Chapter 37: Kejayaan

Vampire Completed 7641

Perempuan pertama yang menjadi bahan uji vaksin mula menunjukkan perubahan. Kulitnya bertukar menjadi biru seluruh tubuh. Tak lama selepas itu, warna biru memudar dan akhirnya kembali menampakkan warna asal kulit manusia.

Nour dan Elsa membuat pemerhatian begitu teliti dari jarak dekat. Monitor untuk memerhati denyut nadi perempuan itu juga normal.

Akhir sekali, air direnjiskan ke muka perempuan itu untuk mengetahui sama ada dia bertindak balas terhadap air atau tidak.

And, yes.. perempuan itu tidak bermutasi. Jelas sudah bahawa vaksin itu berkesan dengan baik terhadap tubuh perempuan itu.

Nour bersorak gembira. Mereka sudah berjaya.. Elsa dipeluk erat.

"Finally, we success. We did great! " teriaknya girang.

Elsa juga tersenyum gembira. Akhirnya, Jeana sudah boleh menjadi manusia normal seperti dia.
"Kita harus memberitahu Jeana"Kata Elsa.

"Ya, dia mesti gembira kalau tahu ada vaksin virus rama-rama"kata Nour.

******

Felix menerima utusan dari Shaun yang menyuruhnya membawa Jeana ke makmal Nour di Pulau Rama-Rama.

Dia mengerutkan kening..

Bukankah kelmarin mereka pergi ke sana. Mengapa tiba-tiba?

"Ling, Shaun suruh kita pergi pulau balik. Katana arahan daripada Pak Cik Nour" kata Felix.

"Aih, takkan orang tua tu buat tak baik pada ibu.. Sebaiknya, kita berangkat ke sana segera" kata Jeana.

"Tapi, sayang sangat sibuk Ling. Rasanya banyak urusan hari ini.. Laling pergi seorang, boleh? "kata Felix.

Jeana mencemik bibir.

"Ya la.. orang tu sibuk sampaikan tak da masa nak teman kita. Apa boleh buat"kata Jeana merajuk.

Felix gelabah.

"Eh tak, maksud sayang lain hari kita pergi ok? Sayang penat la" kata Felix.

"Penat apanya, bukan sayang bawa jet. Tak apalah, orang pergi seorang. Kalau orang tak balik, jangan salahkan orang pula"ugut Jeana.

Felix jadi kalut.
Habislah, bini sudah merajuk.

"Ya la, sayang teman Laling pergi pulau. Hal pejabat, Sayang suruh Max pantau. Hari ni je tau.. Esok kita pulang sini" Kata Felix.

"Macam tu la.. Orang sayang suami tersayang" kata Jeana. Dia memeluk Felix dan memberikan ciuman di pipi kiri dan kanan Felix. Akhir sekali, bibir mereka bercantuman. Tenggelam dalam lautan cinta.

"Eh, cepatlah kita bergerak.. Jangan nak over"kata Jeana tiba-tiba. Wajahnya dijarakkan dari Felix.

Mana tidaknya, sesi memujuk tadi membuatkan mereka nak terlanjur aksi.

Jeana membetulkan bajunya yang sudah terlondeh..

"Aih, kejapnya.. "kata Felix. Kecewa sebab tak mendapat.

"Tak payah nak merajuk.. Balik dari pulau pun boleh dapat. Semalam pun mendapat.. Takkan tak cukup lagi"

"Tak cukup.. pagi ni nak at least seround dua baru puas.. semangat baru badan bertenaga"kata Felix selamba.

"Aik, dah-dah la cakap lucah, Sayang melalut hal kenangan semalam pula.. Cakap memang tak habis. Jom gerak" Kata Jeana. Potong stim betul.
Mereka pun menaiki Jet peribadi Felix. Sekejap saja mereka sampai.

Elsa menerpa ke arah Jeana.
"I miss you mom" kata Jeana.
"We miss you more. Come Jeana, ada sesuatu berita gembira buat kamu. Guess what? " kata Elsa.

"Hmm, Jeana ada adik baru ke? "Teka Jeana.

"Budak ni.. Bukan itu.. bila masa nak proses adik kamu. Ibu jumpa papa kamu baru kelmarin, takkan dah jadi kepala. Ini, kami dah temui penawar virus rama-rama. Kamu nak cuba? " kata Elsa.

"Eh, betul ke? Orang lain dah buat ke?" tanya Jeana.

"Semua dah disuntik bagi orang dekat pulau ni. Orang jauh saja yang belum"

"Saya pun nak cuba" kata Jeana.

Mereka pun berlalu ke makmal. Jeana diimbas
seluruh badan sebelum disuntik.

Guess what, Jeana pregnant..

Suntikan terpaksa ditangguhkan.

Jeana cemberut sambil menjeling Felix. Usia 40 an dia mengandung anak ke dua. Felix gembira tak terkata. Akhirnya, usaha kerasnya berbaloi.

Nampaknya, adik Mallone pun mungkin mengalami mutasi rama-rama.. Again, varian baru. At least tak macam penyakit berjangkit yang bahaya. It's just generation.

Elsa dan Nour saling pandang memandang. Tingkah pasangan itu menjadi tontonan free.

"Ni la sebabnya, orang kata pakai protection masa ehem-ehem, sayang tetap juga nak cara semula jadi" kata Jeana.

Sakitnya hati Jeana. Dia nak sembuh dari mutasi, alih-alih tak dapat. Ini semua Felix punya angkara. Terpaksa tunggu lagi sembilan bulan. Lama lagi nak tunggu.

Kalau kau tak layan gatal Felix takkan jadi macam ni Jeana oii.. Dua-dua nak, memang mendapat la.

9 bulan tak lama.. pejam celik, pejam celik habis la.. Jeana akan susahkan Felix sepanjang kehamilannya. Terutama alahan semasa mengandung. Terasa nak makan laksa Sarawak. Mengidam.. Nak si Felix tolong carikan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience