BAB 73

Romance Series 60749

Ilham lalu di kawasan kampung bersawah padi itu. Cantik permandangan sawah di sini. Hampir sebulan dia tidak datang ke sini kerana kesibukan kerja. Dia bersyukur kerana keluarga bekas mertua tidak membencinya.
Mungkin kerana dia selalu datang ke sini dan mengambil semula hati mereka. Along pun sudah semakin mesra berbual dengannya.

Kereta Ilham masuk di halaman rumah kampung itu. Kelihatan motosikal lama dan kereta bekas bapa mertuanya terparking di garaj.
Ilham keluar dari kereta. Bunyi bising mesin rumput di belakang rumah kedengaran di telinga.

Kaki melangkah ke arah pangkin untuk melihat permandangan sawah padi. Rindu sewaktu dia bergurau dan bermesra bersama Safia di sini. Tapi itu sudah tinggal kenangan. Safia mungkin sudah menikmati keindahan di sini bersama suami barunya itu.

Ilham mengeluh hampa. Mungkin ini kali terakhir dia datang ke sini. Safia pun sudah bahagia. Dia pun sudah tidak diperlukan lagi dalam keluarga ini. Kalau ada rezeki, berjumpa lah mereka lagi.

“Assalamualaikum..’’ satu suara menegur di belakang. Cepat Ilham berpaling.

“Waalaikumsalam. Eh abah.. sihat bah?’’ Ilham mencium tangan Encik Abbas.

“Sihat Alhamdulillah. Bila sampai? Kenapa tak masuk je?’’ soal Encik Abbas.

“Baru je bah. Saja nak tengok permandangan dulu. Cantik padi ye bah. Hijau elok’’

“Alhamdulillah. Nampak jadi padi-padi kat sini bulan ni. Tunggu masa nak menuai je’’ kata Encik Abbas sambil meletakkan peralatan kerjanya di tepi pangkin.
Ilham hanya memerhati.

“Abah buat apa kat belakang?’’

“Potong rumput sikit. Macam semak sangat belakang rumah tu’’

“Ibu mana bah?’’ Ilham memandang ke dalam rumah mencari kelibat Puan Maimunah.

“Ibu ada. Tengah buat goreng pisang. Elok lah kamu datang petang ni. Boleh makan sama-sama.’’ Encik Abbas melaung pada isterinya meminta cawan lebih dan memberitahu Ilham juga ada di sini.

“Yana mana? Along tak balik hujung minggu ni?’’ mata memandang sekitar.
Anak-anak Abang Adlan pantang kalau dia datang, pasti mereka akan bermanja dengannya.

“Yana ikut kawan dia pergi panjat bukit. Hiking ke apa nama katanya. Along, anak beranak tak datang pulak hari ni. Haritu budak-budak tu datang. Asyik tanya je mana pak ngah, mana pak ngah. Tak datang ke..’’

Ilham ketawa mendengarnya.
Walaupun dia tiada apa-apa ikatan lagi dengan safia, mereka menerima baik kunjungannya. Puan Maimunah datang membawa dulang air dan goreng pisang.

“Am sihat Am? Bila sampai? Tak dengar pulak bunyi kereta’’ Puan Maimunah menyambut huluran tangan Ilham.

“Nak dengar apanya. Enjin kereta dia baru. Perlahan je bunyi nya. Bunyi mesin rumput tu yang kuat’’ potong Encik Abbas. Ilham tergelak.

“Alhamdulillah. Ibu sihat?’’

“Macam ni lah. Orang tua. Kadang sihat kadang tak sihat. Makan Am” pelawa Puan Maimunah.

“Sunyi rumah tak ada budak-budak tu. Selalu kalau Am sampai je diorang ada sini’’

“Itulah. Kalau budak-budak tu datang riuh rendah la rumah ni. Tambah-tambah bila dah jadi tiga beradik ni. Yana tu pun sejak habis belajar ni bukan lekat kat rumah. Ada je aktiviti dengan kawan dia tu’’ kata Puan Maimunah sambil mengunyah goreng pisang.

“Along tak duduk sini? Kilang dia pun dekat kan kalau nak ulang alik..’’

"Kalau ikut abah biar lah dia duduk berdikari dengan anak bini.. Elakkan la duduk dengan mentua ni. Si Yana tu pun nikah nanti abah suruh dia keluar duduk dengan suami. Berdikari’’

Ilham tersenyum tawar. ‘Tak duduk dengan mentua pun boleh bercerai-berai..’ Katanya dalam hati.

“Safia? tak balik?’’ sengaja Ilham bertanya. Baru beberapa minggu lepas dia jumpa safia. Mungkin itu kali terakhir.

“Tak balik pun..’’

“Am dah jumpa dia bah, kat Johor. Dia kerja sana kan.’’ Kata Ilham perlahan sambil membelek goreng pisang di tangan.

“Macam mana kamu boleh jumpa dia.?” Encik Abbas dan isterinya sikit terkejut.

Sepanjang Ilham berkunjung ke sini, tidak pernah mereka berbual soal Safia. Dia sangkakan bekas menantunya itu sudah menerima takdir antara mereka tiada jodoh lagi. Cuma tidak ingin memutuskan silaturrahim saja.

“Am ada kerja kat sana. Mungkin rezeki terjumpa dia. Dia dah kahwin kan?”

“Dia ada cakap kat kamu dia dah kahwin?” Encik Abbas memandang Ilham. Ilham mengangguk dan tersenyum tawar.

“Farhan kan?’’ suami isteri itu saling berpandangan mendengar kata Ilham.

“Dia cakap macam tu?’’

"Hmm’’ Ilham mengangguk lemah dengan soalan Encik Abbas.

Encik Abbas beristighfar perlahan. Sampai macam tu sekali Safia berbohong semata-mata nak sembunyikan anak itu dari Ilham. ‘Melampau betul angah ni..! haih!’ Bebel Encik Abbas dalam hati. Dia tidak suka anaknya jadi penipu. Kerana berpegang dengan janji, mereka satu keluarga juga terpaksa jadi penipu.

“Macam ni lah Am. Abah ni… Nak cakap tak kena, tak cakap pun tak kena. Sebersalah jadinya’’

“Kenapa bah?’’

“Farhan tu bukan lah suami dia..’’

“Farhan bukan suami dia??’’ terkejut Ilham mendengarnya.

“Bukan.. Farhan tu cuma bos tempat kerja dia. Banyak tolong dia kat sana. Ada jugak beberapa kali dia tolong hantar Safia balik kampung ni..’’ kata Encik Abbas lagi. Isterinya hanya jadi pendengar. Dia rasa setuju kalau suaminya menceritakan hal sebenar pada Ilham.

“Jap bah. Am tak faham. Kalau Farhan bukan suami Pia, kiranya dia belum kahwin lagi la sebenarnya? Tapi, baby yang selalu dia bawak tu? Anak siapa bah? dia cakap anak dia..’’ kening Ilham berkerut memandang kedua pasangan itu. Muka mereka seolah sebersalah. Safia berbohong kah?

“Kami semua ni dah janji dengan Safia. Tapi kalau nak ikut keras kepala dia tu sampai bila dia nak simpan. Dah lama sangat dah. Rasanya dah tiba masa kamu tahu hal sebenar.’’ Dia dan isterinya saling berpandangan. Puan Maimunah mengangguk setuju jika suaminya menceritakan rahsia itu.

“Hal sebenar? Hal apa bah?’’ Ilham menanti dengan penuh debaran.

“Budak tu.. Nama dia Darwish. Dia tu.. sebenarnya anak kamu Am’’ jelas Encik Abbas. Ilham tergelak sedikit. Macam tak percaya.

“Anak Am? Takkan kot.. Am dengan Pia kan dah lama cerai?’’

“Safia mengandung waktu kamu dua bercerai dulu..’’ Sampuk Puan Maimunah. Ilham memandang wanita 50 an itu.

“Err jap. Macam mana boleh jadi pulak? Serius Am tak paham sekarang ni bu. Bah?” Ilham memandang mereka silih berganti.

“Kalau kamu ingat dia tak datang mahkamah kan waktu pengesahan cerai kamu dulu tu.. Sebab dia tahu dia tu mengandung..’’ Terang Encik Abbas lagi. Ilham pejam mata seketika untuk ingat semula perkara itu.

“So maksudnya. Waktu Am lepaskan dia, dia dah mengandung lah?”

“Hmm. Dah masuk 4 bulan rasanya. Ibu pun ingat lupa. Lama dah Am. sekarang dah setahun lebih dah agaknya umur si Darwish tu kan bang?’’ Puan Maimunah memandang suaminya. Encik Abbas mengangguk.

“Kenapa Safia tak pernah bagitahu Am pasal ni?” Ilham rasa tekilan. Sampai hati Safia menyembunyikan semua rahsia ini. Tidak pentingkah berita gembira itu untuknya dulu?

“Safia tak nak kacau kebahagiaan kamu. Lagi pun waktu tu isteri kamu pun mengandung kan. Dia tak nak la kamu ceraikan isteri kamu kalau kamu tahu dia mengandung” masih segar lagi kata anaknya di fikiran Puan Maimunah.

“Ya Allah bu.. Am bukan macam tu. Am belajar agama bu. Am tahu tanggungjawab Am. Kalau Am tahu dia mengandung anak Am waktu tu, sumpah Am jaga dia elok-elok bu.. Am takkan biarkan dia pergi.. Am mintak maaf sangat kat abah, kat ibu. Am gagal jadi suami yang baik untuk Pia..." Ilham menunduk merayu pada mereka.
Sebak dia rasa. sampai begitu sekali pemikiran Safia terhadapnya. Dia mula rasa sebersalah kerana melepaskan Safia dulu.

“Benda pun dah lepas.. Ni kamu dah tahu semua ni ibu mintak sangat kat Am. Tolong la jangan ambik Darwish dari dia. Jangan la ganggu kebahagiaan dia ye?’’ Puan Maimunah sebersalah. Dia juga takut kalau Ilham bertindak merampas hak penjagaan Darwish di mahkamah. Kesian Safia nanti.

“Am tak kejam bu. Tak ada niat pun Am nak pisah kan anak dengan ibu dia. Am cuma nak kenal anak Am itu je bu.. Kalau Safia bahagia, Am akan sentiasa doa untuk dia bu..’’ suara Ilham sayu. Wajah anak kecil itu bermain dalam fikiran. Patutlah seiras muka adiknya sewaktu baby dulu.

“Kamu pun sekarang dah ada anak kan dengan isteri kamu.?’’ Encik Abbas memandang Ilham.

“Hmm dia dah meninggal bah..’’ kedua mereka terkejut.

“Innalillahiwainnailaihirojiun.. sebab apa dia meninggal?’’ soalnya lagi.

“Dalam perut. Keguguran’’ sedih suara Ilham. Puan Aminah pula bertanya.

“Isteri kamu sekarang macam mana?’’

“Kitorang dah bercerai.. Lama dah..’’

“Allahu Akhbar.. Kenapa macam tu Am?’’ kesian dia memandang bekas menantunya itu.

“Tak ada jodoh. Dia pun ada kebahagiaan dia sendiri. Biar lah. Am ni mungkin tak layak jadi suami. Am mampu tengok orang lain bahagia je bu..’’ Ilham tersenyum hambar.
Dia tidak suka bercerita tentang aib orang lain. Sejak Khadeja habis iddah sehingga sekarang dia dah tak ambil tahu lagi tentang bekas isterinya itu.

“Jangan cakap macam tu Am. Mungkin ada lagi baik yang Allah nak atur untuk kamu..’’ Encik Abbas mengusap belakang Ilham.

“Amin..” Ilham cuba tersenyum. Wajah Darwish bermain dalam fikiran. Hatinya mula sebak.

“Terima kasih bah, bu.. Sebab bagitahu Am semua ni.. Am happy sangat. Am dah ada anak bah.. Am ada pewaris..’’ Ilham tak mampu menahan lagi rasa sebak itu. Dia menangis di depan mereka. Air mata gembira mungkin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience