BAB 59

Romance Series 60740

Berkerut dahi Safia memandang jumlah dalam akaun BANK CIMBnya itu. Kenapa semakin bertambah? Pelik. Lama dia tidak menggunakan kadnya itu. Dia fikir kad itu sudah tidak aktif lagi. Alang-alang Farhan ada urusan di bank cawangan Kuala Lumpur ini, dia cuba saja lah kadnya itu.

Selepas mengeluarkan statement bank, dia meneliti setiap jumlah yang masuk ke dalam akaunnya. Jumlah yang tertera di situ sebanyak RM 2K setiap bulan. Selepas di semak ternyata duit itu masuk daripada akaun Ilham.

Bermakna, sepanjang dia menghilangkan diri Ilham masih menafkahinya. Ya Allah, dia mula rasa sebak. Ilham memang baik. Tidak pernah lupa tanggungjawab. Diakah yang tak tahu bersyukur? penting kan diri?

‘Ah! Malas nak fikir. Biarlah. Duit ni kira nafkah untuk Darwish lah. Darwish kan anak dia’ Monolognya dalam hati.

Mata Safia masih fokus pada statement bank di tangan sambil kaki melangkah keluar dari bank itu. Ketika keluar dari pintu dan ingin berjalan ke arah kereta, bahunya telah terlanggar seseorang. Cepat Safia mengangkat muka dan meminta maaf. Lelaki itu turut meminta maaf. Tiba-tiba mereka tergamam dan saling berpandangan.

“Safia??’’

“Err.. Shahrul?’’ jantung Safia berdebar memandang kawan bekas suaminya itu.

“Lama tak nampak awak? Buat apa kat sini?’’ Soal Shahrul ramah. Rasa excited bila terjumpa seseorang yang dicari sahabatnya selama ni.

“Ada urusan sikit’’ Safia menunjuk sehelai kertas di tangannya. Shahrul mengangguk.

“Oh. Stay mana sekarang?’’

Belum sempat Safia menjawab terdengar seperti suara baby menangis di belakang. Dengan cepat Safia berpaling. Farhan yang sedang mendukung Darwish segera menyerahkannya pada Safia.

“Sorry Pia.. Lama dia tunggu dalam kereta. Dia nak mama dia jugak…’’ Farhan dah cuba memujuknya tadi. Tapi tangisan Darwish semakin kuat. Dia jadi risau.

Selepas ternampak Safia keluar dari bank itu dengan cepat Farhan membawa Darwish kepada Safia.
Safia memujuk anaknya itu. Tapi dia tetap tak berhenti menangis. Shahrul hanya memerhati.

“Dah settle dah? Jom kita gerak. Nak hujan ni, kesian baby..’’ Safia mengangguk setuju dengan kata Farhan.

“Err..Saya pergi dulu..’’ kata Safia kepada Shahrul kemudian terus menuju ke arah kereta.

Shahrul mengangguk. Dia memerhati saja lelaki itu bukakan pintu kereta pada Safia. Lelaki itu mengangguk dan tersenyum ramah padanya. Shahrul turut membalasnya.

Selepas memerhati kereta Honda Civic silver itu bergerak keluar dari kawasan bank, Shahrul terus masuk ke dalam bank itu. Hampir terlupa dia tentang urusannya di sini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience