Chapter 8: Rindu

Vampire Completed 7641

Sejak dari hari itu, Jeana tak pernah lagi memunculkan diri di taman larangan. Felix sering pergi ke Taman Bunga setiap hari dengan harapan Jeana muncul. Dia rindu dengan Jeana. Tak sedar dia sudah terjatuh hati dengan Jeana.
Seperti cinta yang bertepuk sebelah tangan.

Si Vampire berubah menjadi murung. Aktiviti sisi gelapnya tetap berjalan lancar. Kadang, dia pergi mengikuti melakukan serangan terhadap kumpulan yang lain. Hatinya merindukan miss sweetheart yang jauh di mata. Bilakah mereka akan bertemu lagi?

Seminggu kemudian, Henna Jeana melangkah masuk ke Syarikat Felix VM Holdings.
Dia berjalan ke arah receptionist.

"Hello miss Lya. Saya nak tanya mana terletaknya bilik pegawai pemasaran" Tanya Jeana kepada staff yang bername tag 'LYA'.

Sila tanyakan kepada setiausaha Mr. Felix iaitu Puan Adda"

"Miss Henna Jeana?" sapa suatu suara dari arah belakang.
"Ya saya".
"Sila ikut saya. Saya akan memaklumkan kepada boss kedatangan kamu. Saya tunjukkan bilik awak sekarang". kata Puan Adda.

Dia membawa Jeana ke sebuah bilik yang dimaksudkan. Puan Adda berlalu ke bilik CEO.

Jeana memandang seluruh bilik kerjanya.
"Whoaa.. bestnya.. ada sofa untuk berehat. Decorasi bilik juga sangat memuaskan" Katanya sendirian. Beg tangan diletakkan atas meja dan duduk di kerusi sambil berpusing-pusing seperti kanak-kanak riang..

Sementara itu, Felix merenung figura Jeana melalui CCTV yang di sambungkan ke tab miliknya.
Dia tertanya-tanya jika itu adalah Jeana yang dikenali ataupun pelanduk dua serupa. Terubat sedikit rindunya. Dia akan menyiasat sendiri latar belakang Jeana.

First day sangat memuaskan. Akhirnya, waktu pejabat berakhir. Namun Jeana memilih untuk melakukan overtime. Banyak betul yang perlu diteliti terutama mengimbas kembali data-data sebelum ini.

Tak sedar, jam berlalu. Jeana terasa diperhatikan. Dia cepat mengemaskan barangannya dan berangkat pulang.

Felix pula seperti halimunan mengekori Jeana. Masuk ke dalam kereta milik Jeana tanpa disedari.
Hebatnya.. teringat pula selimut halimunan Harry Potter.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience