BAB 85

Romance Series 60740

Sampai saja di pejabat pagi itu, sekuntum bunga ros merah ada di atas meja kerjanya. Safia mengambil dan membaca kad kecil di tepi bunga itu. Walaupun tanpa nama di situ, tapi Safia tahu bunga itu dari siapa.

‘I AM SORRY SAYANG.. DON’T LEAVE ME PLEASE…’

“Huh! Dasar sweet talker. Dah bertunang tu buatlah cara dah bertunang. Meluat pulak aku!” Bebel Safia perlahan.
Terus dia mencampak bunga dan kad kecil itu ke dalam tong sampah di bawah meja.

Ketika Safia tekun mengadap komputer dan menyiapkan kerja, Farhan datang dan berdiri di tepi mejanya sambil kedua tangan menyeluk poket seluar. Serius sekali muka Farhan. Safia melangut memandangnya. Apahal pulak mamat ni?

“Masuk bilik saya.!’’ Tegas suara Farhan. Kemudian laju dia berpaling dan melangkah masuk ke biliknya. Dengan malas Safia bangun dan masuk ke ruang pejabat lelaki itu.

“Ada apa Encik Farhan?’’ Safia berdiri di depan meja bosnya itu.

Farhan yang duduk di atas kerusi empuknya melangut memandang Safia. Hati masih sakit dengan apa yang dia lihat semalam.

“Tolong tutup pintu tu..’’ Arah Farhan. Dengan rasa malas Safia menutup pintu ruang pejabat itu.

“Awak pergi mana semalam?” laju Farhan bertanya setelah Safia kembali berdiri di depan mejanya.

“Semalam kan weekend. Duduk rumah lah’’ jawab Safia dengan riak muka yang bersahaja.

“Jangan tipu Safia..! Awak keluar dengan Ilham kan semalam??’’ soal Farhan serius.

“Suka hati saya lah saya nak keluar dengan siapa pun. Itu hak Saya..!”

“Kenapa tak bagitahu saya dulu awak keluar dengan dia?? whatsapp tak reply.! Tak pick up call saya?!’’ marah Farhan. Kening Safia berkerut mendengarnya.

“Excuse me Encik Khairul Farhan? Saya ni bukan tunang atau isteri awak tau. Kita dah tak ada apa-apa dah sekarang..! Saya bebas keluar dengan siapa pun saya suka..!’’

“Tapi saya tak suka awak keluar dengan dia!’’ Farhan meninggikan suara sambil tangan menghempas meja dengan kasar. Safia sikit terkejut mendengar bunyi hempasan meja itu.

“Eh, suka hati saya la..!’’ balas Safia sambil berpeluk tubuh. ‘Suka hati dia je nak control dengan siapa aku nak keluar!’ Marah Safia dalam hati.

Farhan mengeluh kasar. Dengan perlahan dia bangun dari kerusi dan berdiri di depan Safia.

“Ok look. Saya tahu awak masih marah kan saya. And saya dah banyak kali mintak maaf kan. Tak boleh ke awak maafkan saya..?’’ soal Farhan perlahan. Safia menghela nafas dan memandangnya.

“Saya dah maafkan awak Encik Farhan.. Cuma sekarang saya mintak awak tak payah ganggu saya lagi. Saya dah move on. So, awak pun boleh move on dengan life awak. Ye?!’’ jeling Safia. Farhan mendengus.

“Awak ni kenapa Safia?? Tak faham ke yang saya ni dah tak boleh lupa kan awak. Awak yang buat saya sayang awak tau!’’ berkerut kening Safia. Eh eh kita pulak.

“Awak tu yang kenapa?? Saya ni undur diri sebab saya tak suka kacau hak orang! Faham..?! Hish!’’

“No! saya tak nak putus dengan awak! Kita kahwin!’’ bulat mata Safia memandang Farhan.

“Awak ni betul ke tak betul? Sedar sikit diri tu dah bertunang!’’ ulang Safia lagi.

“So, apa masalahnya kalau saya dah bertunang??’’ Farhan memandang Safia. Safia menggeleng. Tak reti bahasa ke mamat ni?

“Awak ingat saya ni apa? Perampas?! Hei! Jangan jadi tamak lah Farhan. Dia awak nak! Saya awak nak! Kalau macam ni lah perangai awak, nak anggap awak kawan pun saya fikir dua kali tau!’’

“No..! Saya tak kan lepas kan awak Pia. Saya tahu! Awak berubah macam ni sebab si Ilham tu kan!’’ Farhan mengangkat jari telunjuk pada Safia.

Ketika Safia ingin membalasnya, bunyi ketukan pintu mengejutkan mereka. Wardah terus membuka pintu pejabat itu. Kedua mereka memandang Wardah.

“Kenapa ni? Ada masalah ke?” Wardah mendekati mereka sambil mengangkat kening memandang mereka silih berganti. Dia mengagak seperti ada pergaduhan di sini.

Tanpa berkata apa-apa, Safia terus keluar dari situ dan menutup pintu. Wardah memandang Farhan sambil mengangkat kening menantikan jawapan. Farhan menghela nafas.

“Tak ada apa..! Wardah buat apa kat sini?’’

“Saja.. Nak jumpa abang..’’ kening Farhan berkerut mendengarnya.

“Kan semalam dah jumpa..!’’ Farhan terus duduk di atas kerusi empuknya dan memusingkan badan ke arah lain.

“Kenapa? Tak boleh ke Wardah nak jumpa tunang sendiri hari-hari?’’

“Ni office..! Tempat abang cari rezeki. Respect la sikit.!’’ kasar suara Farhan dan hanya memandang wardah dengan ekor matanya.
'Tahu la bapak sendiri lembaga pengarah. Tapi jangan buat pejabat ini macam pejabat sendiri. Suka-suka nak datang' Farhan melepaskan geram dalam hati.

“Abang ni kenapa? Tiba-tiba nak angin?! Wardah datang sini nak ajak abang lunch je. Ok fine! Wardah pergi kalau abang tak suka Wardah datang!’’ Wardah terus keluar dari ruang pejabat itu dan menutup pintu dengan kasar.

Farhan hanya membiarkan. Malas dia nak pujuk sekarang. Pening kepala memikirkan cara memujuk perempuan. Keduanya dia sayang. Ahh!

Safia yang sedang menenangkan hati di meja kerjanya, ternampak Wardah keluar dari ruang bilik Farhan dan berjalan laju menuju ke pintu utama pejabat itu dengan muka yang masam.

Dia mengeluh kesal. Hati di selubungi rasa bersalah kerana bercinta dengan tunangan orang. Kalau dia tahu Farhan sudah berpunya, dari dulu lagi dia menolak perasaan ini dari singgah di hatinya. Haih!

Share this novel

Gina Seman
2024-10-04 18:14:18 

ambik kau Farhan...dua² merajuk semua nak..


NovelPlus Premium

The best ads free experience