BAB 70

Romance Series 60740

Farhan meletakkan sekuntum bunga rose merah di atas meja depan Safia. Safia memandangnya sambil mengangkat kening.

“Apa ni?’’

“Sebagai tanda maaf saya semalam. Saya careless jaga awak dengan Darwish’’ kata Farhan.

“Kan awak dah say sorry banyak kali semalam. Lagipun bukan salah awak kan. Saya yang nak tengok awak tukar tayar. Saya yang lepaskan stroller dia’’ balas Safia.

“Ye.. Tapi tetap salah saya jugak. Kalau saya masukkan awak dengan Darwish dalam kereta dulu, mesti benda semalam takkan jadi. Mesti awak dah trauma nak keluar dengan saya lepas ni…’’

“It’s ok la awak.. Mana ada trauma. Benda nak jadi bukan kita tahu’’

“Nasib baik ada Ilham kat situ kan..’’ duga Farhan. Sengaja dia nak tengok reaksi Safia.

Safia hanya tersenyum tawar mendengarnya. Dia pun pelik. Ilham buat apa dekat situ? Takkan stalker dia dengan Farhan.

“Ni.. Saya ada beli kan awak takoyaki” Farhan menghulurkan satu bungkusan. Dia tahu sangat favorite Safia selepas menetap di JB ni.

“Terima kasih. Susah je awak ni’’ Safia tersenyum lebar.

“Semua orang dah keluar lunch. Awak tak lunch? Sorry, saya tak dapat nak teman awak makan. Saya nak kena naik meeting kejap lagi’’

“Tak pe. Hari ni saya bawak bekal. Kejap lagi lah makan. Belum lapar. Awak dah makan belum?’’ soal Safia.

“Belum. Kejap lagi lah’’ Setelah melihat Safia membuka bungkusan takoyaki itu, Farhan menundukkan muka.

“Suap kan 1 boleh?’’ Farhan memandang Safia sambil mengangkat kening berkali-kali.

Safia sikit terkejut. Takkan kot? Safia memandang sekeliling. Mujurlah officemate yang dekat dengannya keluar makan tengah hari waktu ni.

“Nah..” Safia menghulurkan lidi pada Farhan. Farhan mengangkat kening.

“Kenapa? Tak sudi nak suap saya?”

“Err..hihi” Safia tersengih. Tak pernah-pernah Farhan nak bermanja begini. Malu pulak dia rasa.

“Please.. Satu je. Semangat sikit saya nak naik meeting..” rayu Farhan. Dengan malu dan terpaksa Safia menyuapkan sebiji takoyaki ke dalam mulut Farhan.

“Sedap.. Thank you..’’ Farhan tersenyum.

“Malam ni saya nak ajak awak dinner boleh? Ada sesuatu nak cakap’’

“Cakap apa? Cakap sekarang tak boleh?’’

“Tak surprise lah cakap sekarang’’ kata Farhan.

“Tapi.. Malam-malam Darwish tak ada siapa yang jaga’’ Safia memandang Farhan. Jarang dia keluar waktu malam. Melainkan dengan Salwa satu keluarga dan adakala Farhan akan join sekali.

“Bawak dia sekali. Biar dia dengar apa yang saya nak cakap kat mama dia’’ Farhan tersengih. Jantung Safia sedikit berdebar. Tertanya-tanya Farhan nak cakap apa agaknya.

“Malam ni lepas magrib saya ambik awak tau. Pakai cantik-cantik ok” sebelum berlalu Farhan mengenyit mata pada Safia. Safia terkesima.

Eh apahal dengan mamat ni hari ni. Macam terlebih sweet la pulak. Dia tersenyum sambil geleng kepala.

‘Pakai cantik-cantik? Nak buat apa pakai cantik-cantik. Ada dinner dengan VVIP ke?’ fikirnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience