Saban hari berlalu, perubahan perut Jeana semakin ketara. Jeana semakin kerap membuat pemeriksaan di hospital memandangkan keadaan kehamilan yang sangat berisiko. Seminggu sekali check up. Felix juga sudah mula work from home untuk memantau isterinya.
Menunggu detik selama sembilan bulan, Jeana semakin nervous. Dia selalu berdoa agar bayi-bayinya dalam keadaan baik-baik sahaja. Di sebalik debarannya, mereka gembira apabila mendapat tahu bayi mereka adalah lelaki dan perempuan.
Usia Jeana yang menjangkau 36 tahun sememangnya memberi impak pada kandungannya apabila tahap metabolisma tubuhnya menurun.
Jeana mengusap perutnya apabila terasa bayi menendang-nendang.. sambil menyanyi kecil, Jeana mengalun sebuah lagu supaya bayinya selesa. Kata orang, komunikasi sejak bayi dari dalam perut lagi adalah penting supaya terjalin hubungan harmonis apabila bayi keluar kelak.
"Are you okey darling? " tanya Felix risau.
"Am okay.. baby kick inside" kata Jeana. , h"
"Hi baby" kata Felix dan mengusap perut besar Jeana.
"Anak-anak daddy jangan nakal-nakal tau" pesannya seraya mencium perut Jeana lembut.
Felix mengajak Jeana duduk di sofa lembut..
"Due date tak lama lagi. now 36 weeks" kata Jeana.
"Kenapa? Dah ada tanda-tanda ke? " tanya Felix.
"No, but darling tak dapat tidur sejak seminggu lalu.. am nervous" kata Jeana.
Tiba-tiba air mengalir keluar membasahi seluar maternity Jeana.
"Are you peeing darling? Your pants looks wet.. "kata Felix.
"No, am not.. oh God, this must air ketuban. Hurry up. Kita pergi hospital" kata Jeana.
Max menghantar Jeana ke hospital ditemani Felix.
Jeana dimasukkan ke emergency room dan terus ditolak ke labour room.
Seramai 5 orang doktor yang akan menyambut kelahiran bayi Jeana. Felix setia di sisi isterinya memberi semangat. Jeana mula merasakan kontraksi. Jeana tidak mahu diberikan suntikan tahan sakit kerana takut effect pada bayinya.
Jeana berjaya melahirkan seorang bayi lelaki yang cukup sifat. Tangisan bayi bergema di ruangan bilik bersalin.
Tiba-tiba berlaku pendarahan serius. Jeana terpaksa dibedah bagi menyelamatkan bayi kedua. Felix tanda tangan borang bahawa dia setuju Jeana Caesaran.
Felix menunggu di luar dewan bedah penuh debaran. Bayi Jeana selamat dikeluarkan dan ditolak masuk NICU kerana belum cukup bulan. Bayi perempuan seberat 1.8kg yang comel.
Jeana terlantar lemah. Tenaganya terkuras habis. Walaupun lemah, dia mampu tersenyum. Kesakitannya tak terasa bila doktor meletakkan bayi lelaki di sebelahnya. Mirip Felix..
Share this novel