Bab 21

Vampire Completed 7641

Rumah tangga Felix dan Jeana berlalu seperti biasa. Felix akan turun kerja bersama Max. Max sekarang menjadi butler Felix dan bukan sekadar pemandu. Kecekapan Max memang tidak boleh diragui. Selain menjaga keselamatan Felix, dia juga orang kuat Felix dalam dunia mafia.

Tak lupa juga, Max seorang vampire. Rupanya biasa-biasa sahaja. Tak sedingin muka Felix. Single and available lagi. Sebelum jadi driver Felix, Max adalah anak yatim yang diambil oleh Datuk Paque dan dijadikan anak angkat sekaligus jadi sahabat Felix. No wonder Max sentiasa ada di samping Felix.

Sampai di ofis..

"Selamat pagi boss" Sapa PA Felix. si Solomon. PA Felix juga Vampire ya guys. Sama puak dengan geng Felix.

"Pagi too Mon. Apa schedule saya pagi ini? "

"Pukul 9 pagi ada meeting dengan pembekal bahan mentah. Manakala, Pukul 2 petang nanti ada perjumpaan dengan Dato Rex di restoren Ceria" kata Solomon.

"Awak sediakan apa yang patut dan jangan lupa bagitahu puan Adda saya ada sedikit pengumuman. Bagitahu semua pekerja kita" kata Felix.

Solomon bergegas mencari puan Adda. Biasanya setiausaha Felix itu Sudah datang pejabat dekat pukul 7:30 pagi.
"Adda, panggil semua pekerja berkumpul sekarang. Termasuk cleaner sekali. Bos nak buat pengumuman" kata Solomon.

"Selamat pagi semua. Sila berkumpul di tempat biasa kerana bos ada pengumuman. Now" Kata Puan Adda melalui mikrofon dengan suara garangnya. Janda anak lapan ni memang garang. Biasalah, kalau tak garang, nanti anak tak dengar kata.

Seperti yang dikatakan, mereka semua pun berkumpul. Felix memulakan ucapannya.

"Selamat pagi pekerja ku cinta"
"Selamat pagi bos"

Felix diam. Dia memandang pekerjanya satu per satu. Mereka ternanti-nanti bicara si Bos.

"Saya ada berita baik dan berita buruk. Mana satu dulu? "

"Berita baiknya bos"
"Okey.. Good news saya akan bagi kenaikan gaji, kenaikan pangkat dan bonus kepada yang layak. Para cleaner yang banyak berjasa akan dinaikkan gaji sehingga 5k sebulan. Nanti akan ada di tampalkan pada papan kenyataan"
"Bad news pula, saya ada buat pemantauan terhadap hasil kerja kamu orang. Yang saya dapati mengular dan mengelat masa kerja saya pecat terus. Di sini terdapat beberapa orang yang suka bergosip, membawang dan menfitnah sesama pekerja. Saya tak suka pekerja sebegitu. Persekitaran tempat kerja menjamin hasil kerja yang berkualiti. So, stop mengumpat. Anda sedar siapa Anda. Berubah sebelum kena pecat" kata Felix.

"Bersurai" Kata Solomon melihat Felix berlalu.

Felix pun pergi ke bilik mesyuarat sebelum pukul 9 pagi untuk berbincang tentang kualiti dan kuantiti bahan mentah yang diperlukan bersama Encik Darin. Perbincangan berjalan lancar dan diakhiri dengan ucapan terima kasih dari Encik Darin. Mereka berjabat tangan dan keluar beriringan.

"Helo Swetty" Kata Felix. Dia menanyakan khabar Jeana di rumah.
"Hai sayang.. buat apa tu? " tanya Jeana.
"Baru habis meeting. Rindu dekat orang di sana "

"Orang pun rindu juga kat sayang. Okeylah, orang nak mandi dulu" kata Jeana.

"Eh, mandi tak ajak sayang pun"

"Tak nak ajak. Nanti jadi berjam-jam dalam bilik mandi. Sayang tu bukan boleh percaya. Miang semacam je"

"Lah, mana ada sayang macam tu. Saja nak usik sweety. Tapi terlanjur kan, nak buat macam mana. Bilik mandi pun best apa" kat Felix.

"Hang Tuah Hang Jebat, kalau tak bertuah, memang tak dapat" kata Jeana.

Felix berdekah. Lucu pula bila terfikirkan Jeana. Tak habis-habis lagi malunya padahal mereka dah 2 bulan kahwin. Kandungan Jeana pula mencecah 7 bulan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience