BAB 23

Romance Series 60740

Safia memberhentikan kereta di depan pagar rumah teres mewah dua tingkat itu. Sudah seminggu dia tidak jejak kaki ke situ selepas majlis nikah itu berlangsung. Seminggu jugak lah dia tak pergi kerja dan mengambil cuti kecemasan kerana melayan kesedihan hati. Migrainnya pun adakala tiba-tiba menyerang.

Mata memerhati ke dalam kawasan rumah. Kereta Ilham tiada di situ. Mungkin masih di pejabat. Sungguh dia rindu pada Ilham. Ilham langsung tak call atau mesej dia apa-apa. Bahagiakah suaminya sekarang? Suami? Ya. Ilham masih suaminya. Tapi suami dalam iddah lah.

“Kau sure nak ambik barang kau hari ni? Tak nak tunggu Ilham balik kerja?’’ suara Yusra menyedarkan Safia. Safia menggeleng.

“Tak nak lah. Buat apa nak jumpa dia” butang autogate di tekan. Safia terus memasukkan kereta ke halaman selepas pintu pagar itu terbuka.

“Kau tunggu jap eh’’

“Kau nak aku teman kau masuk tak?’’

“Tak apa, tak payah. Kalau Ilham balik kau hon tau. Aku malas nak jumpa dia buat masa ni’’ Safia terus keluar dari kereta. Yusra hanya duduk dalam kereta sambil menunggu.

Ketika Safia ingin memasukkan kunci, keningnya berkerut memandang grill tidak berkunci. Selalunya, Ilham kalau keluar dari rumah grill dan pintu akan dikunci.
Ah! Malas dia nak fikir.

Safia terus masuk ke dalam rumah itu. Dia harus mengambil barang-barangnya sebelum Ilham balik dari kerja.
Kaki terus melangkah naik ke atas dan menuju ke bilik.

Terkejut Safia melihat sorang perempuan sedang berbaring sambil bermain telefon di atas katil mereka. Dia tersedar. Buat apa nak heran. Perempuan itu ada hak.

Begitu cepat Ilham membawa isteri barunya ke rumah itu. Lagi-lagi tidur dalam bilik mereka. Cadar pun tidak bertukar. Bertambah sedih dan sakit hati dia rasa. Safia menarik nafas dalam sebelum menolak pintu yang tak tertutup rapat itu lalu masuk ke dalam.

Selepas ternampak Safia dengan cepat perempuan itu duduk di atas katil.

“Sorry. Saya datang nak ambik barang saya’’’ tanpa memandang perempuan itu Safia terus menarik dua luggage yang tersusun di tepi pintu keluar dari bilik.

“Kak Safia, kejap…” Perempuan itu keluar dari bilik dan berdiri di depan Safia.

“Ye?’’ Safia mengangkat kening memandangnya. Dia sendiri pun tak tahu nama perempuan itu.

“Saya Khadeja. Akak boleh panggil Eja je’’ khadeja memperkenalkan diri. Sebersalah dia mahu bercakap dengan bekas madunya itu. Dia sudah tahu semuanya selepas pernikahan mereka minggu lepas.

Ilham sudah menceritakan semuanya. Teringat wajah ayah dan ibu mertuanya. Marah benar mereka pada Ilham. Cerai berai di buat main-main.

“Ok’’ Safia tersenyum paksa. Rasa tak berminat nak bertegur sapa.

Perempuan ini pilihan mak long Ilham. Lebih muda darinya, lagi dia tak ada hati nak bersembang. Langkah Safia sekali lagi ditahan.

“Akak marahkan Eja?’’ Safia mengerut kening sambil tersenyum sinis.

“Marah? Buat apa saya nak marah awak. Awak tak ada salah pun. Saya datang ni pun nak ambik barang saya. Jangan risau. Saya takkan kacau honeymoon awak dengan Ilham’’

Khadeja mengetap bibir. Dia perasan Safia seolah mahu cepat pergi.

“Eja nak mintak maaf sangat-sangat dengan akak. Eja tak ada niat pun nak rampas Abang Am dari akak. Semua ni keluarga yang atur. Eja ikut je. Eja tak tahu pun Abang Am ceraikan akak lepas kitorang nikah. Bagi Eja, Eja tak kisah kalau bermadu sekali pun..’’ terang Khadeja.

Safia tidak terkejut mendengarnya. Mungkin Ilham sudah jujur pada keluarganya tentang hubungan mereka. Safia hanya memandang tanpa perasaan. Entah kenapa dia tak nampak langsung keikhlasan dalam mata perempuan muda di depannya ini.

“Tak apa lah. Awak dah nikah dah dengan dia. Tu jodoh awak. Jodoh saya dengan dia setakat ni je. Awak jaga lah dia elok-elok. Dia suami yang baik’’ safia terdengar bunyi hon keretanya di tekan. Mesti Ilham ada di bawah. Cepatnya dia balik. Jantung mula berdebar.

“Ada apa-apa lagi ke? Saya dah nak gerak’’ Safia mengangkat kening. Khadeja hanya tersenyum tawar dan menggeleng.

Ketika Safia ingin mengangkat luggage untuk turun ke bawah Ilham cepat menolongnya.

“Sini, abang tolong bawak turun’’

Safia hanya mengangguk tanpa memandang Ilham.
Biarlah bekas suaminya yang angkat. Tak larat dia nak angkat benda berat-berat ni. Saat luggage ingin bertukar tangan, tangan mereka bersentuhan. Safia cepat menarik tangannya.

Jantung Ilham berdebar. Dia terus membawa luggage itu turun ke bawah dan memasukkan ke dalam bonet kereta Safia.

Yusra sudah berdiri di tepi pintu kereta memandang Safia. Dia sudah bagi hint setelah ternampak kereta Ilham masuk tadi. Belum sempat dia memanggil Ilham, lelaki itu dengan laju masuk ke dalam rumah.

“Dah siap’’ Ilham berdiri di depan Safia dan Yusra setelah selesai memasukkan luggage ke dalam bonet.

Mata memandang Safia tanpa berkelip. Sungguh dia rindu pada wajah dan haruman Safia. Mahu saja dia tarik Safia dalam pelukannya sekarang. Tapi dia cuba mengawalnya kerana Yusra ada disitu. Khadeja juga menjadi pemerhati di muka pintu.

“Terima kasih’’ Safia cuba mengalih pandangannya dari memandang Ilham. Ilham mengangguk dan tersenyum paksa.

“Barang-barang saya yang lain tu rasanya ada lagi. Tapi tak penting sangat. Nanti awak susun lah dalam kotak. Then inform saya. Nanti saya datang ambik’’ Ilham mengangguk lagi. Rasa terkilan dengan bahasa yang di pakai Safia. Tiada lagi panggilan abang untuknya.

“Nanti abang tengok barang-barang Pia. Ada nanti abang simpankan’’ Ilham tersenyum.

Hati rasa sikit bahagia dapat tengok Safia di depan mata. Memori indah yang terakhir di atas katil bersama Safia bermain dalam fikirannya saat ini. Dia mahu kenangan itu lagi sekarang. Suara Yusra menyedarkan Ilham.

“Kalau dah settle jomlah kita gerak’’ Safia mengangguk memandang Yusra.

Ketika ingin melangkah masuk ke dalam kereta Safia berpaling semula ke arah Ilham. Dia hampir terlupa sesuatu. Segera tangan mengeluarkan sampul surat dan menyerahkan pada suaminya.

“Apa ni sayang?’’

Kata sayang itu mendebarkan jantung Safia. Rindu dia nak dengar panggilan itu. Hati rasa ingin memeluk Ilham sekarang. Safia berdehem dan cuba mengawal perasaannya.

“Err ni.. Surat. Surat mahkamah. Nanti datang lah. Sahkan penceraian kita’’ Safia turut menyerahkan kunci rumah serta kunci pagar pada Ilham.

Dengan berat hati Ilham mengambilnya. Selepas itu Safia terus masuk ke dalam kereta dan keluar dari kawasan rumahnya. Dia memandang sayu kereta myvi silver itu hingga hilang dari pandangan.

“Abang… Abang dah makan?’’ Khadeja terus memegang lengan suaminya.

Ilham tersedar dan terus masuk ke dalam rumah tanpa pedulikan Khadeja di situ. Khadeja mendengus.

“Sabar Eja sabar.. Banyak lagi masa kau nak pikat dia’’ bibir cuba tersenyum. Tiba-tiba tekaknya terasa mual. Dengan pantas dia berlari ke arah singki dapur dan memuntahkan isi perutnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience