilai Mallone.
"Kenapa, Encik nak cakap dengan Mallone ke? Nanti saya panggil dia"
"Tak usah.. masa balik sekolah nanti saya jemput dia" kata Felix.
Pangilan dimatikan.
Mallone menunggu Max mengambilnya pulang dari sekolah. Dari jauh, dia melihat kereta yang dipandu Max menyusur memasuki kawasan sekolah.
Felix keluar.
"Let's go home son" kata Felix.
Max kenyit mata pada Mallone. Mallone faham dan berbalas senyuman dengan Max.
"Lepas ni, ayah teman Mallone gi shoppong barang sekolah. Ayah free petang ni. Sebelum tu, kita pulang makan tengah hari" kata Felix.
Mallone hairan. Felix seperti bukan ayahnya. Macam kena rasuk pun ada. Tapi, Mallone happy.. baru kali ni Felix ajak hang out.
Felix dah berubah jadi bapa mithali guys..
Share this novel