Felix menjelma kembali di dalam biliknya. Dia mempunyai sebuah rumah yang besarnya seperti istana. Dia hanya terduduk sambil melelapkan mata. Vampire tidur duduk.. ada juga yang berdiri. Biliknya bukan tak ada katil. Ada, tapi jarang digunakan
Manakala, mansionnya hanya dikunjungi apabila ada hal berkaitan sisi gelapnya.
Felix bermimpi bertemu dengan Jeana. Dalam mimpinya, Jeana mempunyai sayap yang saiznya lebih besar daripada sayap rama-rama.
Katakan, sayapnya seperti rama-rama. Jeana tersenyum dan ketawa bersama Felix.
Mimpinya terganggu angkara bunyi ayam berkokok. Natural alarm guys.. Dia mencelikkan mata dan bersiap.
Felix hanya tinggal seorang diri di rumah agam peninggalan Datuk Paque. Maidnya ada. Seramai 7 orang. Tetapi mereka tinggal di sebuah rumah yang tak jauh dari villa Felix. Biasanya, selepas Felix gerak ke office barulah mereka memulakan tugas.
Seorang pemandu peribadi, bersedia membuka puntu kereta.
" Silakan masuk Tuan" kata Max.
"Terima Kasih, gerak cepat. Saya ada meeting kejap lagi" kata Felix.
Eh, baru pukul 5:30 pun nak pergi meeting?
Felix bertemu seorang kliennya sambil bersarapan bersama.
Mereka menempah restaurant mewah dan berbincang usahasama dengan Syarikat milik Albert.
" Saya ingin menawarkan kontrak barangan tekstil kepada kamu. Kalau kamu setuju, saya akan jadi pembekal tekstil utama kepada syarikat kamu" kata Felix kepada Albert.
" Saya setuju dengan kerjasama ini" kata Albert dan menandatangani borang kontrak.
Share this novel