Mallone kini berusia 16 tahun. Dia bersama Max dan kumpulan Josh serta gabungan tentera rama-rama akan melancarkan perang terhadap puak pemerintah vampire.
Mereka berbincang dalam sebuah bilik yang kalis bunyi. Kejayaan mereka adalah harapan kepada pembentukan sebuah kerajaan baru.
"Hari ini adalah hari bersejarah. Kita akan bebaskan raja kita dan menewaskan puak pemerintah. Ingat, jangan ada yang berani buat kesilapan" kata Max.
Mereka berkumpul beramai-ramai seakan perhimpunan terbesar yang dihadiri sekitar 5000 orang.
Max selaku orang kanan Felix jadi ketua untuk membebaskan ketua mereka dari penjara bawah tanah.
"Kita berjuang hingga titisan darah yang terakhir. Demi raja dan negara. Bertindak segera"
Sambil berkawad semua mereka mengatur gerak ke arah berlainan san pergi ke tempat puak pemerintah. Di sana, mereka menunggu isyarat dari ketua apabila perang dilancarkan.
"Master, orang-orang Felix sudah mengepung tempat ini. Separuh daripada orang istana adalah orang mereka"
"Apa cadangan kamu penasihat? "
"Ada baiknya kita bebaskan tawanan. Ini untuk mengelakkan perang" kata Penasihat istana pemerintah.
"Bukankah sudah terlambat? Bila-bila masa mereka akan melancarkan perang terhadap tempat ini? "
" Baik, siapkan apa yang patut dan lawan mereka. Kita akan isytiharkan perang terhadap mereka yang memberontak" kata ketua.
"Tentera kita tinggal sedikit sahaja. Mereka semua diarahkan pergi berkawal ke sempadan"
"Siapa bagi arahan pada tentera kita?'tanya ketua
"Saya syak ada pembelot dalam kalangan tentera. Mereka berpihak pada pemberontak" Kata ketua tentera.
"Kalau begitu, pastikan keselamatan saya dijaga oleh panglima yang benar-benar profesional" kata Ketua. Dia dibawa ke sebuah bilik kebal yang dilindungi oleh 5 orang pengawal berbadan sado. Kau hado???
Terdengar bunyi mercun sebanyak 3 kali. Perang dimulakan. Orang-orang Felix mula mengempur kawasan istana puak pemerintah dan berpecah mengikut kumpulan. Mereka menuju ke utara,selatan,timur dan barat.
Bunyi pedang saling bertingkah. Berselang bunyi tempikan dan teriakan yang sadis. Seorang demi seorang tumbang. Tentera puak pemerintah ternyata tidak membuat persediaan. Kenapa tidak, ketua mereka sudah melarikan diri. pengecut..
Semua pekerja dikumpulkan di kawasan lapang.
Manakala, Mallone pergi menyelamatkan kedua orang tuanya, Felix dan Jeana. Mallone dan beberapa orang menewaskan pengawal di penjara bawah tanah dengan mudah.
Felix dan Jeana hanya mendengar kekecohan yang berlaku tanpa ingin campur tangan.
Bunyi pintu luar kurungan terbuka dari luar dan seorang remaja lelaki melangkah masuk.
Mereka saling berbalas pandang. Mallone memeluk mereka dengan linangan air mata.
"Anakku" tangis Jeana. Dia menangis terharu.
Begitu juga Felix. Air matanya berlinang di pipinya. Wajahnya lencun dek air mata kerana bersyukur ditemukan dengan satu-satunya anak mereka. Mallone mengajak ibu bapanya keluar.
Jeana dan Felix terpaksa menutup mata kerana silau. Maklum saja sudah lama tak nampak cahaya. Bukan sunlight ya. Ini cahaya lampu.Ruang bawah tanah tempat kurungan mereka sangat daif. Tempat membuang pun tiada. Jangankan jamban, air buat mandi pun tiada..
Manakala, Max dan lain-lain berusaha menjejaki Ketua puak pemerintah. Mereka membunuh pengawal yang menghalang mereka masuk. Malangnya, pintu bilik kebal bukan senang nak dimasuki. Sudah la ada password.
Nasib hacker dapat membukanya. Max mengheret ketua keluar. Ketua menggigil satu badan kerana ketakutan.
"Ada kata-kata terakhir? "kata Max.
"Kamu akan terima padah. Pembelot kerajaan"tempik ketua puak pemerintah.
"I see. How about this? " kata Max dan menyingkap langsir. Sinar matahari menerobos masuk langsung ke Si Ketua. Ketua puak pemerintah menggelupur kesakitan. Azab terkena cahaya. Max kembali menutupnya.
"Kamu telah mencari pasal dengan orang yang salah. Kami sudah membuat tuntutan supaya boss kami keluar tetapi kamu tidak endahkan. Sekarang, tunggu giliran kamu" kata Max dan mengheret si Ketua ke tempat lapang di mana semua orang berkumpul.
"Dia sudah sampai"
"Uruskan dia" kata Mallone..
Mereka pun beransur meninggalkan istana setelah ketua di bunuh dengan kejam. Mallone memberikan kain bersih kepada ibu bapanya dan menyuruh mereka mandi.
Setelah itu, mereka pun pulang ke mansion Felix. Rumah Felix sudah diambil alih oleh Darline.
Harapan untuk mereka hidup bersama kini cerah.
Mother, father and son. Such a complete family.
Share this novel