BAB 43

Romance Series 60740

Selesai mengemaskan diri pagi itu Safia membelek diri di depan cermin. Sudah 4 hari dia tidak pergi kerja kerana menemani Ilham yang tidak sihat di rumah. 4 hari jugaklah dapur rumah itu tidak berasap.

Kalau Ilham makan saja masakannya, pasti suaminya memuntahkan semula makanan itu. Bila makanan yang di order dari luar tak muntah pulak. Sampai dia terasa hati dan malas nak masak lagi. Pelik sungguh dengan perangai Ilham sekarang. Kuat merajuk pulak tu.

Safia masuk ke bilik Ilham. Kelihatan suaminya itu baru keluar dari bilik air dan berbaring semula di atas katil. Begitulah sepanjang 4 hari ni. Lepas muntah je Ilham akan tidur sekejap. Pening kepala katanya. Ajak pergi klinik tak nak. Degil!

“Abang.. Pia dah nak pergi kerja ni..’’ mata Ilham yang mula terpejam segera terbuka setelah terdengar suara isterinya.

“Kenapa nak pergi kerja? Kan abang tak sihat lagi?’’

“Dah 4 hari Pia cuti bang… Abang tak apalah bos. Pia ni kuli je. Kang apa pulak orang cakap. Mentang-mentang isteri bos ambik kesempatan pulak’’

“Pia ni asyik fikir cakap orang je..’’ sindir Ilham sambil memejamkan matanya semula.

“Alar.. Pia kerja kejap je. Pia tak masak tau. Nanti abang order je ye. Kalau Pia masak abang bukan makan pun. Kang muntah pulak..’’ Safia mencium tangan suaminya.

“Pia tak nak jaga abang cakap je la..’’

“Dah kenapa pulak abang ni cakap macam tu. Pia pergi kerja je kan.. Nanti Pia balik la..’’ berkerut kening Safia memandang Ilham yang terpejam itu. Mula lah tu.

“Pergilah..’’ sebak suara Ilham.
Entah kenapa sejak akhir-akhir ni, hatinya rasa sayu sangat. Mungkin kerana tempoh iddah mereka akan berakhir tidak lama lagi. Air matanya keluar tiba-tiba.

Safia yang perasan Ilham mengesat air mata terus menunduk memandang suaminya.

“Abang kenapa ni..? Pia bukan tak nak jaga abang. Pia pergi kerja kejap je.. Nanti habis kerja Pia balik.. Ye…?” pujuk Safia.

Bertambah sebak Ilham mendengarnya. Lepas ni tiada lagi pujukan sebegitu.

“Tak apalah. Abang kena biasa kan diri. Tak lama lagi Pia tinggalkan abang jugak kan.. Hmmm pergilah kerja tu. Abang nak rehat..’’ Ilham menarik selimut kemudian mengalihkan badannya ke arah lain.

Safia menghela nafas. Sebersalah dia dibuatnya. Kemudian berlalu keluar dari bilik itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience