BAB 14

Romance Series 60749

Sampai saja di rumah Ilham terus naik ke atas dan masuk ke dalam bilik. Safia yang sejak tadi berdiri di belakang pintu bilik dengan laju memeluk suaminya dari belakang. Ilham terperanjat.

“Abang.... Pia nak mintak maaf..’’ lembut suara Safia memujuk suaminya. Ilham berpaling mengadap isterinya sambil tersenyum.

“Abang pun nak mintak maaf kat sayang. Sorry, abang terkasar dengan sayang hari tu..’’

“Tak apa. Pia yang salah..” Safia mencium tangan Ilham.

“Lepas ni abang tak nak dengar lagi kita cakap pasal hal tu. Anak semua tu rezeki. Kalau Allah bagi kita terima. Kalau dia belum bagi kita doa. Ye?” pujuk Ilham. Dia tak nak kerana hal itu membuatkan mereka bergaduh. Dia tak suka. Safia mengangguk dan tersenyum tawar.

“Abang happy tak dengan Pia?” Ilham mengangkat kening. Sudah beberapa kali soalan itu keluar dari mulut isterinya. Layankan je la.

“Ye sayang.. Abang happy dengan Pia. Kalau abang tak happy abang dah cari lain sayang..” Safia membuat muka.

“Abang nak cari lain ke??’’ Ilham tergelak mendengarnya.

“Tak la sayang.. Abang cakap kalau abang tak happy. Sekarang abang happy kan dengan Pia” Ilham mencuit hidung Safia.

“Tapi abang memang ada niat nak kahwin lain lah kan?’’

“Tak ada sayang.. Sumpah tak de. Abang sayang and cinta Pia sorang. Dari abang mula kenal Pia lagi cinta abang tak pernah berubah. You’r my first love sayang..’’ Ilham memeluk pinggang Safia sambil berbisik manja di muka isterinya. Safia tersenyum bahagia.

“Betul?”

“Betul sayang..” jawab Ilham manja.

“Kalau abang ada perempuan lain abang bagitahu Pia. Pia tak suka berkongsi. Pia akan undur diri. Pia tahu Pia tak sempurna kat mata abang. Lagi-lagi kat mata family abang sekarang ni..’’ muka Safia berubah masam.

“Sayang dah cukup sempurna kat mata abang…Muah! senyum sikit” pujuk Ilham. Safia cuba tersenyum.

“Lepas ni jangan cakap pasal hal ni lagi k? abang tak nak gaduh dengan Pia.." pesan Ilham lagi.

"Hmm ye la..." Safia mencebik bibir. Sepatutnya kau pesan itu pada keluarga kau. Bukan aku! kerana fikirkan mereka baru saja nak berbaik, dia lupakan saja suara hatinya itu.

"Kita dah lama tak pergi holiday kan. Jom honeymoon. Tinggal semua masalah kita kat sini” Ilham mengangkat kening. Muka Safia kembali ceria. Dia mengangguk laju mendengarnya.

"Nak!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience