Felix dan Jeana berkunjung ke rumah Vincent hari itu.
Mereka disambut oleh Vincent sendiri di muka pintu tanda mengalu-alukan kedatangan Felix dan Jeana.
" Akhirnya, sampai juga tetamu dari jauh.. Masuklah" pelawa Vincent mesra.
Felix bersama Jeana masuk diikuti Mallone dan Max dari belakang.
"Eva!!! "teriak Vincent.
"Ada apa ayah? "
"Tolong layan tetamu kita dulu. Ayah ada urusan penting"
Eva menjenggul kepala dan ternampak Jeana.
"Hi cuzzie" kata Eva dan memeluk Jeana.
Eva dan Jeana adalah cousin kerana ibu dan ayah mereka adik beradik.
"Awak sihat? " tanya Jeana mesra.
"Ya, luka saya makin membaik. Nasiblah, anak buah saya tu pandai menjahit luka"kata Eva menoleh ke arah Mallone.
Mallone tersenyum janggal. Ya, dia harus menerima hakikat ini bahawa Eva adalah mak ciknya.. Sudah la seusia dengannya. Baru nak masuk jarum, sudah tak jadi..
Mallone menyenggol Max yang diam sahaja. Pelik betul tingkah ayah angkatnya itu. Malu-malu pun ada. Tak padan dengan mafia, nak tunjuk sikap sebegitu.. Arghh, sebal deh..
Max terkejut. Terleka memandang Eva sedari tadi. 'Tak malu betul' bisik Mallone.
"Kau pandang auntie aku macam nak terkam apahal? Chill sudah la" bisiknya keras pada Max.
"Jeles ke tu? Saja nak tengok my jodoh lalu. Aku pun dah lama single"kata Max
"Kalau ya pun kempunan nak kawin, cari lain la. I cannot brain nak panggil dia mak cik. Hell no.. kami sama umur okay? " kata Mallone tak setuju.
"Kamu muda lagi.. tak payah fikir banyak. Ingatlah masa depan kamu tu"
"Jangan tukar topik boleh? " kata Mallone.
Jeana menoleh. Dua ketul tu asyik berbalah di belakangnya sedari tadi. Tak sedar dia dan Eva mendengar apa yang dibahaskan.
Mata Eva terpandang ke arah Max. Serta merta mukanya blushing pula. Merah padam menahan malu.
Mana tidak, Max terus-terusan memandang Eva tanpa berkelip. Sakai.. desis Eva.
Mallone mencubit Max kuat.
"Aduh!! " Jerit Max dan menepis tangan Mallone.
"Kamu nak malukan saya ke" kata Max.
"Uncle yang malukan saya. Pandang perempuan macam nak makan.. Dah lah, jom keluar"kata Mallone.
Jeana hanya ketawa. Comel betul Max..
Felix dan Vincent sudah berlalu dan menuju ke arah bilik private. Mungkin mereka mahu berbincang tanpa diganggu.
"Jeana, ayah saya mahu saya tunjukkam sesuatu. Mari ikut saya" "kata Eva.
"Kamu berdua duduk saja di sini. Nak makan apa, nak minum apa, tanya saja pada maid. Buat macam rumah sendiri" kata Eva pada Max dan Mallone.
Jeana dan Eva berlalu ke tingkat atas. Max memandang kelibat mereka sehingga hilang. Sayang betul nak melarikan pandangan dari seseorang yang sudah mencuri hatinya.
Eva membuka pintu salah sebuah kamar. Dia mempersilakan Jeana masuk.
"Masuklah.. dia sudah lama tunggu" kata Eva.
Jeana melangkah masuk dan ternampak seorang perempuan sedang duduk di kerusi roda.Mukanya tak jelas kerana sedang menghadap ke luar jendela. Dia berpaling mendengar derapan langkah Jeana.
Jeana tergamam dan terkaku. Matanya digosok bagi memastikan apakah yang dilihatnya manusia atau dia bermimpi.
"Jeana, anakku" Teriaknya dalam tangisan.
"Mak" kata Jeana dan meluru ke arah ibunya. Jeana memeluk ibunya erat untuk melepaskan kerinduan.
Meraka berpelukan dalam tangisan bahagia.
"Pak cik Nour kata mak sudah meninggal" kata Jeana.
"Saya terselamat dalam kemalangan itu. Cuma mak hilang ingatan kesan hantukan kuat" kata Elsa.
Elsa masih perlukan sokongan kerusi roda. Efek dari kemalangan dahulu, dia tak mampu berdiri.
"Kemalangan itu dirancang sebenarnya. Nour cuba menjejak kehilangan kamu selepas kamu berjaya melarikan diri dari pulau rama-rama. Sepanjang ketiadaan kamu, Mak ambil alih tugas dia Nour di makmal.
Makmal diserang dan mak melarikan diri. Tapi tak berjaya kerana mereka berhasil menangkap mak dan mengurung mak. Mereka membelasah mak tiap hari.
Mak tak tahan, mak larikan diri. Meraka melanggar mak di jalan. Kecederaan mak teruk.. Berbulan mak di hospital dan akhirnya pak cik Vincent berjaya temui mak.
Pada masa tu, isteri Pak cik Vincent bersalinkan Eva di hospital. Di sanalah Mak bertemu pak Cik kamu. Dia membiaya kos hospital dan mengajak mak tinggal bersamanya. Mak asyik teringatkan kamu Jeana. Mak desak Vincent cari kamu.
Akhirnya, kita boleh bersatu"kata Elsa.
"Tapi mak, Jeana masih bermutasi. Pak cik Nour tidak menemui penawar" kata Jeana.
"Formula vaksin virus rama-rama ada pada saya. Bawa saya berjumpa Nour. Kita akhiri segala yang dimulakan. Hapuskan mutasi rama-rama" kata Elsa.
Share this novel