BAB 22

Romance Series 60749

Yusra yang sedang memandu dan ingin memasukkan kereta ke dalam garaj terhenti saat terpandang kereta myvi silver milik Safia terparking di depan pagar rumahnya. Keningnya berkerut.

“Buat apa pulak Pia kat sini?’’ segera dia keluar dari kereta lalu mengetuk cermin kereta Safia.

Safia yang dari tadi meletakkan kepala di stereng keluar dari kereta terus menangis dan memeluk Yusra. Yusra risau melihat Safia begitu.

“Eh Pia! Kau asal ni??!’’ teresak-esak Safia menangis. Mata Yusra memandang sekeliling. Dah la rumah jiran-jiran disini semua dekat-dekat, nanti diorang fikir apa pulak.

“Pia. Kau jangan nangis macam ni. Kang orang nampak kang diorang fikir lain pulak. Jom kita masuk dulu..’’ Pujuk Yusra.

Dengan cepat dia membawa Safia masuk ke dalam rumah. Segelas air dihulurkan pada sahabatnya itu.

“Kau kenapa ni beb? Nangis-nangis macam ni. Kau gaduh lagi ke dengan Am?’’ mata memandang Safia yang memakai baju kurung sutera berwarna putih. Macam orang baru lepas nikah pulak.

“Aku dengan Am dah tak ada apa-apa lagi Yus’’ air mata dari tadi tak henti keluar. Dahi Yusra berkerut, tak faham mungkin.

“Tak ada apa? Maksud kau?’’

“Ilham dah kahwin lain’’

“What?? Ilham kahwin lain? Serius la?’’ Safia mengangguk lemah.

“Then. Dia kahwin lain dia cerai kan kau??’’ terkejut Yusra memandang Safia yang mengangguk lagi.

“Ya Allah..! Sampai hati Am buat kau macam ni kan! Korang hidup sama-sama bukan nya kejap beb. Macam tu je dia buang kau?!’’ marah Yusra.

“Jodoh kitorang sampai sini je Yus. Aku redha..” Safia mengesat air mata.

“Kau cerita kat aku macam mana benda ni boleh jadi..!’’ Yusra memandang Safia. Dia masih tak puas hati lagi sebenarnya. Safia menceritakan semua pada sahabatnya itu. Yusra tekun mendengar.

“Habis, family kau dengan family Am tahu tak pasal taklik yang dia lafaz kat kau tu?’’ Safia menggeleng.

“Tak. Family aku tak tahu. Family dia entah. Dah lah kot’’

“Kau kena pergi mahkamah lepas ni Pia. Talak dah jatuh kat kau tau’’ nasihat Yusra.

“Ye aku tahu Yus. Esok kot aku pergi. Tengok lah macam mana’’

“Aku teman kau erh..” pujuk Yusra sambil mengesat air mata Safia.

“Hmm’’ Safia mengangguk. Yusra memeluk Safia untuk menenangkannya.

“Yus… Buat sementara ni boleh ke aku tumpang rumah kau dulu? aku dah tak tahu nak pergi mana. Nak balik kampung aku tak tahu nak cerita macam mana kat ibu dengan abah. Nanti sewa aku bayar sekali. Boleh?’’

“Boleh Pia. Aku pun tinggal sorang kan. Rumah ni pun dulu kita sewa sama-sama waktu kau belum kahwin dulu. Tu, bilik kau tu kosong lagi. Aku malas nak cari housemate lain”

“Asal kau tak cari housemate?’’ Safia melepaskan pelukan dan memandang Yusra.

“Entah, malas la. Aku selesa duduk sorang-sorang’’

“Sorry la kalau aku ganggu kau. Aku dah tak tahu nak duduk mana. Nak cari rumah sewa lain pun makan masa jugak’’ Safia tak terfikir langsung selama dua minggu sebelum majlis nikah itu berlangsung. Dia hanya melayan kesedihan hati saja. Dengan nak hadap sakit kepala dan mual yang datang tiba-tiba lagi. Bila sudah jatuh talak, baru terhegeh-hegeh nak fikir pasal tempat tinggal. Hmmm pening kepala.

Safia teringat dulu, selepas saja dia menghantar whatsapp pada Mak long Salma malam itu, beberapa hari selepas itu, adik iparnya sudah update tarik nikah. Terkejut jugak dia rasa secepat itu.

Waktu tu jugaklah Ilham langsung tak balik ke rumah. Sampai lah satu hari sebelum majlis nikah itu baru mereka berjumpa. Malam itulah kali terakhir dia menyerahkan tubuhnya pada suami tercinta. Selepas ni tiada lagi sentuhan dan pelukan Ilham di badannya. Ya Allah.. Sungguh dia rindu kenangan itu. Air mata menitis lagi.

“Kau jangan lah cakap macam tu. Kita dah macam adik beradik kan. Aku malas nak cari housemate sebab orang sekarang ni bukan boleh percaya sangat. Kalau kau jadi housemate aku balik ok lah. Tak lah sunyi aku kat rumah ni’’ dia mengusap bahu Safia.

“Thanks tau’’ Safia tersenyum paksa. Dia rasa tenang dapat meluahkan semua pada sahabatnya itu. Tiba-tiba perut Safia berbunyi.

“Kau pergilah naik bilik kau tu. Nanti aku masak. Kau mesti tak makan lagi kan?’’ Safia memandang Yusra.

“Mana kau tahu aku tak makan lagi?’’

“Kau ingat aku tak dengar perut kau tu bunyi bukan main kuat lagi. Dari dulu perut kau kalau lapar mana pernah silent’’ mereka sama-sama ketawa dengan kata Yusra.

Tiba-tiba Safia teringat sesuatu. Dia terlupa masukkan luggage ke dalam bonet kereta tadi. Semua masih ada dalam bilik mereka.

“Yus.. Malam ni boleh aku pinjam baju kau tak Yus? Baju aku semua kat rumah Am la..’’

“Boleh je Pia.. Kau dengan aku bukannya lari size pun. Ambik je mana kau nak pakai. Cuma yang kecik-kecik tu je la susah sikit aku nak kasi share..’’ Yusra tersengih macam kerang busuk. Safia faham sangat maksud kawannya itu.

“Ish! Yang tu aku pun geli nak share. Aku naik jap. Thanks Yus..’’ Safia berlalu naik ke tingkat atas untuk menunaikan solat zohor. Begitu lama dia duduk dalam kereta menunggu Yusra balik kerja tadi. Mujurlah kawannya itu kerja separuh hari hari ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience