Mallone bernyanyi riang. Ayahnya Felix menghantar dia ke sekolah pagi tadi. Mungkin itu satu cara buatnya untuk berubah dan menjernihkan hubungan. Apapun usaha ayahnya, Mallone hargai..
Waktu rehat yang ditunggu-tunggu. Mallone ke kantin untuk mengisi perut. Dan, seperti biasa dia diintai banyak admirer terutamanya golongan hawa. Mallone tak peduli, yang penting perut lapar mesti segera di isi.
Oleh kerana mood yang baik, Mallone siap berjalan dengan senyuman mahalnya. Wajahnya juga bersinar ceria..
"Bagi nasi goreng satu dan milo ais satu"pesannya pada chef yang berada di kantin.
"Tunggu kejap. Saya siapkan. Take a seat. Waiter akan hantar nanti"katanya.
Mallone menunggu. Sambil tu dia mengambil telefon dan melihat cctv di kawasan sekolah. Canggihkan, si Ketua sedang memantau pergerakan anak buahnya bertugas di sekolah. Jadi tak buang masa dan tenaga untuk memantau masa rehat.
Pesanannya sampai dan Mallone menikmatinya seolah-olah tak makan setahun.
"Hi, boleh duduk di sini? " tanya satu suara.
Mallone mendongak.
Uggh, dia lagi.. desisnya tak suka..
Penolong ketua pelajar, Hayline duduk tanpa di suruh. Mallone tak berapa suka sebenarnya dengan si Hayline. Tergedik-gedik dengannya. Siap cop Mallone sebagai boyfriend lagi. Dengan sebal, Mallone bingkas bangun dan berlalu.. moodnya ke laut.. baik dia buat pemeriksaan di kawasan sekolah. Waktu begini memang banyak pelajar sedang escape dan merokok di tandas sekolah.
Semasa on the way, dia bertembung dengan seorang pelajar perempuan. Cantik do.. tak berkelip Mallone pandang. Actually, pelajar tu tak pandang Mallone pun, dia berjalan sambil menundukkan muka.
"wait a second, who are you?" tanya Mallone.
Perempuan itu hanya tunduk. Wajahnya terpeta kesedihan. Rambutnya kusut dan terdapat chewing gum melekat di rambutnya. Sekilas, Mallone dapat mengagak itu mangsa buli.
"Who did this to you? " kata Mallone tegas.
"Saya tak tahu.. mereka tiba-tiba mengepung saya di tandas dan bertindak kasar. Saya tak tahu apa salah saya" katanya pada Mallone. Wajahnya tetap tunduk.
"Come, follow me. Tunjukkan sapa mereka. Biar saya bertindak terhadap mereka. Berani mereka membuli pelajar lain"kata Mallone. Lengan pelajar itu ditarik menuju tandas perempuan.
Seketika, terdengar hilaian ketawa dari tandas. Beberapa pelajar perempuan bergelak sakan meraikan sesuatu.
"Padan muka dia. Siapa suruh dia pergi tandas masa rehat, memang kenalah dia.. Hahaha.. kita tunggu siapa seterusnya" kata salah seorang dari mereka.
Pintu terkuak dari luar..
"Eh, kau lagi.. tak serik lagi ke? Hahaha.. jom kerjakan Dia"kata mereka. Pelajar perempuan itu ditarik sehingga jatuh tersembam ke lantai tandas. Bajunya dijirus dengan air. Basah kuyup satu badan.
Tanpa sedar, Mallone merakam di sebalik pintu dengan telifon pintar.
Pintu ditendang kuat.
BAMM!!
Satu figura menapak masuk. Mallone mencempung pelajar mangsa buli dan membawanya keluar.
Mereka terkesima.. Habislah mereka kena menghadap guru disiplin.
"Meet me after this all of you. Saya dah ada bukti kuat dan kamu akan dikenakan tindakan" kata Mallone.
Mallone membawa pelajar itu ke bilik rehat khas untuk ketua pelajar. Di sana rakannya seramai tiga orang sedang menunggu.
"She need help. Dia pengsan"kata Mallone.
"Kena buat CPR Ke? " tanya salah seorang dari mereka.
"Ngoklah kau ni. CPR untuk orang lemas la. Ini cuma pengsan" kata Mallone.
"Ambil segelas air dan renjiskan pada mukanya. Gerenti dia sedar nanti" katanya. Name tag pelajar itu dipandang. MELIA. Cantiknya nama..
perjalanan masih panjang gaiss.. Kes covid semakin meningkat. Stay safe everyone..
Share this novel