Bab 49

Vampire Completed 7641

Pagi yang indah, seluruh penghuni rumah agam Felix bangun dengan ceria. Masing-masing sibuk dengan perihal diri sendiri..

Bibik Senty, sibuk berperang di dapur buat sarapan. Felix sibuk menyiapkan diri pergi pejabat. Jeana pula sibuk dengan si kembar. Tak lupa si Mallone sudah bersiap mahu ke sekolah. Sebagai ketua Pelajar, dia sentiasa awal ke sekolah.

Done, mereka semua turun ke bawah untuk bersarapan. Suasana hening dan hanya kedengaran bunyi sudu berlaga dengan pinggan.

"Mall, ayah nak pesan sikit ni"kata Felix.

"hmm, apa tu yah? "

"Kamu belajar elok-elok.. Jangan lupa, ilmu pengetahuan itu penting. Tak kisah la orang kaya ke, orang miskin ke, kita semua sama di mata Tuhan. Awak tolong la orang yang patut.. "kata Felix.

"Baik ayah"kata Mallone.

"Lagi satu, kes minggu lepas, ayah harap jangan ulangi kesilapan yang sama. Satu nasihat ayah, pandai makan, pandai simpan. Jangan sampai puak vampire diketahui orang terutama manusia"

Mallone angguk kepala.

Flashback..

Zouk yang terkenal itu diserbu pihak berkuasa.. Pada masa itu, Max dan Mallone belum habis mengerjakan mangsa yang menjadi sasaran. Nasiblah, mayat Hunny sudah dibawa keluar. Malang bagi Mallone.. mereka yang berada di bawah umur terpaksa ditahan kerana berada di tempat berhibur pada waktu malam. Dan malam mereka berakhir di lokap. Ditahan reman bagi membantu siasatan. Mallone hanya pasrah. Felix dipanggil untuk mengikat jamin Mallone. Sudah la masa di lokap, Mallone berhadapan dengan pelbagai soalan. Salah satu soalan adalah 'Apa tujuan kamu pergi ke kelab malam? Sudah tahu masih bersekolah, duduk je la kat rumah'..

Rosak reputasi Mallone.

Dia dibebeli oleh Felix dan Jeana selepas sampai ke rumah.

Bebel punya bebel, tahi telinga pun boleh mencair..

Felix mengakhiri ceramah dengan menasihati Mallone supaya jangan ikut sangat darah muda. Jangan pergi kelab malam, jangan berfoya-foya dan bla bla bla bla...

End Flashback..

Mallone dah sampai sekolah. Max terus memandu menuju ke pejabat pula. Felix yang sudah biasa datang awal ke pejabat semestinya terus ke pejabat setelah menghantar Mallone.

"Bos, kenapa tak belikan superbike buat Mallone?Senang sikit dia ke sekolah."

"Nantilah saya fikirkan. Takut kalau ada motor, dia pergi merayap pula"

"Bos, jangan la salah sangka pula. Semuanya demi kebaikan Mallone sendiri.. Lagipun, dia boleh berdikari. Mallone tu disiplin budaknya. Tapi, kadang-kadang kalau datang angin kus-kusnya, itu lain cerita.. biasalah darah muda. Asyik nak memberontak" kata Max.

"Amboi, macam ada pengalaman nampak? Kenapa? Eva merajuk ke? "perli Felix.

"Lebih kurang macam tu lah" kata Max.

"Hahahahaha... "Gelak Felix.
"Tu la sebabnya kalau bercinta dengan budak-budak. Lain kali carilah yang matang sikit. Janda ke tak apelah.. ada pengalaman kot"
"Nak dengar sebuah lagu tak Max? Saya nyanyikan khas untuk awak" Kata Felix.

Max angguk.. Selama berkhidmat dengan Felix, tak pernah Felix nyanyi lagu buatnya. Entah lari tabiat agaknya, ke ada wayar yang putus..Max tadah telinga. Volume dipasang high.. sedia mendengar..

"Abang pilih yang mana?
Perawan atau janda
Perawan memang menawan
Janda lebih menggoda"

"okay cut" Jerit Max.
"Bos nyanyi lagu tu tak kena dengan situasi. Geli siot"Kata Max.

Felix gelak lagi..

"Kalau abang pilih perawan
Masih muda masih segelan
Belum bermain cinta
Belum berpengalaman"

"Haish, sudah-sudah la bos.. Jangan usik saya. Nanti, saya turunkan bos tepi highway, padan muka" kata Max.

"Berani kau buat macam tu Max, saya potong gaji kau. Sekali pakej putus tunang. Amacam? " ugut Felix.

"Apa kaitan pula putus tunang, tak aci la bos ni" kata Max.

"Kau nak aku call Eva? Nak cakap kau lebih sukakan Janda dari Perawan? "

"Eh.. janganla bos. Sudah la saya dah lama jadi single sendu, takkan bos nak fitnah pekerja bos yang setia ni. Kasi can la" kata Max.

"Tau tak ape.. Saya gurau je Max. Saya tak ragui kesetiaan awak"

"Kalau macam tu, saya nak minta cuti bos.. Misi menyulam cinta.. Kot-kot, saya boleh kahwin dalam masa terdekat."

"Kau jangan buntingkan anak orang Max. Kau jangan buat malu. Tahu la dah 4 series, kawal sikit tahap miang tu.. tahu la tunang perawan" kata Felix.

"Eh, bos tahu? "
"Tak tahu. Tapi, saya dapat agak apa ada dalam kepala otak kau tu. Miang tak sudah" Lagi-lagi Felix perli Max.

"Tapi bo ong" kata Felix kemudian.
"Kaki tik tok rupanya.. Kata Mafia tapi tengok tik tok"Kata Max.

"Mafia pun kena tahu perkembangan semasa Max"

Mereka sudah sampai di perkarangan pejabat Felix.

" Cuti kamu, saya luluskan. Bergembiralah" kata Felix.

Max bersorak gembira. Seakan dunia ini, dia yang punya.
***

Di sekolah, Mallone tidak nampak kelibat Melia. Sejak kejadian tu, dia tak pernah nampak Melia dekat sekolah. Terakhir, adalah ketika dia menghantar Melia pulang.

Jadi, Mallone berhasrat pergi ke rumah Melia.

Mallone datang bersama Max.

Loceng di luar rumah dibunyikan.

Seorang bibik membukanya..
"Iya, nak cari siapa? " katanya.
"Melia ada? " tanya Mallone.

"Oh, cik muda? Dia pergi latihan piano. Kejap nanti dia pulang" kata Bibik.

"Cik Muda? " kata Mallone hairan.
"Dia kata dia anak pembantu rumah di sini" kata Mallone lagi.

"Cik Muda Melia suka menyembunyikan identitinya. Masuklah.. saya buatkan air" kata Bibik.

Melia pulang dengan santai. Beg galas diletakkan bersahaja depan pintu sementara dia duduk membuka kasutnya.

Dengan menyanyi riang, menapak masuk.

Eh? Berkerut mukanya melihat kelibat Mallone di rumahnya.

"Oh, hi? " sapanya gugup.
"Kenapa tak pergi sekolah? kenapa tak call saya? " kata Mallone.
"Saya busy"kata Melia ringkas.

"Busy buat apa? "tanya Mallone.
"Eh, sibuk pehal.. suka hati sayalah"kata Melia santai.

Melia sebenarnya takut dengan Mallone. Pada hari si Mallone menghisap darah Hunny, dia pun ada di zouk tersebut. Dia nak balas dendam, alih-alih dia malah melihat Mallone yang menghabisi mereka. Senang sikit kerja Melia. Malah dia juga yang call polis serbu tempat itu. Dengan aduan, budak bawah umur sering berada di kelab malam.. Nah, dengan Mallone sekali kena cekup.

Melia sebenarnya vampire dari puak lain. Lebih kepada vampire berambut Merah dari selatan. Dia tahu Mallone vampire jadi dia cuba mengelak dari bertembung dengan Mallone.Di sekolah, dia selalu bersembunyi daripada terserempak dengan Mallone.

"Awak baliklah. We are done" kata Melia.

Mallone sudah patah hati. Sekian lama merindui Melia, tapi, itu kata putus Melia.

"But why? "

"Kita tak sepadan. Jangan menaruh harapan pada sesuatu yang tak pasti"

"No way.. Saya tak terima alasan awak. Bagi alasan lain" kata Mallone.

"Awak Vampire Mallone. I know you very well. Malah, saya dah lama kenal awak"

"Apa maksud awak? "

"Tak payah berdalih.. Kejadian di zouk beberapa minggu lepas, saya yang buat laporan pada pihak berkuasa. You know what i mean"

Mallone sudah terlanjur kecewa. Bersaksikan Max dia akhirnya melangkah perlahan keluar dari rumah Melia.

Melia pandang langkah Mallone dengan penuh kekesalan. Bukan dia tak sukakan Mallone tapi, dia ada misi lebih penting dari sibuk bercinta. Lebih baik putuskan awal-awal sebelum terlalu mencintai..

hidup ini adalah lebih baik kita dicintai oleh orang yang kita cintai. Pity Mallone..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience