BAB 42

Romance Series 60740

Safia yang siap menyediakan sarapan pagi terus masuk ke bilik untuk bersiap. Setelah beberapa minit menyiapkan diri dan mengemaskan selendang di kepala dia membelek dirinya di depan cermin. Hari ini dia mengenakan baju kemeja putih, kain hitam dan shawl berwarna biru cair.

“Cantik lagi aku ni..’’ dia tersenyum memandang wajah sendiri. Make up yang sedarhana menaikkan seri wajahnya. Dia tidak suka make up yang terlalu tebal. Dia dah memang cantik. Neutral beauty orang cakap. Ilham selalu memujinya cantik. Lepas ni, tiada lagi pujian itu. Terpaksalah dia puji diri sendiri.

Matanya tiba-tiba memandang ke perut. Dia baru perasan perutnya sedikit membuncit. Kenapa eh? Nak datang bulan kot. Tapi dia belum datang bulan lagi. Ah lantak lah.

Ketika dia keluar dari bilik, kelibat Ilham masih tiada di meja makan. Selalunya, suaminya itu akan duduk bersarapan dulu sementara menunggu dia bersiap. Jam tangan menunjukkan pukul 8.20 pagi. Mata terpandang pintu bilik Ilham yang masih tertutup rapat.

‘Ai tak bangun lagi ke dia ni. Takkan tak nak pergi kerja kot. Merajuk lagi ke pasal semalam?’

“Abang….! Dah siap ke belum? Pukul berapa dah ni…!’’

Safia mengetuk pintu bilik itu beberapa kali. Masih tiada sahutan. Dengan perlahan tangan memulas tombol pintu dan dia mengintai di pintu. Risau kalau-kalau Ilham tidak berbaju dan menarik dia masuk ke dalam. Satu hal pulak nanti.

Mata perasan susuk tubuh yang sedang berselimut di atas katil. Dia masuk ke dalam bilik. Begitu banyak tisu dan minyak angin di tepi katil Ilham. Jantungnya berdebar. Risau.

“Abang… Abang kenapa ni ? tak sihat ke?’’ Safia duduk disebelah Ilham dan membelek dahi serta wajah suaminya. Terasa panas sikit. Ilham yang sedar ada sentuhan di dahinya terus membuka mata.

“Abang demam ni..’’ Kata Safia.

“Taklah. Abang ok. Abang just nak rehat kejap.. Pia dah siap ye.. Cantik isteri abang hari ni..’’ Ilham cuba tersenyum memandang isterinya. Safia tersipu mendengar pujian itu.

Telefon Ilham di tepi katil berbunyi. Nama Shahrul tertera di skrin. Ilham ingin menjawabnya tapi di ambil oleh Safia.

“Hello Assalamualaikum Shah..’’ Safia diam seketika kerana Shahrul menjawab salamnya.

“Ilham tak berapa sihat lah hari ni. Badan dia panas. Mungkin dia tak masuk kerja hari ni’’ Safia diam lagi. Mata Ilham yang sedikit layu hanya memandang isterinya bercakap di telefon.

“Ok Shah. terima kasih tau. Assalamualaikum’’ Safia memutuskan talian setelah Shahrul menjawab salamnya.

“Abang ada meeting penting hari ni..’’ Ilham ingin bangun dari katil untuk bersiap tapi Safia menahannya.

“Tak payah bangun. Abang rehat je hari ni. Nanti Shah dengan Imran cover meeting tu untuk abang..’’

Ilham baring semula. Kepalanya rasa berat sangat hari ni. Mungkin dia banyak menangis malam tadi atau dia belum makan apa-apa lagi sejak semalam. Tekak mula rasa mual.

“Nanti Pia ambikkan abang sarapan’’ Safia bangun dan keluar dari bilik.
Dalam beberapa minit dia masuk semula dengan membawa sepinggan nasi goreng dan air cuppuccino panas.

Bau aroma nasi goreng menusuk hidung Ilham. Perut rasa berkeroncong minta di isi. Tapi entah kenapa dia tak ada selera untuk makan. Demi menjaga hati Safia dia makan juga sambil di suap isterinya.

Dalam tiga suapan Ilham terasa mual dan mahu muntah. Dengan pantas dia turun dari katil dan masuk ke bilik air mencari singki. Safia turut mengekori Ilham dan mengusap belakang suaminya.

“Abang ok ke tak ni? Teruk sangat Pia tengok abang ni…’’ Ilham terus memuntahkan isi perut dan makanan tadi.

Safia memapah Ilham menuju ke katil dan membaringkan suaminya.

“Abang kenapa ni? Abang food poisening ke? Makan apa semalam?’’ risau Safia memandang Ilham lemah begitu.

“Tak tahu lah yang… Dari semalam lagi perut abang tak sedap. Kepala pun pening. Mungkin abang tak makan apa-apa sejak tengah hari semalam’’ lemah suara Ilham.

“Lahh kenapa tak makan? Ni perut masuk angin lah ni..’’ Safia mengambil minyak angin lalu menyapu pada perut dan kepala suaminya.

“Pia lah semalam. Tinggal abang macam tu je’’

“Eh kenapa Pia pulak?’’ kening Safia berkerut. Kita pulak dipersalahkan.

“Yela.. Abang cari Pia nak ajak lunch. Tapi Pia pergi macam tu je.. Call pun tak angkat..’’ suara Ilham dibuat merajuk. Safia menghela nafas. Sakit hati sangat time tu. Apa lagi blah la..

“Kan Pia cakap Pia MC semalam. Sakit perut kan. Pia balik la tumpang Yusra. kebetulan dia kerja halfday semalam. Sebelum dia nak ambik Pia tu dia accident’’

“Accident? Teruk ke?’’ terkejut Ilham mendengarnya.

“Yus ok. Just Kereta dia je la. Entah mamat mana tah bawak awek lepastu langgar kereta Yus kat traffic light. Nasib baik time tu Yus tak gerak laju. Kalau tak arwah dah dua orang tu..’’ cerita Safia.

Ilham terdiam teringatkan Khadeja. Semalam pun Khadeja cakap dia accident. Tapi taklah teruk mana. Mungkin kebetulan saja.

“Kereta dia dah settle belum?’’ soal Ilham.

“Dah la kot. Dia tak update pulak..’’ sambil memicit kepala Ilham dia membelek telefon pintarnya. Tiada sebarang mesej dari kawannya itu. Mungkin sudah diuruskan. Nanti saja lah dia call Yusra. Suaminya lebih penting sekarang ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience