aJeana sudah menurnjukkan kontraksi akan bersalin awal petang itu. Pada mulanya, Jeana hairan melihat darah yang keluar dari bawahnya. Dia pun memberitahu Felix.
"Sayang, kenapa orang period sedangkan orang hamil. Ada darah keluar yang" kata Jeana panik.
"Sebaiknya kita segera ke hospital. Baru kita tahu sebab apa. Mana tahu laling nak beranak"
" But, only 36 weeks yang. Takkan beranak awal. Semua pasal sayang la ni.. asyik melenjan"
"Packs the things and hurry up ling" Kata Felix. Tak sabar nak ada baby..
Mereka pun mengemas barangan penting untuk dibawa ke hospital terdekat. Ingat dekat ke? 2 jam setengah memandu baru sampai.
Jeana merasakan kontraksi yang sangat menyakitkan. Felix hanya mampu menggengam tangan istrinya sambil memberi semangat.
Sampai di hospital, mereka mendaftar emergency. Pemeriksaan dibuat dan bukaan rahim sudah 8 cm. Jeana terus ditolak ke labour room. Felix setia di sisinya.. Doktor membenarkan Felix menemani isterinya.
Di luar hospital, hujan turun dengan lebat sekali. Guruh berdentum dengan bunyi petir yang sangat kuat. Tiba-tiba bekalan elektrik terputus..Semua orang kedengaran panik menjerit.
Jeana sedang bertarung nyawa melahirkan anaknya. Setiap kali dia menjerit, guruh akan berbunyi di luar sana.
"Push puan. Kepala baby dah nampak" kata Doktor.
Jeana meneran sekuat tenaga. Badannya dibasahi peluh. Dalam keadaan gelap, doktor menyambut kelahiran bayi Jeana.
"Eh, kenapa bayi tak menangis dok? " tanya pembantu doktor. Badan bayi membiru.
Keadaan panik seketika. Sudahlah gelap. Cuma nak pakai torchlight yang tak berapa terang.
Doktor pun menyongsangkan bayi ke bawah sambil menepuk pungungnya.
"Uwwaaaa...uwaaa... uwaaaa... "
Tangisan bayi kedengaran nyaring. Terdapat cahaya yang berkilau di langit dan menuju ke arah Felix.. untuk seketika, Felix pengsan.
Elektrik pun ada semula. Keadaan nampak terang. Felix pula terpaksa menerima rawatan kerana pengsan.
Jeana pula terpaksa episiotomy. Laluan yang digunting tadi dijahit semula. Bayi pula dibawa nurse untuk dimandi dan ditimbang. Jeana terbaring keletihan. Dalam hati, dia mengucap kata syukur tak terhingga.
Tak lama, bayi dibawa semula ke arah Jeana. Doktor meminta Jeana memberikan susu ibu buat kali pertama.
Peliknya, kulit bayi mereka bukan macam biasa. Berbelang dari leher sampai kaki dengan belang biru. Baby boy..
Felix terbangun dari pengsan dan merasakan sangat haus. Dia pun mencari darah yang tersimpan di hospital.
Darah yang didermakan orang diminum rakus.
Uwweeek!!! Felix termuntah semula. Apasal minuman feveret dia bau hanyir..
Padahal, sumpahannya sudah berakhir dengan kehadiran bayi mereka. Felix juga merasa sangat lapar. Macam setahun tak makan.. Dia bangkit mencari makanan dan tak lupa di tapau untuk Jeana sekali.
Dia turun ke kafe hospital. Dia ternampak seseorang.. Puak pemerintah sedang berlegar-legar di hospital. Ketahuan sudah.
"Oh no, I'm in danger zone" kata Felix. Dia bergegas ke bilik VVIP yang menempatkan Jeana dan bayinya .Dia mengajak Jeana pergi sebelum puak pemerintah menemuinya. Tak lupa, dia menelefon max supaya membantunya keluar.
Dah jadi manusia Felix tak boleh lagi ghaib.
Share this novel