Thanks for readings...
Bunyi deringan alarm mengejutkan lena Mallone. Habis lenguh satu badan apabila tidur atas lantai keras. Eva yang lena diulit mimpi dikerling sekilas dan dia berlalu ke bilik mandi. Mallone bersiap untuk ke sekolah selepas sarapan.
Beberapa keping sandwich dibawa ke bilik beserta susu segelas untuk breakfast Eva. Haraplah tak timbul sebarang masalah sepanjang peninggalannya nanti.
Bahu Eva digoncang lembut.
"Awak, bangunlah.. breakfast. Kejap lagi saya nak pergi sekolah. Awak duduk sini diam-diam sampai saya pulang"
" Okay.. kalau macam tu, saya nak berehat"kata Eva.
"Kalau awak bosan, ada buku novel tu. Tapi novel English lah" Kata Mallone sambil menunjuk ke arah rak buku yang terdapat dalam biliknya.
Mallone pun keluar sambil mengunci bilik dari luar. Dia berangkat bersama pemandu peribadi ke sekolah.
Di dalam bilik, Eva dilanda kebosanan. Nak leluar dia takut ditangkap. Tambahan lagi vampire berlegar-legar di sekeliling vila Felix. Dia teringat ayahnya Vincent. Mesti ayahnya sedang risau di sana. Bukan dia tak tahu ayahnya seteru dengan Felix. Dia harus mencari akal untuk keluar sementara budak mentah itu belum pulang dari sekolah.
Flashback
Eva dikejar oleh sekumpulan gangster ketika dalam perjalanan pulang. Dia hampir dirompak dan dia bergelut melepaskan diri dari perompak yang tiba-tiba menghadang keretanya.
Dia cuba lari ke dalam hutan namun tak berjaya. Kakinya terpelecok menyebabkan dia berguling jatuh dari kawasan tinggi.
Pada masa itu jugalah Max dan Mallone dalam perjalanan pulang. Terkejut melihat Eva yang jatuh menghempap bumbung kereta.
Eva bangun dan segera meminta tolong.
"Encik, tolong saya.. Ada perompak nak bunuh saya. Tolong selamatkan saya.. Saya mohon" rayu Eva. Keadaannya sungguh kasihan dengan pakaian penuh lumpur serta darah mengalir keluar dari luka torehan di lengan Eva.
Max pandang Mallone.. Mallone pandang Max. Sikit lagi nak membaham mangsa. Bau darah Eva sungguh harum bagi vampire seperti mereka.
Nak tolong ke tak?
"Hoi, jangan lari" teriak satu suara.
Mallone segera menarik Eva masuk dan menyuruh Max memandu cepat.
"Move faster uncle Max. We must save her" kata Mallone.
Max membuat pusingan U-turn dan memandu laju melintasi perompak yang mengejar Eva.
"Macam mana nak urus dia? " tanya Max pada Mallone.
"Kita bawa balik rumah ayah. Lagipun, kita dah lambat dinner nanti mommy bising" kata Mallone.
End flashback.
Jeana pergi ke bilik Mallone. Tujuannya mahu mengemaskan bilik anaknya itu. Rutin Jeana apabila sudah mengemaskan rumah, semua kena bersihkan sendiri. Jeana sudah terbiasa.
Jeana terdengar seorang menyanyi dari dalam bilik Mallone. Takkan Mallone ponteng pulak kan. Dia memulas tombol pintu. Berkunci dari dalam. Jeana pun mengambil kunci pendua dan berjaya masuk.
Pelik..
Ada aura pelik dalam bilik anaknya. Bilik Mallone tersusun kemas dan rapi.
Siapa??
Jeana mula spot check. Dia tahu ada yang tak beres.
Dia ternampak Eva di bawah katil Mallone.
"Get out"kata Jeana.
Eva mengensot keluar dan berdepan dengan Jeana.
Eva tunduk.
"Who are you girl? Macam mana awak boleh ada dalam bilik anak saya? " tanya Jeana.
"It's a long story" kata Eva dan menceritakan hal yang berlaku semalam..
"So pity" kata Jeana. Dia memeluk Eva..
"Tinggallah di sini sementara. Lagipun, aunty tak ada kawan perempuan" kata Jeana.
"Boleh ke aunty? Nanti papa saya cari saya pula macamana? " tanya Eva.
"Pasal tu jangan risau, nanti pak cik Felix uruskan. Jom teman aunty ke ruang tamu. Tak best ka borak dalam bilik ni. Kurang udara" kata Jeana.
Eva membontoti Jeana keluar dari bilik Mallone. Ruang tamu dituju dan mereka melabuhkan punggung di sofa. Jeana dan Eva berbual kosong sehinggalah Felix muncul.
Dahi Felix berkerut melihat tetamu yang tak diundang itu.
"Kau, anaknya si Vincent kan? Buat apa di sini?" tanya Felix berang.
Tanpa usul periksa, Felix menuduh Eva sebagai pengintip ayahnya Vincent.
Jeana menenangkan Felix.
"Saya jumpa dia dalam bilik Mallone tadi"
Jeana pun bercerita bagaimana Mallone terjumpa Eva.
"Kita tunggu Mallone pulang dan kita akan ambil langkah seterusnya" kata Felix.
Share this novel