BAB 93

Romance Series 60740

Farhan memberhentikan keretanya di hujung simpang beberapa meter tidak jauh dari rumah keluarga Safia. Rasa bersalah yang menghantui diri membuatkan dia datang ke kampung ini untuk meminta maaf. Kerana masih rasa takut untuk mengadap mereka sekeluarga, dia hanya perhatikan saja Safia dari jauh selama beberapa hari ini.

Tangan membelek kening serta pipi yang masih bengkak dan lebam akibat tumbukan Ilham minggu lepas. Dia mengeluh kesal. Kesal di atas tindakannya pada Safia. Dia tidak sedar semua itu berlaku.

‘‘Ah! Bodoh kau ni Farhan! Bodoh!!’’ kasar dia menumbuk stereng kereta melepaskan rasa kesalnya itu.

Malam ini, Farhan mengambil keputusan datang ke sini lagi dan akan memberanikan diri untuk meminta maaf serta menebus kesilapan lepas. Dia akan meneruskan niatnya untuk melamar Safia di depan keluarga itu. Dia tidak peduli sekiranya dia dibelasah sekali lagi. Hatinya ikhlas mahu memperisterikan Safia.

Kening Farhan berkerut memandang kemeriah cahaya lampu yang menyuluh di rumah kampung itu. Dia rasa pelik. Seperti ada majlis keramaian saja di situ.

Cepat tangannya menahan beberapa orang kampung yang lalu bersebelahan keretanya untuk menanyakan tentang itu. Berubah air muka Farhan setelah diberitahu, majlis pernikahan Safia dan Ilham sedang berlangsung di rumah itu malam ini.

Cinta hatinya itu sudah sah menjadi milik orang.? Adakah kerana kesilapannya itu membuatkan Safia terus mengambil keputusan memilih Ilham? Farhan tertanya sendiri.

Mata Farhan mula berkaca. Kecewa sungguh dia rasa. Hati sangat sakit seperti di tusuk sembilu bisa saat ini! Tangan menggenggam penumbuk. Ikutkan marah dan sakit hati, ingin saja dia pergi merosakkan majlis itu sekarang! Dan membawa Safia serta anaknya itu lari jauh dari sini!

“Astaghfirullahalazim..!Astaghfirullahalazim..!” Cepat Farhan tersedar dan beristighfar beberapa kali.
Kedua tangan meraup muka sambil bersandar kasar di kerusi kereta. Cukuplah sekali itu dia kalah dengan bisikan syaitan.

Farhan melepaskan keluhan berat. Dia sendiri tidak tahu kenapa hatinya lebih menginginkan Safia. Mungkin kerana Safia selalu dekat dengannya dan mengisi kekosongan rindu yang ditinggalkan Wardah dulu.

Wajah ceria Wardah bermain dalam fikiran saat ini. Rasa bersalah mula menghantui diri kerana menduakan tunangnya yang masih setia.

“Maafkan abang Wardah… Abang gagal jadi tunang yang baik untuk Wardah...” sebak suara Farhan.

Jari mengesat air mata jantannya yang bertakung di tubir mata.
Dalam beberapa minit melepaskan kekecewaan disitu. Dia pun menekan pedal minyak dan berlalu pergi dari kawasan itu dengan hati yang terluka.


SELESAI saja majlis akad nikah selepas Isyak tadi, Safia terus masuk ke dalam bilik. Dia menanggalkan veil dan selendang dari atas kepala, kemudian duduk di depan cermin sambil meribas rambutnya yang panjang itu.

Tangan membelek baju berwarna putih nila di badannya. Kata Ilham, dia mahu warna yang sama sewaktu pernikahan mereka dulu, iaitu warna peach. Tapi, kerana ingin membuka kisah baru, Safia mahukan kelainan. Ilham pun tidak kisah dan bersetuju saja dengan warna ini.

Bibir tersenyum memandang make upnya yang cantik itu. Dia tidak sangka akan menjadi pengantin lagi. Dengan pasangan yang sama pulak tu.

Kedua tangan di letakkan di bawah dagu sambil memandang muka sendiri di dalam cermin. Kadang-kadang hatinya tertanya sendiri.

‘Aku ni..dah ludah suka jilat balik ke? dulu bukan main laju angkat kaki pergi dari Ilham tu. Sekarang berpatah balik semula pada Ilham. Hmm entah lah’

Mungkin kerana tidak mahu Farhan mengganggunya lagi. Dia dah rasa takut untuk hadap lelaki psiko itu. Tapi dia tahu, Farhan sebenarnya seorang lelaki yang baik. Dia sendiri tidak sangka Farhan boleh bertidak sampai begitu sekali. Mungkin silapnya juga kerana berkasar dan menampar lelaki itu dulu.

Dengan Ilham pula, hatinya terasa tenang dan selamat ketika bersama Ilham. Mungkin sebab itu juga membuatkan dia bersetuju saja dengan kata abangnya itu.

Cinta?
Dia sendiri pun tak tahu kenapa cinta dan sayangnya masih ada untuk Ilham. Mungkin kerana Ilham sentiasa muncul di depan matanya setiap minggu dulu, dan tidak memaksanya membuat sesuatu yang dia tidak suka. Tidak lah seperti sikap Farhan yang suka memaksa itu.

Safia menghela nafas. Istikharah sudah dia lakukan sebenarnya, tapi dia tidak mendapat sebarang pertunjuk pun. Jadi, dia ikut kata hati dan meneruskan saja majlis pernikahannya itu. Dia berserah pada Allah dan berdoa yang terbaik untuk hidupnya selepas ini.

Notifikasi telefon pintar berbunyi mengejutkan Safia. Tangan segera mencapai telefon dan membuka aplikasi whatsapp. Bertubi-tubi mesej daripada kawan-kawannya mengucapkan tahniah di atas pernikahannya dengan Ilham. Masing-masing meminta maaf kerana tidak dapat hadirkan diri.

Dia faham kerana majlis itu berlaku terlalu cepat dan tanpa ada perancangan awal. Hanya majlis pernikahan kecil saja. Malas dia nak buat majlis bersanding besar-besaran. Lagi pun dengan pasangan yang sama. Cukuplah gambar kenangan dulu dia tunjukkan pada anak cucunya nanti.

Bibir tersenyum memandang mesej dari kedua sahabat baiknya itu. Salwa tidak dapat hadirkan diri kerana sibuk dengan kerja dan urusan anak-anaknya. Hanya ucapan tahniah yang dapat dia sampaikan.

‘‘Siapa suruh tak plan awal-awal. Kalau plan awal boleh la aku dengan suami aku mintak cuti kitorang balik kampung pergi majlis nikah kau tu’’ kata Salwa di telefon semalam terngiang di telinga. Safia tergelak mendengarnya.

‘‘Nak buat macam mana. Majlis macam orang kena paksa nikah. Bidan terjun orang cakap’’ Balas Safia sambil ketawa.

Yusra pula sudah di sahkan mengandung. Kerana mengalami alahan yang teruk membuatkan Yusra tidak dapat balik ke kampung menghadiri majlisnya. Rasa seronok Safia mendengar berita itu.

Cuma perbuatan buruk Farhan kepadanya tidak diceritakan kepada kedua sahabatnya itu. Biarlah hal itu hanya Allah dan keluarganya saja yang tahu. Dia tidak mahu mengaibkan sesiapa. Cukuplah mereka tahu dia memilih Ilham semula kerana masih ada rasa cinta dihatinya.

Tiba-tiba dia teringat tentang Mak long Salma serta anak-anaknya sewaktu bersalam dengannya tadi. Wajah mereka anak-beranak bermain dalam fikiran.

“Selamat pengantin baru Pia..’’ Mak long Salma memeluk Safia lama. Dengan terpaksa Safia membalasnya.

“Pia.. Mak long nak mintak maaf kat Pia. Mak long banyak salah dengan Pia..’’ air mata sudah bertakung di tubir mata Mak long Salma.

“Betul Pia... Kak Tira pun nak mintak maaf. Kak Tira pun banyak salah jugak dengan Pia’’ Sayu pandangan Atirah pada Safia. Dengan perlahan dia menarik Safia ke dalam pelukannya.

Baru dia tahu perasaan Safia dulu ketika Ilham berkahwin lagi. Kerana dia baru merasakannya. Suaminya bernikah lagi beberapa bulan lepas. Segala keperluan suaminya dia tunaikan. Semuanya lengkap dan sempurna. Tapi suaminya tetap curang dan mencari perempuan lain. Kecewa sungguh dia rasa. Apatah lagi suaminya lebihkan masa di rumah madunya itu. Anak-anaknya juga tidak dipedulikan suaminya lagi. Mungkin ini balasannya kerana sering menyibuk hal rumah tangga sepupunya dulu. Malu dia pada Safia sekarang.

“Hanim pun sama.. Hanim pun ada salah dengan Pia… Kitorang mintak maaf eh..” Hanim turut merasa sebak.

Dia pula baru keguguran anak kedua kerana tergelincir di dalam bilik air beberapa bulan yang lepas. Kerana hentakan yang kuat itu, doktor mengesahkan peluang untuk dia mengandung lagi amat tipis.

Ketiga beranak itu memandangnya dengan pandangan yang sebersalah. Safia tersenyum tawar.

“Tak apa. Mak long, Kak Tira dengan Hanim tak ada salah pun dengan Pia. Kalau ada pun Pia dah lupakan..’’ balas Safia.

“Mak long tahu. Sebabkan mak long Pia tinggalkan Am. Mak long memang sayangkan Am dengan Amira macam anak mak long sendiri. Mak long nak anak-anak buah mak long bahagia. Tapi mak long tak sedar cara mak long salah’’ Mak long Salma mengesat air mata yang mengalir di pipinya.

Teringat selepas Ilham kemalangan dulu. Lama Ilham tidak bercakap dengannya. Teringat juga tentang kejujuran mummy Khadeja tentang kandungan Khadeja dulu. Dia rasa sebersalah pada adik dan anak buahnya itu. Kerana dia, Ilham terpaksa jadi pak sanggup. Kerana itu jugalah dia dan adiknya tidak bercakap.

Tapi, kerana air yang di cincang tidak akan putus membuatkan dia dan adiknya berbaik semula. Dengan ujian yang datang menimpa anak-anaknya sekaligus, membuatkan dia sedar tentang ketentuan Allah.

“Tak apa la mak long. Benda dah lepas. Tak payah la kita ingat lagi’’ Ilham yang sejak tadi diam di sebelah Safia mula bersuara.

“Maafkan mak long ye?’’ bersungguh-sungguh Mak long Salma meminta maaf kepada mereka berdua. Safia tersenyum ikhlas.

“Pia pun, kalau Pia ada salah dengan mak long atau terkasar bahasa ke. Maafkan Pia jugak” Mak long Salma menggeleng laju sambil menepuk dadanya sendiri.

“Pia tak ada salah. Mak long yang banyak salah dengan Pia... Pia jangan tinggalkan Am lagi ye..? Mak long janji, mak long takkan campur lagi hal rumah tangga sesiapa pun. Mak long doakan semoga jodoh Pia dengan Am kali ni kekal hingga akhir hayat’’ sebak suara Mak long Salma.

“Terima kasih mak long” Safia dan Ilham serentak membalasnya.

BUNYI pintu bilik yang terbuka dan tertutup mengejutkan Safia. Wajah Mak long Salma anak-beranak itu hilang dari ingatan.

“Sayang.. Termenung apa?’’ Ilham berbaring di tepi katil sambil jari merelus anak rambut di telinga isterinya. Lama dia tak tengok rambut Safia. Semakin cantik dan panjang.

“Tak ada apa pun. Semua dah balik?’’ tanya Safia.

“Family abang semua dah balik. Family Pia je la ada kat luar. Pia dah isyak?’’

“Belum. Abang dah? Tak tukar baju lagi?’’

“Malas nak tukar lagi. Bukan kotor pun. Solat dah tadi. Tumpang bilik abah” jawab Ilham. Dia pun masih memakai baju nikah tadi.

Lama Ilham merenung muka Safia. Rindu malam pertama mereka dulu. Tidak sangka akan berulang lagi. Ilham mengetap bibir bawahnya. Dia mula rasa terangsang.

“Kenapa tengok Pia macam tu?’’ terangkat kening Safia memandang suaminya.

“Sayang cantik.. Lebih cantik dari dulu..’’ puji Ilham ikhlas.

“Oo.. Kiranya dulu tak berapa cantik la?’’ duga Safia.

"Dulu cantik jugak. Sekarang lagi cantik..'' jawab Ilham sambil tersenyum.

"Ye ke..?"

“Yela. Sayang je tak pernah puji abang’’ Safia tergelak memandang mulut muncung Ilham.

Mata Ilham merayau-rayau memandang badan isterinya dari atas ke bawah. Safia tetap langsing macam dulu. Pandai isterinya menjaga badan.
Teringat pujian Shahrul ketika Safia masih menjanda dulu. Cemburu betul dia rasa.

Dengan perlahan tangan Ilham meraba pinggang Safia. Safia sikit terperanjat dengan sentuhan tangan suaminya itu. Sudah lama dia tidak merasa keadaan begini. Jantungnya mula berdebar. Dia cuba mengawalnya.

Dari ekor mata Safia, dia perasan sesuatu yang terangkat di celah kangkang suaminya.

“Ai cepatnye..’’

“Yela.. Sejak Pia tinggalkan abang, bil abang lama tertunggak tak bayar. Abang stim tengok sayang sekarang ni...’’

merah muka Safia menahan malu mendengar gurauan lucah suaminya itu. Sedangkan dia yang mulakan tadi. Aduh! Rasa janggal pulak. Cepat betul Ilham menangkap katanya tadi.

“Yela tu..” Safia berpura-pura membelek rambutnya sendiri.

Tangan Ilham terus meraba-raba badan Safia. Safia hanya membiarkan saja perbuatan suaminya itu. Walaupun hakikatnya dia rasa gemuruh sekarang ini.

“Betul la.. Sayang cinta kan abang lagi tak?”

“Emm cinta lagi kot” jawab Safia bersahaja. Ilham menghentikan perbuatannya.

“Kenapa mesti kot?” Ilham terus merajuk dan berpeluk tubuh di atas katil.

Safia perasan muka Ilham yang sudah berubah masam itu. Dengan perlahan dia bangun dan duduk di atas katil bersebelahan suaminya.

“Alolo merajuk pulak.. Jangan la merajuk. Eee.. Buruk la dah tua-tua merajuk” Safia memicit kedua pipi Ilham. Kemudian jari bermain manja janggut halus di dagu suaminya seperti mengusap kucing. Ilham tetap membatu memuncungkan mulut.

Safia tergelak memandang Ilham begitu. Muka sebijik Darwish apabila merajuk. Copy paste bapak betul.

“Ok ok. Mestilah Pia cinta kan abang lagi. Kalau tak, tak kan Pia boleh terima abang balik kan..” kata Safia seolah memujuk.

“Ye ke..? Bukan sebab tak nak Farhan kacau Pia?” Ilham berpaling memandang Safia disebelahnya.

“Eurmm.. Tu salah satu sebab jugak” Safia meletakkan jari di dagunya sendiri.

“Kiranya terima abang sebab terpaksalah kan..?”

“Yela. Kan abang dengan along yang paksa Pia nikah dengan abang hari tu. Lupa ye?’’ terangkat kening Safia memandang Ilham.

Seminggu selepas kejadian itu, keluarga mereka terus membuat persiapan untuk majlis pernikahan di kampung Safia ini.

“Yelah yelah.. Nasib baik along bagi cadangan. Kalau nak tunggu jawapan Pia terima abang balik entah bila lah kan..’’ rajuk Ilham lagi.

Safia tergelak lagi. Teringat tentang pertanyaan dan pujukan Puan Sakinah beberapa kali kepadanya dulu. ‘Mahu tak Pia terima Ilham semula? Jadi menantu ummi balik ye..?’ dia hanya tersenyum tawar dan tidak memberi keputusan apa-apa pun.
Syukurlah Puan Sakinah tidak memaksa. Cuma menaruh harapan saja.

“Sorry la.. Pia tak dapat nak buat keputusan cepat. Pia takut sebenarnya’’

“Pia takut apa?”

“Pia takut kalau-kalau.. Pia terpaksa makan hati lagi..’’ Ilham menghela nafas mendengarnya. Dia menggenggam tangan Safia.

“Pia.. Pia jangan cakap macam tu sayang.. Abang janji abang takkan bagi Pia makan hati lagi. Walau apa yang jadi abang akan pertahan kan Pia. Abang tahu dulu abang kayu. Mak long cakap apa kat Pia sanggup abang buat tak tahu. Abang mintak maaf ye sayang..?’’ pujuk Ilham sambil sebelah tangan mengusap pipi isterinya.

Sungguh dia menyesal dengan sikapnya dulu. Dia berjanji akan membuang egonya sejauh mungkin. Dia tidak mahu Safia pergi tinggalkannya lagi. Terharu Safia mendengarnya.

“Tak apa la. Mana ada rumah tangga tak bergelora. Biasa lah tu makan hati sikit-sikit’’ kata Safia selamber.

“Tapi abang tak kan bagi Pia makan hati banyak-banyak. Abang janji. Sumpah!’’ Ilham mengangkat tangan. Safia memegang tangan suaminya.

“Eh tak baik sumpah-sumpah.. Makan diri kang..’’ Ilham tergelak kecil. Safia membelek jari suaminya sambil mengetap bibir.

“Pia nak cakap thank you kat abang sebab selamat kan Pia.. Pia pun tak tahu nasib Pia kalau abang dengan family Pia balik lambat hari tu..”

“Kiranya.. Abang lah hero Pia kan? Kan? tepat pilihan Pia pilih abang..” Cepat Ilham memeluk Safia dan mencium leher isterinya berkali-kali.

Dia bersyukur Safia menjadi jodohnya lagi. Nasib baik Farhan itu sudah bertunang. Kalau tidak, melepas dia nak memikat Safia semula. Mungkin juga hikmah di sebalik kejadian yang berlaku.

Safia ketawa menahan geli dengan perbuatan suaminya itu. Dengan perlahan-lahan Ilham membaringkan Safia di atas katil. Mata mereka saling bertatapan. Jantung Safia yang sudah stabil tadi kembali berdebar semakin laju sekarang.

“Dari dulu cinta abang kat sayang tak pernah berubah.. Abang nak jadi hero sayang sampai bila-bila..’’ Ilham berbisik manja sambil merelus pipi Safia perlahan dengan menggunakan ibu jari dan terus menjalar ke bibir mungil isterinya itu.

Berbunga hati Safia mendengarnya. Dia tersenyum dengan pipi yang kemerahan menahan malu. Rindu dengan kata romantik suaminya itu. Tidak berubah. Tetap sama macam dulu.

Ilham mengucup bibir isterinya. Safia turut membalas pelukan Ilham dan menikmati cumbuan itu. Dengan perlahan-lahan ciuman ghairah itu merayap ke dahi, hidung, pipi, telinga dan leher Safia. Tangan Ilham mula merayau di sekitar payudara isterinya.

Safia mula terangsang dengan perbuatan suaminya itu. Tiba-tiba dia teringat sesuatu. Cepat tangan menolak dada Ilham.

“Abang..!”

“Kenapa sayang?” Ilham terkejut memandang Safia.

“Pia belum solat lagi..” tersengih Safia menampakkan gigi yang tersusun cantik itu. Dia tahu mesti mood suaminya terpotong.

“Oh, ingat apa tadi. Ok. Pergi lah solat dulu. Ke.. Pia nak bersama abang dulu. Lepas tu Pia mandi then, Pia solat. Kang pia tak khusyuk pulak” terangkat kening Safia memandang Ilham.

“Kenapa tak khusyuk pulak?”

“Yela. Sebab akan teringat kissing abang ni…’’ Ilham terus mencium pipi Safia berkali-kali. Safia ketawa sambil menutup mulut. Risau jika orang di luar mendengar perbualan mereka.

“Abang stop la…. Dah, Pia nak solat dulu’’ Safia terus bangun dari katil setelah Ilham mengalihkan badannya.

Tangan mencapai tuala kemudian meletaknya di atas kepala untuk menutup rambutnya. kaki mula melangkah ke pintu.

“Pia nak pergi mana?” Ilham berbaring lentok di atas katil sambil memandang isterinya.

“Mandi and solatlah. Then, tengok Darwish kejap’’

“Dia dah tidur kat bilik Acu Yana dia’’ kata Ilham. Safia hanya mengangkat kening. Dia ingin melangkah keluar.

“Sayang…!’’ Safia berpaling setelah Ilham memanggilnya lagi.

“Jangan lama-lama tau. Abang rindu.. Mmuaah! Muahh! Mmmuahh!” Ilham memuncungkan bibir melemparkan beberapa ciuman layang berserta pekej bunyi ciuman kepada Safia.

Safia membuat muka geli memandang suaminya begitu. Kemudian dia terus keluar dari bilik. Muka saja geli, dalam hati ni bukan main suka dia rasa.

Sambil berjalan fikirannya terbayang-bayang saat malam pertama mereka dulu. Malam ini mungkin akan berlaku lagi. Tiba-tiba dia rasa kembali terangsang dan tak sabar pulak. Tadi menolak sangat. Bibir tersenyum sendiri. Demi mendahulukan yang wajib, dia cuba menahan gelora batinnya.

‘Sabar Pia, sabar…’ Katanya dalam hati.

Share this novel

Gina Seman
2024-10-20 23:44:36 

hari nya brjodoh kembali..

Zai Zai
2024-10-20 17:01:40 

dah tamat ke


NovelPlus Premium

The best ads free experience