BAB 11

Romance Series 60749

Safia singgah di sebuah kafe untuk membungkus makanan tengah hari. Rasa malas nak masak pagi tadi. Kalau masak kat rumah pun siapa nak makan. Suaminya pun tiada dirumah kerana ada urusan penting di Melaka dalam beberapa hari ni. Terpaksalah dia tinggal sendiri. Dah duduk sorang ni buat apa dia masak. Baik tapau je.

Setelah membuat pesanan di kaunter Safia berpaling ke belakang. Kelihatan Mak long Salma dan Atirah ada di meja berhampiran sedang melambai ke arahnya.

Aduh! Jumpa pulak dua orang mulut tak ada insuran tu kat sini! Kang buat tak tahu kang kata sombong pulak! Dengan terpaksa Safia membalasnya dan pergi ke arah meja mereka.

“Ai Pia.. Dari mana?’’ soal Atirah memandang Safia yang berdiri di tepi meja mereka.

“Dari office. Ni tapau makanan sikit’’ jawab Safia.

“Duduk lah dulu’’ pelawa Mak long Salma. Sementara menunggu makanan siap, dengan terpaksa Safia duduk di kerusi berhampiran meja mereka.

“Tak lunch dengan Am sekali hari ni?’’ tanya Mak long Salma.

“Abang Am outstation. Ada kerja kat Melaka’’

“Dia balik bila?’’ Atirah pula bertanya.

“Mungkin lusa kot’’

“Habis duduk rumah sorang la?’’

“Aha la. Dengan siapa lagi’’ Safia tergelak paksa dengan jawapannya.

“Tulah. Kalau ada anak tak la sunyi sangat’’ selamber Mak long Salma berkata. Safia mula panas hati dengan sindiran itu. Tak habis-habis!

“Mak long... Maaf lah Pia bukan nak kurang ajar. Kalau rezeki tu ada, ada lah anak tu. Bukannya Pia tak nak beranak pun..! kerja Tuhan kan, mana Pia tahu Dia nak bagi anak bila.! Kalau boleh buat kat dapur tu Pia dah pergi buat!’’ serius muka Safia sambil menunjuk ke arah dapur restoran. Kedua mereka tersentak dengan jawapan Safia begitu.

“Mak Kak Tira cakap je.. kau jangan lah sentap sangat Pia..!’’ Atirah membalas kata Safia. Dia rasa geram seolah Safia berani kurang ajar dengn ibunya. Nanti aku mengadu kat mak mentua kau!

“Mak long cuma kesian kat Am. Yela. Dia ada bisnes dengan syarikat dia sendiri. Muda lagi. Kalau ada anak ni boleh lah suatu hari nanti anak dia take over. Tak gitu?’’ Atirah mengangguk setuju dengan kata ibunya.

“Kau kene fikir pasal Am Pia kalau kau sayang kat dia” sengaja Atirah menyambung kata ibunya.

“Mak bukan apa Tira. Mak kesian kat ummi dia. Teringin sangat cucu sendiri..’’ mereka berbual tanpa pedulikan perasaan Safia. Mak long Salma memberi isyarat mata pada anaknya. Atirah mengangguk dan memandang Safia yang terdiam itu.

“Kau bagi je la dia kahwin lagi satu. Mana tahu dapat rezeki anak. Kau pun boleh menumpang kasih. Kitorang yakin, Am tu boleh adil dengan dua bini.. kan mak?’’ yakin Atirah dengan katanya sendiri.

Safia hanya menjeling. Semakin lama dia di situ semakin menyampah pulak dia rasa. Kang tak pasal-pasal meja diorang makan ni terbalik dia kerja kan.

“Kesian kat Ilham. Dah lama dah tu hati dia nak anak. Kamu izinkan je la. Lagi pun Mak long ada kawan. Dia pun tengah cari calon untuk anak dia. Orangnya pun cantik’’
bertambah menyirap Safia mendengarnya. Suka hati nak tentukan hidup orang.

“Bab ni saya tak tahu. Tanya lah Am sendiri..!’’

“Kalau tanya Am dalam hati mesti dia nak. Tahu sangat orang lelaki ni. Tapi sebab dia fikirkan kau la dia tak nak nanti. Kau la kena pujuk dia.’’ Kata Atirah.

Pelayan yang melambai ke arah Safia menandakan makanan dah siap dibungkus melegakan hati Safia. Dengan cepat dia bangun dan menolak kerusi dengan sikit kasar.

“Tengok lah nanti saya cakap dengan dia. Pergi dulu..!’’ dengan laju Safia mengambil bungkusan makanan itu dan terus keluar dari kafe itu. Kedua beranak itu hanya ketawa sinis memandang langkah Safia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience