Bab 18: Pencarian

Vampire Completed 7641

Felix termenung panjang. Ke manakah Nour membawa jasad Jeana. Felix merindui Jeana sepenuh hati. Makan tak kenyang, mandi pun tak basah. Dia risaukan Jeana yang menghilang tanpa khabar berita.

Dia mengerahkan kumpulannya menjejak keberadaan Jeana di seluruh benua.

Namun hanya berita hampa yang diterimanya.

Pencarian si miss sweetheart tetap dijalankan walaupun memerlukan wang yang tinggi. Felix tak kisah keluarkan duitnya semata-mata mencari Jeana.

Dirinya ibarat pungguk yang merindukan sang bulan. Entah kapan ia datang.

Hari berganti, rumah Jeana umpama rumah kedua Felix. Setiap hari dia datang ke kediaman Jeana untuk menunggu Jeana pulang. Rumah Jeana dikawal ketat oleh para bodyguard terlatih. Gambar Jeana terpapar dimana-mana.

Sesiapa yang menjumpai Jeana akan diberi ganjaran yang lumayan sekali.

Hanya haruman milik Jeana yang mampu mengubat rasa rindu Felix. Betul, rumah Jeana dikelilingi bunga-bunga segar. Mampu menghadirkan ketenangan dan indah dipandang mata.

"Boss, ada orang nak jumpa boss. Katanya ada urusan penting" Kata anak buah Felix.

"Siapa? Adakah musuh kita? Saya tiada mood nak berbincang sekarang" Kata Felix sedikit tertekan.

"Katanya ada kaitan dengan Miss Jeana"

"Benarkah? Suruh dia berjumpa saya. Now " kata Felix teruja.

Akankah pencariannya berakhir?
Seorang lelaki berbadan sederhana masuk. Handsome do.. Lee Min Ho 2.0 gitu. Seiras sangat. Ingat dunia Kpop saja yang ada ke?

Back to story. Seseorang itu pun menanggalkan topengnya. Eh? Shaun?

Tak tunggu lama, Felix terus membelasah Shaun.
"Mana Jeana? Kenapa kau culik dia. Kau ni memang tak gunakan. Cari pasal dengan aku" Tempik Felix dengan marah. Rumah Jeana pun bergoncang kerana aura marah si vampire seperti mampu meruntuhkan bangunan. Ish, mengarut sungguh..

Shaun bertiarap lemah. " Saya nak bagitahu pasal Jeana. Please let me go first".
"Kita duduk bincang kan lebih afdal dari bergaduh" kata Shaun.

"Katakan cepat. Jangan buang masa aku. Masa itu emas tahu? " kata Felix.

"Dia selamat bersama Nour"

" Nour? professor gila tu? Apa dia buat pada Jeana kali nie" Dia memang nak kena. Tak padan dengan tua, masih lagi buat jahat.

"Dia okay. Cuma lately nie dia suka mengamuk. Buat sepah sana sini.. macam orang meroyan pun ada. Mungkin sebab pembawakan budak" terang Shaun.

Felix LL. (Lambat Loading). "Tipu, mana ada dia bawa budak. Dia kata dia tak ada adik. Yang ada pun si gila tu je" kata Felix.

"Maksud saya perubahan hormon wanita hamil oii.. Jeana tu hamil lepas kau sedap-sedap dengan dia, langsung kau tinggal. Dasar lelaki tak reti bertanggungjawab" kutuk Shaun depan-depan.

" Jadi, Jeana hamil? Aku sentuh sekali je kot. Takkan boleh hamil pula. Mesti plan kau nak perangkap aku nie"

"Tak, memang betul. Aku ada bukti sekali. Nah, tengok anak berudu kau tu. Ultrasound nie sebagai bukti. Tak percaya lagi?"
Shaun lempar gambar Jeana dengan perut bump. Siap pakai gaun maternity. Comel..

" Aku nak kau ikut aku kali nie. Nak ke tak nak, kau ikut. Nour nak kahwinkan kamu berdua.
Kalau kau tak nak, aku on aje jadi daddy express buat Jeana"

"Amboi mulut.. lancang betul. Cili mana cili? " tempik Felix.

Beraninya Shaun nak ganggu miss sweetheart dia. Memang mintak kaki la si Shaun nie.

"Kalau nak, cepat siap. Kita gerak berdua. Jangan cuba bawa orang lain. Ini arahan Nour sendiri"

Felix pun packing barang-barangnya. Dia berangkat bersama Shaun ke Pulau rama-rama.
Mereka menaiki Jet peribadi Felix. Sebabnya Shaun terbang je semasa sampai ke rumah Jeana. Bestkan jadi Shaun. Dahlah kacak.. boleh terbang lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience