BAB 21

Romance Series 60749

Selesai saja majlis pernikahan itu berlangsung mereka di minta oleh jurufoto untuk mengambil beberapa gambar di atas pelamin. Safia hanya berdiri di tepi dinding memandang isteri baru Ilham. Muda orangnya. Macam budak baru habis belajar.

Hati rasa seperti di hiris sembilu saat melihat perempuan itu memeluk erat lengan suaminya di atas pelamin kecil itu. Wajah suaminya juga tersenyum. Dia tahu senyuman Ilham palsu kerana ingin menyakiti hatinya.

‘Tak apalah. Hari ni mungkin senyuman itu palsu. Esok-esok bila dah ada anak sendiri. Happylah tu’ safia positifkan hati sendiri.

Sebelum air mata mengalir keluar lebih baik dia pergi dari situ. Mujur lah dia naik kereta sendiri tadi. Langkahnya terhenti saat terdengar suara adik ipar nya memanggil.

“Kak Pia..! Jom lah bergambar sekali’’ Safia hanya tersenyum tawar dan melambai.

Ilham hanya menjeling saja Safia berdiri disitu. Tiada langsung rasa untuk memanggil isterinya itu. Rasa sakit hati kerana Safia tidak menghalang langsung majlis ini.
Ilham sengaja berpura-pura tersasul sewaktu akad nikah tadi. Selama 4 kali lafaz akad pun Safia masih membatu tidak menahannya.

Sampai hati Pia tak halang abang! Pia yang nak semua ni kan! Hati menjerit mahu memarahi Safia kerana tidak menghalangnya tadi.

Dalam beberapa minit berdiri, Safia pun berlalu keluar dari situ. Air mata yang di tahan dari tadi mengalir dipipi. Dengan rasa pening kepala yang tak hilang sejak tadi membuatkan dia ingin cepat masuk ke dalam kereta supaya dapat melepaskan kesedihannya sekarang.

Ketika Safia ingin melangkah ke kereta ada suara menegurnya. Dengan cepat jari menyapu air mata. Safia berpaling.

“Eh ayah.. Ayah buat apa kat sini? Kenapa tak pergi bergambar kat dalam?’’ Safia memaksa diri untuk senyum.

“Ayah pergi ambik makanan tadi. Perut lapar sangat. Pia tak bergambar dengan Ilham?’’ Encik Aziz memandang mata Safia yang kemerahan. Dia tahu menantunya itu sedang menahan hati. Isteri mana yang sanggup tengok suaminya nikah lagi. Kata kakak ipar dan isterinya, Safia sendiri yang memberi keizinan untuk Ilham kahwin lagi.

“Emm tak. Lagipun Pia nak cepat. Hari ni jumaat Pia kerja. Ni nak kena masuk kerja pulak’’ bohong Safia. Sebenarnya dia sudah meminta cuti untuk hari ini.

“Tak makan dulu?’’ soal Encik Aziz.

“Tak sempat ayah. Pia pergi dulu tau..’’ laju dia mencium tangan ayah mertuanya. Sebelum banyak lagi soalan yang keluar lebih baik dia pergi cepat.

Ilham yang berada di dalam rumah segera keluar setelah melihat ayahnya bersembang dengan Safia. Tapi Safia sudah berlalu pergi. Dia berdiri di sebelah ayahnya sambil mata memandang langkah Safia hingga hilang dari pandangan.
Encik Aziz yang tersedar Ilham berada di sebelah memandangnya.

“Dah habis tangkap gambar?’’

“Err dah kot. Entah’’ Mata Ilham tak lepas memandang ke arah luar pagar itu. Ingin saja dia berlari mengejar Safia. Kerana sakit hati dia membatalkan niatnya itu.

“Safia cakap dia kerja. Dia tak ambik cuti ke hari ni?’’ kening Ilham berkerut mendengar kata ayahnya. Setahunya Safia cakap dia dah ambil cuti hari ni untuk teman dia di sini.

“Err ye..”

Encik Aziz memandang mata Ilham yang tidak lepas memandang keluar pagar. Dia tahu Ilham tak mahu pernikahan ini. Dia pun tak suka kalau anaknya di paksa nikah lagi. Tapi kerana Ilham sendiri yang mahukan dia terpaksa ikut saja kehendak mereka semua.

“Kamu ok ke?” Ilham tersenyum kelat dengan soalan ayahnya. Dia rasa tak ok pun sebenarnya.
Melihat muka Ilham yang kelat itu dia mengusap bahu anaknya.

“Kamu sekarang dah ada dua isteri. Makin besar tanggungjawab kamu Am. Ayah harap Am boleh berlaku adil untuk kedua-dua isteri Am. Ye?” Ilham mengangguk lemah dengan nasihat ayahnya itu.

Hakikatnya sekarang dia cuma ada satu isteri saja. Talak sudah jatuh pada Safia setelah selesainya akad nikah tadi. Lafaz taklik itu hanya dia dan Safia saja yang tahu.

Ya Allah.. Macam mana aku nak terus terang dengan keluarga aku ni. Ilham buntu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience