BAB 60

Romance Series 60740

Ilham duduk di kerusi dalam ruang pejabatnya. Melihat fail projek yang bertimbun di atas meja membuatkan dia tak ada mood nak buat kerja. Cermin kecil dalam laci di tarik keluar.

Tangan membelek mukanya sendiri. Baru dia perasan. Janggut dan misai yang dulu nipis dan kemas kini semakin tebal. Jambang halus juga tumbuh dan sedikit lebat.

Teringat dulu, Safia tidak suka kalau dia menyimpan jambang dan misai yang tebal. Safia lebih suka yang lebih halus dan nipis. Seronok pegang katanya. Tapi Safia sudah pergi dari hidupnya. Tiada lagi sentuhan Safia di pipi dan dagunya. Jadi dia biarkan saja jambang halusnya itu tumbuh menebal. Malas nak cukur.

Ilham termenung teringatkan tentang kejujuran dan penjelasan Khadeja beberapa minggu lalu. Sampai sekarang dia masih rasa marah dan tak ada hati nak bertegur dengan isterinya itu. Wajah Khadeja yang menangis malam itu, melayang dalam fikiran.

“Eja mintak maaf….’’ Khadeja yang duduk di atas sofa menangis sambil menundukkan muka. Ilham berdiri sambil mencekak pinggang membelakanginya. Merah padam wajah Ilham.

“Selama ni kau tipu aku la ye.! aku nikah dengan barang rosak macam kau ni.! Ada isi pulak tu!!’’ Turun naik nafas Ilham menahan marah.

“Eja buntu masa tu. Eja.. Eja tak tahu nak buat apa…’’ terang Khadeja dalam tangisan.

“Mummy kau tahu?’’ Khadeja mengangguk perlahan.

Bertambah benci Ilham melihat anggukan Khadeja itu. Anak-beranak sama. Penipu!

“Huh! Pandai mummy kau selesaikan masalah kau kan. Masa mak long aku sibuk cari bini baru kat aku, mesti mummy kau bodoh-bodoh kan mak long aku sampai mak long aku pun boleh berkenan kat barang terpakai macam kau ni! Ayat apa mak kau pakai eh? Dia hias kau elok-elok dari atas sampai bawah. Dengan bertutup bagai. Lepas tu? Dia expose kau, kan? Sekali ummi aku ikut bodoh percaya! Huh!’’ sindir Ilham.

Bertambah sedih Khadeja mendengar sindiran itu. Dia rela kalau Ilham memarahinya. Tapi tolong jangan kaitkan ibunya. Mummy tak salah.

“Abang tolong jangan libatkan mummy.. mummy tak salah..’’ kata Khadeja perlahan. Ilham rasa geram.

“Tak salah apanya?! Kau dengan mummy kau sama! Dua dua penipu!!!’’ jerkah Ilham. Khadeja hanya menunduk. Setelah beberapa saat berdiam Ilham bersuara lagi. Serius suaranya.

“Berapa usia kandungan kau time tu?!’’

Khadeja menelan air liur. Susah untuk dia jawab. Ilham rasa berang bila Khadeja hanya menunduk dan tidak menjawab soalannya. Dia menjerkah.

“Kau pekak ke??! Jawab lah!!”

“Nak masuk dua bulan….!’’ laju Khadeja menjawabnya. Menggigil badannya kerana terkejut.

“So, waktu aku main dengan kau malam tu kau memang dah buntinglah?! kau perangkap aku? Kau buat aku main dengan kau malam tu, supaya sekarang aku boleh percaya yang kau tu mengandung anak aku? kan? Wow! Pandai kau! pandai!’’ Ilham ketawa sinis sambil menepuk tangan.

Patutlah dia nak tengok janin Khadeja sewaktu di hospital dulu ibu mertuanya tak izinkan. Tak guna betul!
Khadeja hanya tunduk dan menangis. Ilham sambung lagi.

“Sampai hati kau buat aku ni kambing hitam kau. Kau ingat aku apa? Tak ada maruah??! Patutlah aku pelik kau bunting cepat sangat. Padahal cuma sekali tu je aku sentuh kau. Tu pun sebab aku tak sedar! Huh!’’ Ilham mendengus. Memang dia ingat dia sentuh Khadeja malam itu. Tapi dia tak sedar perbuatannya. Ilham rasa jijik untuk ingat semula.

“Family aku mesti kecewa kalau diorang tahu aku di nikahkan dengan barang rosak macam kau ni!’’

Khadeja sedih mendengarnya. Hati rasa geram bila Ilham asyik ulang hinaan yang sama. Dia mengangkat muka memandang suaminya.

“Ye! Eja tahu Eja kotor. Tapi tak perlu abang hina Eja banyak kali macam tu..!”

“Apesal? Sakit hati? Kau rasa maruah kau kena pijak?? Ha?!’’ Ilham memandang Khadeja dengan senyuman sinis.

Ilham betul sakit hati sekarang. Dia merasakan kerana Khadejalah Safia pergi dari hidupnya. Dengan tiba-tiba Ilham menunduk dan terus menggenggam lengan Khadeja dengan kasar. Tajam mata memandang isterinya itu.

"Hei! Kalau kau tak nak maruah kau kena pijak, kau jaga dara kau tu elok-elok! Ni bila dah bunting aku pulak nak kena jadi pak sanggup kau!!!’’

Khadeja menangis lagi sambil menahan sakit di lengannya. Dia mula teringatkan Zakri. Walaupun bahasa Zakri kasar, tapi tak pernah sekali pun lelaki itu mengasari fizikalnya. Tapi tidak Ilham. Zakri jugaklah yang sering memberi kata semangat saat dia kemurungan dalam pantang dulu.

Ilham tersedar dan segera melepas kasar lengan Khadeja. Tangan meraup muka kerana kesal dengan perbuatannya. Kerana marah dia hampir mengasari isterinya. Dia bukan dayus!

“Patut lah aku tak boleh nak sayang kau..!’’ suara Ilham perlahan. Khadeja sekali lagi mengangkat muka.

“Selama ni abang layan Eja baik Eja ingat abang dah sayang Eja….’’

“Sebab aku ingat tu anak aku!!!’’ tengking Ilham.

Khadeja mengangguk perlahan saat mendengarnya. Betul kata Zakri dulu. Ilham bukan lelaki yang baik untuknya kalau sudah tahu rahsia ini.

“Abang jangan risau.. Abang bukan lagi pak sanggup. Budak tu pun dah mati..’’ sedih suara Khadeja.

Ilham memandang isterinya. Kalau Khadeja jujur dengannya dari dulu dia mungkin boleh terima. Tapi sekarang ni dia rasa tertipu. Satu keluarga dia kena tipu!

“Memang aku bukan lagi pak sanggup kau.. Tapi aku tak sanggup nak simpan barang terpakai dalam rumah aku ni..!’’ Ilham menarik nafas. Dia sambung lagi katanya.

“Nur Khadeja binti Azman! Aku..’’

Khadeja yang mendengarnya segera mengangkat muka. Dengan cepat dia memeluk kaki Ilham. Dia tahu apa yang ingin suaminya lafazkan.

“Abang.! Eja merayu kat abang. Maaf kan Eja….! Eja janji dengan abang Eja akan jadi isteri yang baik….. Kalau daddy tahu semua ni daddy akan marah Eja dengan mummy…!’’ rayuan Khadeja membuatkan Ilham terdiam. Dia juga tahu daddy Khadeja seorang yang panas baran. Tapi itu bukan masalah dia.

“Abang.. Eja tahu Eja tak layak dengan abang.. Tapi tolong la bagi Eja peluang..! tak ada insan suci yang tak ada masa silam. Tak ada insan berdosa macam Eja ni yang tak nak ada masa depan....!’’ rayu Khadeja sambil memeluk kaki suaminya. Kasar Ilham menarik kaki dan terus naik ke bilik.

TUK! TUK! TUK!

Ketukan pintu mengejutkan Ilham. Wajah Khadeja hilang dari fikiran. Shahrul berdiri di muka pintu sambil tersengih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience