BAB 69

Romance Series 60749

Selesai menunaikan solat Isyak, Farhan duduk termenung di atas katil. Masih rasa bersalah dengan kejadian tengah hari tadi. Darwish hampir saja di langgar kereta.

Ya Allah. Kesian Darwish. Kalau lah dia memasukkan mereka ke dalam kereta dulu, mesti benda ni takkan jadi.

Wajah lelaki tadi bermain dalam fikiran. Teringat dulu, dia pernah bertanya kepada Safia, kenapa mengaku dia suami di depan Ilham. Safia meminta maaf kepadanya. Safia harap dengan alasan itu Ilham tidak akan mengganggu dan merampas Darwish darinya.

Dalam hati, dia rasa tak kisah. Kalau nak jadi suami betul pun boleh. Farhan tersenyum sendiri. Sudah lama dia menyimpan perasaan pada Safia. Tapi dia tidak pernah meluahkannya. Hati rasa bahagia bila Safia dan Darwish dekat dengannya.

Tiba-tiba senyumannya kembali tawar. Kerana seseorang yang agak lama dia tak berjumpa, membuatkan dia cuba menepis perasaan itu. Tapi entah kenapa semakin dia menolak semakin kuat pulak rasa itu.

‘Lain kali kalau nak buat kerja tu, utama kan keselamatan anak bini dulu..!’

Kata Ilham tadi terngiang di telinga. Dia perasan sesuatu. Seingatnya, sudah hampir dua kali Safia terjumpa bekas suaminya itu. Orang cakap kalau lebih tiga kali berjumpa boleh jodoh lagi. Tambah-tambah kalau Ilham tahu Darwish itu anaknya. Mesti dia akan pikat Safia balik. Hatinya mula rasa tercabar.

“Ah! Tak boleh jadi ni.! Mamat tu ingat aku tak boleh jadi suami yang terbaik ke??” Farhan bermonolog sendiri. Dia harus berterus terang tentang perasaannya pada Safia.

Bunyi telefon pintar mengejutkannya. Nama seorang gadis yang tertera di skrin membuatkan hatinya rasa berbelah bagi. Dia keliru dengan perasaannya sekarang. Farhan mengeluh. Dengan berat hati dia menjawab panggilan itu.

"Ermm Hello.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience