Seperti dirancang, Felix dan Jeana menyiapkan dinner untuk keluarga. Mereka berkumpul bersama dan tak lupa, Josh turut dijemput sama. Para vampire yang merupakan puak Felix turut hadir. Seperti makan -makan secara besar-besaran.
Kali ni, menu lebih kepada sayur-sayuran.
Mallone dan Max tiba lewat. Acara makan-makan sudah dimulakan ketika mereka sampai.
Di belakang mereka, terdapat seorang gadis kecil molek. Mukanya penuh calar balar malah terdapat luka torehan di lengannya.
Mallone tidak ingin ibu bapanya tahu tentang gadis itu. Dia menyusup masuk melalui pintu belakang manakala Max bersahaja masuk sambil bersiul dari pintu depan vila.
"Hi everyone.. am sorry.. am late" kata Max sambil tersengih. Serba tak kena. Sebentar tadi dia habis bertarung terus ke vila Felix bersama Mallone.
"Eh, Max.. sorang aje? Mana Mallone? " tanya Jeana.
" Saya di sini Mommy. Hidup lagi ni ha berkat doa mommy" kata Mallone tiba-tiba muncul di sebelah kanan Jeana.
"Ish, budak ni.. Kenapa lambat tadi? "
"Ada operasi dengan uncle Max mommy"
"Tak habis-habis operasi. Makanlah dulu" kata Jeana.
Max dan Mallone pun mengambil makanan dan menjamu selera.
Pstt.. bunyi Max. Dia berbisik pada Mallone.
"Mana kau bawa budak tu?" Tanya Max.
"Ada.. dalam bilik aku. Aku suruh dia duduk sana diam-diam" kata Mallone.
"Jangan lupa bagi dia makan. Kang dia kebulur mati dalam bilik kau pula" pesan Max.
Mereka bercakap sambil berbisik takut di dengari.
Di bilik Mallone, si gadis meringgis kesakitan. Lukanya mengalirkan banyak darah. Dia terlibat dalam pertempuran kumpulan mafia Felix. Dia seorang anak kepada salah satu kumpulan mafia yang menjadi musuh sengit Felix. Dalam erti kata lain, manusia biasa..
Mallone masuk menatang nasi dengan lauk serta segelas air putih.
"Makan dulu. Lepas tu, bersihkan diri. Jangan cuba lari dari sini. Semua vampire di sini sangat bahaya" kata Mallone.
Eva mengangguk. Efek kerana lapar, dia terus melahap makanan depan Mallone. Tak sampai 5 minit, pingannya sudah licin tak tersisa.
Mallone mengambil tuala dan memberi pada Eva.
"Mandi dan bersihkan diri. Saya turun kejap" kata Mallone dan berlalu pergi.
Eva mandi dan bersihkan diri. Malangnya, dia tidak mempunyai pakaian. Dia datang pun sehelai sepinggang tadi. "Habis tu, aku nak pakai apa.. takkan nak berkemban je" katanya sambil mundar-mandir dalam bilik.
Mallone kembali ke bilik.
" Asal tak pakai kain? oh lupa.. nah, pakat T-shirt shirt dengan boxer saya ni dulu.. maaflah, tak de pakaian perempuan" kata Mallone.
Mallone mengambil first-aid kit dari laci.
" Saya rawat luka awak. Takut nanti jangkitan kuman"
"Nampak macam mesti kena jahit ni. Besar juga kena toreh"
"Awak tahan dulu. Saya jahit" kata Mallone.
Muka Eva berkerut menahan sakit kerana dijahit lukanya. Bukan tak biasa, lebih sakit dari itu pun dia pernah rasa.
" Okay, done.. Calar dekat muka awak ni, sendiri ubat ye"
"Tak pa, thanks!" kata Eva.
Mallone menghampar comforter dan bantal.
"Awak tidur atas katil. Saya tidur bawah" katanya pada Eva. Mallone merebahkan badan langsung tidur sambil berdengkur. Letih sangat..
Tanpa banyak kata, Eva pun landing atas katil dan langsung terlena.
Share this novel