Bab 43

Vampire Completed 7641

Jeana sudah boleh discharge dari hospital. Bayi lelakinya dibawa bersama memandangkan keadaannya yang sudah sihat. Bayi perempuan pula terpaksa dipantau di NICU untuk pemantauan lanjut. Jika keadaannya membaik mungkin boleh dibawa pulang namun mereka terpaksa akur dengan arahan doktor.

Felix mengupah confinent yang akan menjaga Jeana sepanjang proses berpantang. Untuk memastikan Jeana tidak berulang alik ke hospital, Felix juga menjemput seorang doktor perempuan ke rumahnya bagi memastikan keadaan Jeana dan bayi dalam kondisi yang baik.

Dalam masa tiga hari, Jeana sudah membiasakan dirinya untuk menyusukan bayinya. Maklum la anak pertamanya dulu hanya menyusu sekejap saja. Air susunya mulai banyak sehingga menyebabkan Jeana hampir demam kerana bengkak susu.

Felix memanggil doktor ke rumah. Ini kerana Jeana mengadu terdapat ketulan susu yang menyakitkan. Doktor Aisyah datang tak lama kemudian.

"Nampaknya isteri Encik terdapat ketulan air susu basi. Jika berterusan dan tidak dikeluarkan nanti dikhuatiri dia akan demam dan terpaksa di bedah. Saya sarankan encik menolong isteri encik untuk mengurut payudara supaya pengaliran air susunya lancar. Sebelum tu, tuam payudara dengan tuala yang dituam dengan air suam. Ini memudahkan ketulan air susu basi cair" terang doktor Aisyah panjang lebar.

"Oh, macam tu.. Mengurut yang macam mana tu doktor? Sebelum ini saya pernah mengajak isteri ke pusat latihan ibu hamil. Tapi saya tak pernah mengurut sendiri" kata Felix.

"Okay.. macam ni, urut secara ikut arah jam. Nak yang lebih senang, hisap je keluar. Tapi, memandangkan baby masih kecil, dia tak mampu minum banyak.Ikut mana-manalah, perah keluar susu basi selepas mengurut pun okey. Paling penting, ibu bayi kena sentiasa dalam emosi stabil"kata Doktor Aisyah.

"Kalau macam tu, saya cuba" kata Felix.
Felix kasihan melihat Jeana meringgis kesakitan. Sudahlah episiotomy, kena caesar pula.. pasti bininya itu sangat tak selesa nak bergerak. Nasiblah, babynya tak banyak ragam.

Yang kat hospital tu pula, Jeana akan sediakan susu yang sudah dipam dan dimasukkan dalam fridge. Senang nak suruh Felix hantarkan ke hospital.

Nama bayi lelaki ialah Alexa dan bayi perempuan dinamakan sebagai Aleandra.

Jeana berpantang dengan proses ketat. Maklum la, jaga badan katakan. Nasib saja Felix memang boleh tahan. Felix banyak membantu Jeana sepanjang proses berpantang. Yang bagusnya, apa yang Jeana makan, itu yang Felix makan. Katanya ambil feel bini tengah pantang.

Aleandra sudah boleh keluar dari hospital sebulan kemudian. Mallone paling gembira melihat adik-adiknya. Tak la dia bosan di rumah.

Kadang kala Mallone terasa amat disisih sejak ada adik-adiknya. Dia merasakan ibu bapanya tidak mengambil peduli tentang dia. Nasib Max selalu ada di sisinya memberi kata-kata positif.

nak cari idea tapi yang datangnya macam tak realistik pula.. author fikir nak unpublish je novel ni.. cam hambar je..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience