Seperti biasa, Felix turun kerja. Meninggalkan Jeana di mansion dengan di kawal ketat oleh bodyguardnya.
"Tuan, saya dah lama tak nampak Jeana. Saya khuatir jika sesuatu yang buruk menimpanya" kata Puan Adda kepada Felix.
"Usah sibuk masuk campur hal orang. Mungkin dia tidak mahu kerja lagi di sini. Kita open interview cari pegawai pemasaran baru"
"Habis tu? Jeana dipecat? Tak adil la tuan. Lagipun, dia amat berbakat sekali. Paling penting dia ada kredibiliti dan berdedikasi dalam bekerja"
"Kenapa kamu nak ingkar arahan saya. Saya boss, suka hati sayalah"
"Baik Boss" Akur puan Adda
Dia tak mahu berbalah dengan si Boss. Takut dia pula yang kena pecat, siapa yang mahu menyara anak-anaknya seramai lapan orang itu.
Puan Adda adalah balu beranak lapan
Suaminya telah meninggal dunia semasa bertugas di sempadan negara. Mati ditembak teroris yang mahu memasuki perairan negara namun sempat dilumpuhkan oleh tentera Maritim.
Ketika dia bekerja, anak-anaknya dijaga oleh ibunya di rumah dan diasuh oleh 3 orang maid.
Gaji puan Adda memang lumayan. Dalam 30k sebulan. Biasalah, kerja dengan bilionaire. Hasil kerjanya memang tip top namun kekurangannya ialah kaki bawang. Suka membawang dalam ofis kalau ada kelapangan.
Felix berlalu ke ruangan pejabat miliknya. Di situ, dia melihat cctv yang disambung ke dalam komputer miliknya. Kerjanya memang intip Jeana sahaja. Saja nak lepas rindu.
"Apa saja yang dibuatnya tu? " katanya melihat Jeana terbongkok-bongkok.
Rupa-rupanya, Jeana yang kebosanan sedang mengajak para mengikut Felix bermain Hide and Seek.
Dia melihat Jeana memanjat ke atas almari untuk bersembunyi..
"1...2....3....4....5...6...7...8...9...10" okey pencarian dimulakan.
Hampir 1Jam Jeana tidak ditemui.. Manakala Jeana yang keletihan tertidur atas almari.
"Kringgg!! "
"Boss, Cik puan Jeana hilang" Lapor salah seorang body guardnya.
"Cari sampai dapat. Kalau tidak, nahas kamu semua" tempik Felix.
Jeana tersedar apabila hampir bergolek jatuh.
Dia turun dan mendapati pengawal Felix mengelilinginya. Apalagi, Jom lari!!
Jeana berlari sambil dikejar oleh pengawal. Saja nak bermain-main. Jeana berlari memasuki dapur.. Langkahnya terhenti melihat dapur tungang langgang.
Dia mengarah kan semua pekerja membersihkan dapur dan menghalau mereka keluar selepas dapur kemas. Pintu ditutup rapat. Dia bersendirian di dapur.
Share this novel