Jeana tersedar dari lenanya apabila terdengar bunyi alarm yang di setkan pukul 5 pagi. Dia kaget apabila mendapati tiada seurat benang pun yang dipakainya sedangkan malam tadi dia pakai pijamas. Diselak selimut dan ternampak tompokan darah di cadar katilnya.
Jadi dia tidak bermimpi.. kot -kot mimpi basah tapi ini realitinya. Dia sudah hilang dara. Semua gara-gara terhipnotis dengan Felix semalam.
"Ahhhh!!! " teriaknya histeria. Bodoh betul aku katanya dan berlalu ke bilik mandi untuk membersihkan diri.
Tapi, dek kerana kesakitan di bahagian intimnya, Jeana jatuh tergolek ke bawah katil. Serupa nangka busuk.
Dia pun mengensot ke bilik mandi dalam keadaan yang sangat memeritkan. Asal si vampire itu tak hisap je darahnya sampai kering? Dengan mengigil hebat pili air dibukanya dan dibiarkan membasahi tubuhnya..
Pada waktu itulah sayap rama-ramanya mula keluar dari belakang tubuhnya. Sayap yang sangat cantik berwarna kuning keemasan. Dia menilik tubuhnya di cermin dan memang betul banyak love bite yang dibuat oleh Felix. "shit" carutnya apabila ternampak ada kesan merah yang agak besar di lehernya.
Setelah mandi Jeana bersiap untuk ke tempat kerjanya. Walaupun gaya jalannya terkengkang2 namun dia harus bersemuka dengan Felix.
Tepat jam 7 pagi, Jeana antara yang terawal sampai. Tak tunggu lama, dia menyerbu bilik CEO. Nasiblah, Puan Adda belum sampai.
Dia kaget sebentar di depan pintu bilik apabila mendengar suatu desahan dari dalam bilik CEO. "hish, orang tua nie, dalam ofis pun buat projek mega" bisiknya.
Namun mindanya menyuruhnya masuk sahaja. Dia harus buat perhitungan dengan Felix.
Terbuka sahaja pintu, dia melopong melihat aksi Felix bersama seorang perempuan seksi.
Bukan bercumbuan atau berhubungan kelamin melainkan si vampire sedang rakus menghisap darah perempuan itu di lehernya.
"Ahh, wrong timing kau Jeana "katanya dan cepat beredar.
"Aaa, not so fast sweetheart.. Ada apa ke sini awal Pagi? ke nak sambung yang semalam? " kata Felix sambil memeluk pinggang Jeana.
Dek terlampau marah, Jeana mensasarkan cubitan di bahagian dada Felix.
"Kau cubit nenen aku, kau memang nak kena " kata Felix. Tubuh Jeana di dorong ke dalam bilik rehatnya dan dilemparkan atas katil.
"Kau memang kejam la syaitan. Lepaskan aku!! " teriak Jeana.
"Have a rest sweetheart. Nanti aku datang balik" Katana dan mengunci pintu bilik dari luar.
Jeana meraung habis-habisan. Semua barang di dalam bilik dilempar disepak dan ditumbuk penuh perasaan sehingga letih. Akhirnya dia terlena di dalam bilik yang serupa tongkang pecah.
Manakala, Felix menghabiskan kerjanya menghisap darah dan menyuruh org kanannya menguruskan mayat wanita yang menjadi mangsanya.
"Now, It's your turn sweetheart" katanya seraya membuka kunci pintu bilik yang menempatkan Jeana.
Tepat jangkaannya, Jeana sedang tidur terbongkang. Felix pun mendekat. Nak tengok ada air liur basi ke tidak. "haih, tidur pun comel. Macam barbie" katanya dan mula mengemaskan bilik yang berselerak.
Share this novel