Nour berusaha mencari formula baru bagi virus yang dihasilkan. Pandai buat, pandai ubat kan. Nour kan genius. Pelbagai jenis bungaan digabungkan dan diambil extract sebelum dijadikan ubat dalam bentuk tablet dan kapsul. Tapi, bahan-bahan yang diperlukan tidak mencukupi. Bahan utamanya termasuk akar kayu, 7 jenis bunga dan sejenis pokok yang hanya terdapat di negeri China. Susah memang susah. Tapi kalau dah minat, apapun boleh jadi kalau berusaha.
Nour juga mencipta pill yang boleh dimakan supaya manusia tidak bersusah payah memasak makanan. Makan pill pun boleh kenyang.. Hebat betul. Pill tu berfungsi mengantikan karbohidrat yang membentuk tenaga dalam badan manusia. Kalau berjaya, lingkup la kedai makan. Orang makan ubat pun kenyang. Mengarut sungguh. Tapi,semua tak mustahil.
Shaun adalah pembantu Nour. Dia sudah menganggap Jeana seperti adiknya sendiri. Dia mempunyai kepakaran dan kecekapan mengendalikan peralatan dalam makmal Nour sehingga dapat menghafal segala jenis peralatan sains. Shaun juga adalah mutasi rama-rama. Sayapnya berbelang biru pink apabila bermutasi.
Nour juga berkolaborasi dengan beberapa orang saintis lain untuk membuat penawar. Di usia 50 an, Nour terlihat lebih muda dari umurnya sendiri. Bukan suntik botox ya. Nour memang vegetarian. Makan daun saje.. Muka pun belum berkedut lagi. Rupanya macam Daniel Craig dalam cerita James Bond tu. Kalau sekali pandang, memang tak sangka dia professor..
Felix sudah tidak pergi ke pejabat. Dia hanya menemani Jeana di rumah. Memantau keadaan isterinya itu. Kerja di pejabat diserahkan kepada PAnya, Solomon. Work from home la katakan. Felix risau melihat kaki Jeana yang semakin bengkak. Pre-eklampsia kata orang.. Bagi primigravida, khas untuk ibu hamil kali pertama, emosi perlu dijaga. Oleh itu, Felix akan memastikan Jeana cukup makan cukup tidur dan cukup rehat. Kerja berat kerja ringan semua tak boleh buat sampaikan Jeana terasa bosan sekali. Stress pun ada..
Pagi tu, Jeana sedang menyapu rumah. Exercise sikit.
" Jangan sapu rumah, biar sayang buat" kata Felix.
" Ala,ini tak boleh, itu tak boleh.. Habis, apa yang boleh? " kata Jeana dengan geram.
" Yang boleh tu, baring je atas katil. Orang kata, seks semasa mengandung mempercepat bukaan laluan bayi semasa bersalin. Nak? jom? " kata Felix sambil tersenyum miang.
" Ish, Pervet la sayang ni.. Tak mahu lah.. nanti terberanak macam mana? "
"Boleh la.. please.. kata nak anak satu team bola. Kalau tambah tolak, kena berusaha lebih"
" Tak nak juga. Orang letih tahu, tak cukup rehat. Sayang asyik kerjakan orang je"
"Mana ada, tu tanda sayang sayang kat bini"
Jeana makin tembam sejak mengandung. Kerjanya asyik makan minum je. Kulitnya lebih halus mulus dan licin. Membuatkan Felix asyik mahu terkam.
' Comel gila.. Isteri sapa ni? Mestila bini aku! '
Share this novel