BAB 6

Romance Series 60749

Selesai menyiram pokok pada petang itu, Puan Sakinah duduk di kerusi di laman rumah sambil termenung. Kata kakaknya pagi tadi terngiang di telinga. Wajah Mak long Salma bermain di fikiran.

“Siapa call?’’ dia memandang Puan Sakinah selepas adiknya menamatkan panggilan.

“Ilham. Esok dia nak lunch sini’’

“Dengan Safia sekali?’’

“Aha. Lepas lunch masing-masing masuk kerja balik”

“Kau fikir tak apa kak long cakap tadi?’’

“Kak long cakap apa?’’ terangkat kening Puan Sakinah memandang kakaknya. Cakap apa pulak.

“Pasal cucu la. Tak teringin ke?’’

“Teringin la kak long’’ Puan Sakinah mengeluh. Tak habis topik tu lagi nampaknya.

“Dah tu. Tak kesian kat Am tu. Lama sangat tunggu"

“Kesian la kak long. Habis tu Kinah nak buat apa lagi..?!’’ dia jadi malas nak melayan. Nak aje dia halau kakaknya itu balik sekarang ni. Dah tak tahu nak cakap apa lagi. Rimas.!

“Sebab kan Pia tu tak boleh bagi kau cucu jadi bermasalah keturunan kita..!’’ selamber Mak long Salma berkata-kata.

“Apa kak long cakap ni.. Tak baik tau..! Tu kan takdir’’ berkerut kening Puan Sakinah. Macam nak salahkan menantunya pulak.

‘’Yang mengandung siapa? perempuan kan? Mesti lah Si Safia tu yang bermasalah’’ melihat adiknya yang berdiam Mak long Salma sambung lagi katanya.

“Am tu keturunan kita. Sebab kan sayang Am lah kak long fikir pasal keturunan dia. Dia ada bisnes sendiri. Ada harta. Mana lagi nak salur kan kalau bukan pada keturunan dia. Kesian kat Am tu tak ada keturunan”

“Biarlah kak. Kinah nak buat apa kalau dia belum ada anak lagi..’’ jawab Puan Sakinah.

“Kak long ada idea. Tu pun kalau kau setuju la..” Mak long Salma berbisik.

“Idea apa pulak?’’

“Kau suruh je Am nikah satu lagi’’ terkejut Puan Sakinah mendengar cadangan kakaknya itu.

“Ish! Ke situ pulak kak long ni. Macam lah Ilham nak”

“Pujuk je la dia. Suruh dia fikir. Mana la tahu ada rezeki bila nikah satu lagi.’’ Puan Sakinah terdiam dan berfikir.

“Kalau Ilham setuju pun, Kinah tak rasa isteri dia izinkan’’

“Kalau dia sayag Am dia akan izinkan. Takkan la selamanya dia nak biarkan Am tak ada keturunan sedangkan dia yang bermasalah’’ hasut Mak long Salma lagi. Entah kenapa sejak akhir-akhir ni, dia dah mula rasa tak berkenan pada menantu adiknya itu. Sebabkan Safialah saudara mereka ramai mengata adiknya belum ada cucu.

Puan Sakinah hanya berdiam. Melihat adiknya yang sibuk memasak itu dia meminta Izin untuk pulang.

“Dah lah, kak long balik dulu. Jangan lupa datang kenduri akikah jumaat ni. Ajak semua sekali tau’’ pesan Mak long Salma sebelum pergi.

“Yelah’’ balas Puan Sakinah.

Kereta Proton X70 hitam yang masuk ke halaman rumah menyedarkan Puan Sakinah dari lamunan. Wajah kakaknya hilang dari ingatan. Encik Aziz turun dari kereta dan pergi ke arah isterinya.

“Buat apa kat luar ni?’’ dia duduk di depan isterinya.

“Siram pokok. Tadi kak long datang’’

“Dia nak apa?’’

“Dia jemput kenduri akikah cucu dia. Kan bulan lepas Hanim bersalin’’ Encik Aziz mengangguk.

“InshaAllah nanti kita pergi. Pukul berapa majlis tu?’’ tiada respond dari Puan Sakinah membuatkan Encik Aziz memandang isterinya.

“Kinah?’’ masih tiada respond. Encik Aziz tinggikan sikit suaranya.

"Kinah?!"

“Yea?’’ berkelip mata Puan Sakinah memandang suaminya.

“Abang tanya awak termenung pulak? Pukul berapa majlis akikah tu?’’

“Err. Mungkin tengah hari’’ Encik Aziz mengangguk. Dia melihat isterinya termenung lagi.

“Awak ni kenapa? Ada masalah ke?’’

Puan Sakinah tersenyum tawar. Kata Mak long Salma terngiang lagi ditelinga. Tiba-tiba Puan Sakinah bersuara.

“Bila la kan kita nak dapat cucu kan bang’’

“Nanti adalah tu. Kita doa dan sabar je” jawab Encik Aziz tenang.

“Sampai bila bang kita nak bersabar? Dah 4 tahun diorang kahwin, tapi satu berita gembira pun kita tak dapat lagi.. Saya pun teringin jugak nak main dengan cucu’’

“Kan awak selalu main dengan cucu kak long awak tu’’

“Itu lain lah bang. Itu cucu kak long. Ni nak la jugak rasa peluk cium darah daging sendiri. Entah bila la si Safia tu nak mengandung. Rimas saya bang setiap kali kak long datang tak habis-habis tanya pasal cucu. Dah malu dah saya nak jawab. Tu baru family kak long, belum lagi nak hadap soalan bapak dengan mak saudara saya lagi. Ishh..! tak tahu lah nak jawab apa!’’ rungut Puan Sakinah.

“Yang awak pergi layan cakap kak long awak tu kenapa? Dah belum rezeki Allah nak bagi. Kita terima la. Am dengan Pia bukan tak usaha. Kita sebagai orang tua kita doa yang baik-baik je untuk diorang tu’’ balas Encik Aziz.

Dia pelik dengan isterinya sekarang. Sebelum ni ok je. Ni merungut pulak. Adalah tu kakak kesayangannya hasut apa-apa tu. Bukan dia tak tahu mulut kakak iparnya yang suka main lepas cakap itu.

“Keturunan saya tak ada tau yang tak beranak pinak. Sampai kat Ilham ni sangkut pulak’’ Encik Aziz geleng kepala mendengarnya.

“Astaghfirullahalazim..! Kenapa awak cakap macam tu. Awak nak salah kan takdir?’’

“Saya bukan salah kan takdir bang. Ni dah lama sangatkan diorang kahwin tapi belum ada berita gembira apa-apa lagi’’

‘’Dah tu? salah Ilham? Ke, salah Safia?’’

“Siapa lagi yang mengandung kalau bukan Safia..!” Puan Sakinah melepaskan geram. Encik Aziz menggeleng.

“Tak baik awak cakap macam tu. Kita tak boleh salahkan sesiapa dalam hal macam ni. Awak tak ingat kita tunggu adik Ilham si Amira tu berapa lama?’’

Puan Sakinah terdiam mendengarnya. Teringat sewaktu menunggu kehadiran anak kedua mereka. Beberapa tahun jugak tu. Encik Aziz sambung lagi.

“Mungkin ni ujian buat Am dengan Pia. Tu si Amira tu! Nanti akan datang dia pulak kahwin. Entah-entah nanti dia lagi lama menunggu anak dari abang dia’’

“Ishh abang ni! Janganlah cakap macam tu. Buat takut saya je. Jangan lah jadi macam tu kat Mira tu nanti’’

“Dah tu. awak nak salah kan Safia dalam hal macam ni kesian lah dekat dia’’

“Kesian tu memang lah kesian. Tapi abang tak fikir ke perasaan saya. Saya teringin cucu tau’’

“Habis tu awak nak saya buat apa? Bagi awak baby lagi?’’ seloroh Encik Aziz.

“Ishh! abang ni. Dah tua-tua ni takkan nak gatal lagi…!’’ Puan Sakinah menjeling. Masa ni dia nak bergurau pulak.

“Dah awak nak sangat baby saya boleh je bagi’’ Encik Aziz tergelak sendiri.

“Saya cakap pasal cucu tau. Pasal Ilham.” Dalam beberapa saat berdiam Dia sambung lagi.

“Bang.. Err apa kata kalau kita suruh Am kahwin lagi satu. Mana tahu dia kahwin lagi satu ni kita dapat cucu’’

Encik Aziz geleng kepala dengan cadangan isterinya. Dia kenal sangat anak sulungnya itu. Tak mungkin Ilham sanggup menduakan Safia. Mereka saling mencintai.

Share this novel

TintaHitamTanpaArah
2024-10-30 10:50:07 

Eh... Suka hati je suruh anak kahwin lain. Dah bini dia taknak pikir pasal anak.. Dah biar aje la. Dipaksa buat apa. Panas pulak kita baca.


NovelPlus Premium

The best ads free experience