Felix membawa Jeana ke mansionnya. Hanya itulah solusinya apabila keselamatan Jeana terancam. Felix yakin kalau Nour takkan bertemu Jeana.
Jeana ketakutan yang teramat sangat saat menapak masuk ke mansion Felix. Dia jalan sambil menunduk. Kaki pun bergetar. Lemah sendi lutut. Luruh semangatnya.. Macam kawasan perkuburan pun ada.
"Bum!!
Jeana terhantuk belakang Felix. Tu lah, jalan tak tengok depan. Felix cepat menoleh. Melihat betapa pucatnya miss Sweetheart membuatkan dia jatuh kasihan.
"kenapa?" tanyanya pada Jeana.
"Kura-kura dalam perahu, pura-pura tidak tahu. Ada laki miang main mata dengan saya" katanya sambil menunjuk kepada kepala manusia yang terletak di sepanjang jalan masuk mansion. Makhluk ini lebih menakutkan dari Nour.
Felix menderam marah..
"Buang semua kepala anjing nie. Jangan tinggalkan satu pun" arahnya pada pengikutnya.
Mereka pun akur dengan arahan Felix.
"Baik awak suruh mereka tanam bunga. Kan cantik mata memandang" Kata Jeana.
"Tanam bunga sekali " tempik Felix pada pengikutnya.
"Bunga apa bos?" tanya mereka.
"Bunga cintalah.. siap kamu semua kalau salah tanam.. Jangan tanam bunga taik ayam pulak" tekannya keras.
Jeana terkekeh ketawa..
Tiba-tiba Jeana dicempung masuk oleh Felix. Jeana memegang erat tepi pintu masuk sambil memejamkan mata. Dia tak mahu masuk kerana merata-rata tengkorak manusia di dalamnya.
"Kenapa lagi nie Sweetheart? " tanyanya lembut.
"Ada hantu la awak. Saya Takut" renggeknya pada Felix.
"Awak, awak, awak dan awak, Buang semua hantu di dalam mansion aku" katanya pada pengikutnya.
Felix menyuruh Jeana membersihkan diri. Jeana yang sememangnya takutkan air tidak mahu mandi. Alasannya tiada baju dan seluarnya.
"Nanti sayang suruh Solomon cari kain yang sesuai untuk Sweetheart. Sekarang pergi mandi dulu. Pinjam kain saya saja" Kata Felix.
Jeana tetap tak mahu mandi sehingga Felix mendorongnya ke bilik mandi. Felix membuka pili air membasahi tubuhnya dan Jeana.
Jeana menjerit kesakitan apabila terkena air.. Sayapnya mula tumbuh dari belakangnya. Memancar silau si Felix. Felix tergamam.
Dia hanya mampu berdiri kaku dengan mata terbeliak.
"Apakah? Who are you? " tanyanya separuh ketakutan.
Jeana menangis teresak-esak. Rahsianya sudah terbongkar.
"Puas kan hati awak melihat wajah hodoh saya? "jeritnya pada Felix.
Felix segera memeluk Jeana erat. Cuba meredakan gemuruhnya walaupun hatiknya bergetar ketakutan.
"No, you looks so amazing Sweetheart.. Very Cute" ujarnya. Sayap Rama-rama Jeana dielusnya perlahan. Begitu lembut dan gebu.
"Really? Awak tak takut? "
"Buat apa takut, I Love the way you are sweetheart. Saya ikhlas mencintai awak apa adanya" tutur Felix ikhlas
"Saya kena mencari penawarnya. Hanya Nour yang memilikinya"
"Saya akan bantu awak Sweetheart. Till the end. But, tolong saya jadi manusia balik.I am under curse. Saya akan pulih apabila terjumpa dengan cinta sejati" terangnya pada Jeana.
"Believe me. Kita harungi semua ini bersama"
Share this novel