BAB 25

Romance Series 60749

“Kau dah call Salwa pasal job kat office dia? Ada kosong tak dengan jawatan kau nak tu?’’sambil menyuap makanan ke dalam mulut, Yusra memandang Safia di depannya.

“Ada. Salwa cakap next month baru orang tu resign. Tap iddah aku pulak dua bulan lebih lagi. Kalau aku pergi JB nanti nak kena datang sini balik pergi mahkamah’’ Safia menguis nasi goreng dalam pinggan.

Kalau boleh dia nak pergi jauh dari Kuala Lumpur ini. Ilham pun dah mungkin bahagia dengan isteri barunya itu. Kebetulan pula office kawan baiknya Salwa di Johor, memerlukan pembantu akauntan bulan depan. Mana tahu rezekinya kat sana.

“Kat office Salwa kan pembantu akauntan je. Kau tu akauntan. Degree pulak tu. Tak sayang ke turun pangkat?’’

“Ah biar lah turun pangkat pun. Janji aku dapat pergi jauh dari KL ni’’

“Amboi.. Dah tak nak duduk KL lagi erk. Sampai hati kau nak tinggal aku kan..’’ Yusra pura-pura merajuk.

“Alolo merajuk pulak makcik ni. Eh, awak tu dah bertunang tau. Tunggu masa je nak jadi isteri si Azam tu. Nanti ada lah kawan kau kat sini’’

“Aku pun tak tahu bila langsungnya’’ Yusra tersengih. Safia memandang Yusra. Entah bila la dia nak bukak pintu hati dia tu untuk berumah tangga.

“Yus.. Kau masih tak bagi kata putus kat Azam lagi ke? Kesian tau dia tunggu kau. Lama dah kan korang bertunang. Tak elok lah bertunang lama-lama ni’’ kata Safia.

“Aku bukan apa Pia. Entah lah, aku masih takut’’

“Kau takut apa? Kau takut gagal? Yus.. Kau jangan fikir macam tu. Masa depan ni kita tak tahu apa yang jadi. Kita kena lah sentiasa doa yang baik-baik’’ dia memegang tangan Yusra.

“Tapi kau..’’ Yusra sebersalah untuk teruskan kata.

“Memang aku gagal dalam rumah tangga aku Yus. Tapi tak semestinya rumah tangga kau akan jadi macam aku. Kau kena stop jadi paranoid Yus. Kau tengok Salwa. Happy je dia kat Johor sana dengan suami and anak-anak dia. Aku rasa tak sabar pulak nak jumpa dia’’ cepat Safia mengubah topik. Tersenyum dia teringatkan sahabat mereka sorang lagi tu.

“Tulah tu. Lama kan tak jumpa Salwa. Last dia datang sini tahun lepas kan. Biasalah dia sibuk sejak dua anak ni” kata Yusra. Mereka berbual sambil menceritakan kenangan lama.

“Eh Pia. Dah pukul berapa dah ni. Lunch hour dah habis. Aku nak kena masuk office ni. Ada kerja tak siap lagi” Yusra dan Safia saling memandang jam di tangan.

“Aha la. Tak perasan dah pukul 2 lebih. Jap aku bayar dulu’’

“Aku nak pergi toilet jap’’ Yusra terus bangun dan menuju ke tandas.

Dalam beberapa minit menunggu Yusra, Safia bangun dari kerusi untuk ke kaunter. Sambil berjalan mata Safia memandang ke dalam beg tangan untuk mencari purse di dalam.

Macam ni lah handbag perempuan. Benda nak pakai urgent cari apa pun tak jumpa. Tiba-tiba bahunya terlanggar seorang lelaki yang ingin bangun dari kerusi.

“Aduh!” Safia terganjak ke belakang. Rasa geram kerana ada yang melanggar kasar bahunya. Buta ke apa? Cepat lelaki itu mengangkat tangan meminta maaf.

“Sorry cik..! sorry... Err Pia?’’ Safia mengangkat muka ketika lelaki itu menyebut namanya. Jantungnya mula berdebar.

“Abang...’’ lama mereka bertatapan. Suara Yusra dari belakang menyedarkan mereka.

“Jom Pia. Kau dah bayar belum?’’ Yusra juga terkejut memandang Ilham. Shahrul dan Imran yang baru selesai membuat pembayaran juga muncul di situ.

“Sorry lah terlanggar tadi....’’ dengan pantas Safia menarik tangan Yusra untuk keluar dari restoran itu.

Seorang pelayan memanggil mereka kerana belum menjelaskan pembayaran. Ilham yang mendengarnya segara menahan pelayan itu.

“Im. Kau bayar dulu Im. Nanti claim kat aku. Ek?’’ terangkat kening Imran mendengarnya. Eh eh. Aku pulak nak kena bayar. Shahrul juga tergelak dan mengiyakan saja arahan itu.

Ilham terus berlari mengejar mereka dari belakang. Tapi langkahnya terhenti di luar pintu restoran itu. Dia memandang Safia dan Yusra yang berjalan laju di depan. Safia hanya berpaling sekilas pada Ilham yang jauh di belakang.

Imran yang selesai membuat pembayaran itu segera keluar dari restoran bersama Shahrul.

“Kenapa kau tak kejar dia bro?’’ Imran meletakkan lengannya di bahu Ilham.

“Entahlah’’ itu saja jawapan Ilham.

“Kau ni aku tengok tak tentu arah lepas bercerai dengan Safia. Meeting pun tak fokus. Kau jangan cakap kau dah gila talak bro. Kau yang lafaz taklik kat dia’’ Shahrul pula bersuara.

“Kau tak faham bro sebab kau belum kahwin” Imran mencelah. Dia memberi isyarat mata pada Shahrul. Dia faham perasaan Ilham sekarang ni. Mata memandang Ilham. Dia sambung lagi.

“Macam nilah Am. Kalau kau rasa kau masih nak kan Safia tu kau ada masa lagi” berkerut Ilham memandang kawan di sebelahnya.

“Maksud kau?’’

“Kau masih dalam iddah kan? Dalam iddah ni lah peluang kau untuk rujuk semula dengan Safia. Lebih afdal kalau korang duduk satu rumah. Tapi.. Tak boleh sebilik lah selagi kau tak rujuk dengan dia”

“Kau nak aku duduk satu rumah macam mana? Dalam rumah tu dah ada orang lain. Lagi lah Pia tak nak’’ Ilham menggeleng kepala.

“Maksud aku kalau kau ada rumah lain la. Sepanjang iddah ni kau bawak lah Pia duduk dengan kau. Kau ambik hati dia balik. Mungkin dengan cara ni hati dia boleh lembut nak get back dengan kau. Tapi, apa yang aku tahu, kalau kau dah ‘ter ehem-ehem’ dengan dia, automatik kau dengan dia dah rujuk balik. Tapi takkan kau nak paksa dia kalau dia tak suka kan?’’ Ilham terdiam sambil berfikir.

“Tapi aku mana ada rumah lain” jawab Ilham.

“Kalau kau nak kondo abang aku ada. Sekarang abang aku ada kontrak kat UK. Dia angkut anak bini dia sekali pergi sana. Mungkin 2, 3 bulan lagi kot balik. Tapi barang still ada lah dalam rumah tu” Shahrul memberi tawaran. Demi kawan tak apa lah dia tolong.

“Seriuslah bro? Aku sewa sementara ni? Boleh?’’ laju Ilham memandang Shahrul.

“Ye. Nanti aku discuss dengan abang aku dulu’’ jawab Shahrul.

Hati Ilham kembali berbunga. Dia akan cuba memujuk Safia. Mungkin dengan cara ni Safia akan terima dia semula . Kali ni dia akan buang egonya. Dia harap semua ni belum terlambat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience