BAB 98 (TAMAT)

Romance Series 60749

ENAM BULAN KEMUDIAN..


Safia duduk di atas kerusi di halaman rumah keluarga mertuanya sambil menunggu kepulangan anaknya dari tadika. Sudah sebulan lebih Darwish masuk ke sekolah. Sengaja Ilham mendaftarkan Darwish ke sekolah seawal umur hampir mencecah 4 tahun begini. Katanya senang, nanti bila sudah masuk ke sekolah rendah dia akan terbiasa.

Tangan memegang perut yang semakin membesar. Bibir tersenyum sendiri. Tidak sangka perkahwinan kali kedua ini begitu cepat Allah kurniakan mereka rezeki. Dua bulan bernikah, dia dah disahkan mengandung. Syukur Alhamdulillah.

Teringat beberapa bulan dulu, sewaktu dia pengsan di rumah mertuanya ini.

Selepas Ilham menerima panggilan daripada Puan Sakinah, Ilham yang berada di pejabat dengan cepat pulang ke rumah dan membawa Safia ke klinik. Setelah keputusan pemeriksaan keluar, mereka duduk di depan doktor wanita itu.

“Tahniah Puan Safia.. Puan mengandung” kata doktor itu sambil tersenyum.

Safia dan Ilham terkejut dan berpandangan sesama sendiri.

“Serius ke ni doktor?’’ Ilham masih tidak percaya.

“Ye betul. Ikut result urine pregnancy test and scan yang kami buat, Puan Safia mengandung lebih kurang 5 minggu macam tu’’

“Alhamdulillah.." tersenyum lebar Ilham sambil menadah tangan dan mengusap muka.

Kepala berpaling memandang Safia di sebelah. Oh, patutlah Safia berperangai pelik sekarang ini. Tepat tekaan Imran tadi. Dengan laju Ilham memeluk isterinya.

Safia turut membalas pelukan Ilham walaupun dia berasa loya dengan bau badan suaminya itu. Dia cuba menahan sambil tersenyum paksa.

“Tapi doktor.. Memang rasa pening and akan muntah-muntah ke doktor? Lagi-lagi kalau dekat dengan suami saya ni..?’’ soal Safia blur.

Teringat sewaktu dia mengandungkan Darwish dulu. Tiada sebarang muntah pun dia rasa sepanjang mengandung sehinggalah bersalin. Kali ini dia betul-betul tak tahan.

“Itu biasa bagi perempuan mengandung puan. Orang cakap morning sickness. Emmm baru kahwin ke? First baby?’’ doktor itu memandang mereka. Mesti dalam fikiran doktor itu Safia belum pernah mengandung.

“Aha baru kahwin… Anak..’’ belum sempat Safia mengahabiskan ayatnya Ilham cepat memotong.

“Dah kahwin lama dah doktor. Lebih kurang 8 ke 9 tahun macam tu. Nak tunggu anak pertama dulu tu lama. Ni masuk nombor dua pun lama jugak. Tu yang isteri saya lupa pasal morning sickness. Kan sayang kan..?’’ kata Ilham sambil tersengih memandang Safia.
Doktor itu tersenyum dan mengangguk memandang mereka.

Safia turut memandang suaminya. Pandai-pandai je Si Ilham ni kirakan sekali dengan cerita perkahwinan mereka yang dulu.

“MINUM Pia..”
suara ibu mertuanya mengejutkan Safia dari lamuman. Wajah Ilham dan doktor itu hilang dari ingatan.

Puan Sakinah menuangkan air milo ke dalam cawan dan menghulurkan jemput-jemput kepada Safia.

“Thank you ummi”

“Am tak sampai lagi?’’ Puan Sakinah memandang ke arah halaman parking kereta. Kereta Ilham masih tiada disitu. Jam sudah hampir pukul 1 tengah hari. Selalunya anaknya sudah sampai ke rumah dari menjemput cucunya dari tadika.

“Belum mi. Tu Pia tunggu ni’’

“Kalau ayah ambik Darwish tadi dah sampai dah dia kat rumah. Dah Am tak kasi ayah ambik cucu entah hilang mana dah orang tua tu” Safia tergelak mendengar kata Puan Sakinah itu.

Ayah mertuanya sejak pencen guru besar ini, jarang melekat di rumah. Tambah lagi, sejak Darwish sudah mula masuk ke sekolah. Tidak ada cucu untuk dia melayan. Dia pun keluar pergi bermain golf bersama kawan-kawan seumurnya. Bosan katanya tak tahu nak buat apa. Kalau dekat kampung boleh la dia berkebun. Dekat bandar ni dia nak buat apa? Tak kan nak ternak lembu dengan kambing kat sebelah rumah. Kata Encik Aziz terngiang di telinga Safia.

“Nanti kenduri sempena mak long nak pergi umrah, Pia nak pergi tak rumah dia?’’ Soal Puan Sakinah tiba-tiba. Riak wajah Safia berubah tawar.

“Err. Kalau Pia tak pergi, tak apa tak ummi?’’ sebersalah Safia bertanya.

Fikirannya masih teringatkan sindiran mereka sewaktu kenduri cukur jambul di rumah mak long Salma beberapa tahun dulu. Memaafkan memang mudah, nak melupakan itu susah.

Puan Sakinah tersenyum. Dia faham itu. Dia tidak memaksa. Walaupun kakaknya itu sudah berubah, tapi dia tahu Safia masih trauma dengan mereka. Termasuklah dirinya juga yang pernah bersuara menyakitkan hati Safia dulu. Hatinya masih ada rasa sebersalah apabila teringatkan itu semua.

Dengan ujian yang telah menimpa anak-anak kakaknya, semuanya jelas berkaitan dengan apa yang pernah terjadi pada Safia dulu. Dia juga memiliki anak perempuan. Takut untuk dia membayangkan sekiranya Amira menghadapi ujian yang sama seperti Safia. Dan mendapat sindiran dari orang sekeliling. sebagai ibu, mesti akan terasa tempiasnya.

Betul kata suaminya. Sepatutnya dari dulu lagi dia berfikiran sebegini. Bukan hanya tahu berkata-kata tanpa memikirkan perasaan orang yang sedang menghadapi ujian Tuhan. Dia rasa bersyukur Safia dan keluarga besannya memaafkan dia sekeluarga. Juga sudi memberi mereka peluang yang kedua.

“Tak apa. Ummi faham Pia.. Ummi tak paksa. Am pun ada pesan kat ummi. Kalau Pia tak nak pergi jangan sesekali paksa. Dia tak nak Pia makan hati lagi dengan mak long nanti. Hmm, sayang betul Ilham tu dekat Pia. Macam-macam dia pesan dekat ummi. Jangan buat Pia sedih lagi.. Kalau pia tak suka jangan paksa.. Sesiapa yang sakitkan hati pia, hadap dia dulu. Dia tak nak Pia pergi lagi tinggalkan dia” tersengih-sengih Safia mendengar cerita Puan Sakinah itu.

‘Ha..! Baru Mohd Ilham Wafie tahu penangan cinta Nur Adni Safia macam mana.. Lari sekejap pun dah meroyan. Biar dia belajar cara nak membuang ego yang dulunya tinggi melangit tu jauh jauh..! Hahaha’ ketawa bangga Safia dalam hati.

Sebuah Kereta BMW X6 merah yang masuk ke halaman rumah mengejutkan mereka. Belum sempat Ilham membuka pintu kereta untuk anaknya, dengan laju Darwish turun dari kereta dan berlari ke arah mereka. Ilham hanya menggeleng dan mengikut langkah anaknya dari belakang.

“Tok ummi..!’’ Darwish terus memeluk neneknya itu. Puan Sakinah turut mencium cucunya. Rindu mungkin.

“Amboi.. Terus peluk tok ummi eh. Mama ni dah lupa lah tu” Safia pura-pura merajuk.

Darwish tersengih dan memeluk ibunya. Kemudian dengan manja dia mencium perut Safia yang semakin membesar itu. Safia tergelak dengan perbuatan anaknya. Mungkin kerana Darwish selalu melihat Ilham berbuat begitu.

“Lambat Am? Risau ummi tau’’ Puan Sakinah memandang Ilham.

“Jammed ummi, ada accident tadi. Tu yang lambat sikit” Ilham menanggalkan kaca mata hitamnya.

“Awish nak swimming tok ummi..” pinta Darwish dengan suara budaknya pada neneknya itu.

“Petang-petang sikit kita swimming kat pool ye. Ni panas ni. Kita tunggu Maksu Mira balik kerja nanti Awish swim dengan maksu ye sayang ye..? Jom kita masuk tukar baju, lepas tu kita makan. Awish mesti lapar kan?’’ Darwish mengangguk laju dengan kata neneknya.
Dengan cepat dia menarik tangan Puan Sakinah masuk ke dalam rumah.

Safia menggeleng kepala dengan kerenah anaknya. Yang nenek dengan maksunya pulak kaki melayan. Bertambah manja lah Si Darwish tu nanti.

“Sayang dah makan?’’ Ilham duduk di sebelah Safia.

“Belum. Tunggu abang dengan Darwish balik. Nak lunch sekali’’ jawab Safia. Ilham menunduk dan mendekatkan mukanya pada perut Safia.

“Assalamualaikum anak papa. Sihat ke? Tunggu papa nak lunch ye?’’

“Ummi suruh pergi scan lagi” kata Safia. Ilham terus mengangkat kepala.

“Scan? Untuk apa?”

“Scan la nak tahu boy or girl. Kan dulu tu scan tak nampak. Doktor cakap dia punye jantina tu masih menyorok. Abang nak baby boy ke baby girl?’’

“Ok. Nanti kita pergi. Abang tak kisah boy ke girl. Yang penting Pia dengan baby selamat. Itu penting” kata Ilham sambil tersenyum. Terharu Safia mendengarnya.

“Sayang.. Sayang due bile? Sebelum raya ni kan? Bulan puasa?” soal Ilham tiba-tiba. Teringat pada ramadhan yang bakal menjelma kira-kira dua bulan lagi.

“Eurmm. Ye kot Sebelum raya ni. Kenapa?”

“Abang tak sabarnya nak belikan baju raya untuk anak-anak kita ni..” tersenyum Ilham membayangkan moment itu nanti. Tiga tahun dia menyambut perayaan tanpa Safia di sisi. Tahun ini mereka dapat menyambutnya berempat. Betapa gembira hatinya hanya tuhan yang tahu. Dengan tiba-tiba hatinya menjadi sebak.

Safia yang masih tersenyum berasa pelik melihat muka suaminya yang berubah sayu itu.

“Kenapa bang?”

“Tak sangka. Tiga tahun lebih Pia tak ada kat sisi abang’’ terangkat kening Safia mendengarnya.

“Oo dah tiga tahun lebih erk? Tak perasan pulak” jawab Safia bersahaja.

“Ye la.. Tiga tahun tu masa yang lama bagi abang. Tersiksa abang rasa..” jawab Ilham sebak.

“Alar..ok la tu. 4 tahun lebih kita bersama dulu, nak dekat 4 tahun jugak kita berpisah. Darwish pun dah masuk 4 tahun kan. Cuma belum sampai birthday lagi. Ha..! Bulan depan birthday dia.. Cukup umur dia 4 tahun” balas Safia panjang lebar. Wajah Ilham bertukar ceria.

“Nanti abang nak buat birthday celebration untuk dia. Alang-alang dia dah sekolah ni boleh suruh dia invite kawan-kawan dia datang rumah makan kek” semangat Ilham berkata.

Safia juga tergelak mendengarnya. Teringat dulu, Farhanlah yang akan menyambut serta membawa dia dan Darwish pergi mencari kek samada hari lahirnya atau hari lahir Darwish tiba.

Astaghfirullahalazim..!
Safia beristighfar beberapa kali di dalam hati. Terasa berdosa apabila sudah bersuami tapi masih teringat kan kenangan bersama lelaki lain. Cepat Safia menyuci otak dan fikirannya.

Ilham bersandar di kerusi kemudian memandang muka Safia lama. Tiba-tiba dia ketawa kecil. Terangkat kening Safia melihat suaminya yang tiba-tiba ketawa itu. Walaupun dahi kanan Ilham masih berparut kerana kemalangan dulu, lelaki ini tetap kacak di matanya.

“Kenapa abang gelak?”

“Tak ade la. Abang cuma terfikir. Kita ni, jodoh kejap. Lepas tu berpisah. Sekarang kita, jodoh lagi.. Kelakar pulak” Ilham menggeleng kepala. Safia juga tersenyum.

“Kan… Tu la namanya takdir. Pia pun tak sangka akan jadi jodoh abang balik. Awal-awal kahwin terus dapat ni..” Safia menunjuk perutnya sendiri.

Ilham turut memandang perut Safia. Tangan isterinya di genggam dan menciumnya beberapa kali.

“Thanks sayang sebab mengandungkan baby abang. Abang tak sabar nak azankan anak kita ni. Abang mintak maaf sangat waktu Darwish dulu abang tak dapat ada dengan sayang. Abang tak dapat nak azankan dia, tak dapat tengok dia waktu baby dulu..’’ sebak suara Ilham meluahkan rasa hati. Safia rasa sebersalah mendengarnya.

“Abang.. Buat apa abang nak mintak maaf. Abang tak salah pun. Pia yang salah sebab bawak lari dia dari abang. Pia mintak maaf ok?” Safia mencium tangan suaminya.

“Pia janji dengan abang kali ni jangan lari lagi?” Ilham mengangkat jari kelingking meminta janji. Safia ketawa dan menautkan jari kelingkingnya ke jari Ilham.

“Ye.. Janji.. Tu pun kalau abang tak buat hal la”

“Kalau abang buat hal Pia nak buat apa?” duga Ilham.

“Kalau abang buat hal Pia angkut anak-anak lari lagi’’ jawab Safia bersahaja. Ilham tergelak sambil memicit hidung isterinya.

“Lari la sejauh mana pun. Abang cari sampai lubang cacing tau’’ kata Ilham sambil membelek tangan Safia. Dia sambung lagi.

“Sayang nak tahu tak. Sebenarnya, abang sengaja datang setiap minggu jumpa sayang dengan Darwish dulu. Abang tak nak Pia lupakan abang… Kecewa tau hati abang bila tahu Pia dengan Farhan bercinta dulu..” Cerita Ilham sambil membuat muka sedih.

Niatnya dulu memang mahu merampas cinta Safia semula dari Farhan. Kerana memikirkan amaran Adlan supaya jangan mengganggu kebahagiaan Safia dan dengan sikap along juga yang baru nak bermanis muka melayannya membuatkan dia membatalkan niatnya itu. Pasrah dan redha sajalah.

“Ye ke.. Oo.. Patutlah pujuk-pujuk Pia asyik nak datang rumah sewa konon-konon nak jumpa Darwish. Ada agenda lain rupanya..” Ilham tergelak mendengar kata Safia.

“Sebab Darwish jugak. Kalau ditakdirkan Pia bukan milik abang pun, abang tetap tunaikan tanggungjawab abang kat Darwish…”

Safia tersenyum mendengarnya. Ilham memang seorang yang baik dan bertanggungjawab. Sewaktu dia pergi membawa diri dulu pun, Ilham tetap menafkahinya setiap bulan.

“Aloloo bagusnye papa Awish ni..” puji Safia sambil tangan mengusap dagu suaminya.

“And.. Terima kasih jugak abang nak cakap sebab Pia sudi bagi peluang kedua kat abang and family abang… Abang janji abang akan hargai peluang kedua ni..” Ilham mencium tangan Safia kemudian memeluk isterinya itu. Safia tersenyum bahagia dan membiarkannya. Ilham mula berasa pelik.

“Sayang ok ke?”

“Ok je. Kenapa?” kening Safia berkerut memandang Ilham.

“Selalu abang peluk sayang, sayang tolak. Lepas tu asyik muntah je bila abang dekat. Ni ok pulak. Dah boleh terima bau abang?”

Safia terus menghidu badan suaminya. Dia baru perasan tiada sebarang bau busuk dari Ilham selain dari bau perfume. Rasa nak melenting pada Ilham pun sudah berkurang. Nasib baiklah Ilham mampu menahan sabar dengannya. Rasa kelakar pula apabila dia menganggap semua itu dulu angkara sihir pemisah. Padahal pembawakan budak. Dia sendiri pun tak tahu kenapa fikirannya ke arah itu. Mungkin terpengaruh dengan drama-drama melayu di TV.

“Aha la. Dah tak ada bau busuk dah. Ermmm mungkin dah habis alahan kot’’

“Kalau macam tu boleh la abang tidur dengan sayang malam ni.? Penat la tidur luar sorang-sorang. Darwish pun dah tak bagi abang tidur bilik dia. Berlagak dah dia. Dah besar ni nak tidur pun sorang-sorang je. Dulu bukan main nangis lagi kalau suruh tidur sorang” laju Ilham bercerita.

Teringat sewaktu Safia awal-awal mengandung dulu. Hari-hari dia disuruh untuk tidur di luar. Masuk saja ke dalam bilik dan tidur disebelah Safia, mesti isterinya akan mabuk dan terus menghalaunya.

Sampai kandungan isterinya sudah masuk tujuh bulan ini pun kadang-kadang dia masih juga di halau keluar dari bilik. Hmm.. Sabar je la. Imran juga selalu menasihatinya untuk sentiasa bersabar mengadap kerenah isteri yang sedang mengandung ini.

Penyakit lupanya pun sudah lama hilang. Syukur dia rasa. Risau hati apabila masih muda sudah ada penyakit nyanyuk.

Ibunya pun ada cakap mungkin itu pembawakan budak. Kerana ayahnya juga mengalami penyakit lupa sewaktu ummi mengandungkan Amira dulu. Boleh tahan sabar juga ayah melayan kerenah ummi yang kadang-kala suka melenting seperti Safia sekarang ini. Teringat cerita Puan sakinah panjang lebar kepada mereka dulu.
Ada ye pembawakan budak boleh buat suami jadi pelupa.? Pelik betul.

“Abang yang ajar dia tidur sorang kan. Dia dah biasa la tu..’’ suara Safia menyedarkan Ilham.

“Habis tu. Boleh abang tidur dengan Pia malam ni?’’ Ilham memandang Safia sambil menjongket kening berkali-kali. Safia faham sangat isyarat gatal suaminya itu.

“Ermm tengok nanti macam mana” kata Safia. Sengaja dia nak tengok riaksi suaminya. Ilham membuat mulut muncung. Dia rasa nak merajuk sekarang.

“Alar.. Jangan macam tu sayang. Abang rindu. Baby jangan la bagi mama mabuk lagi. Papa rindu nak peluk mama malam-malam. Please..!’’ Ilham memeluk perut Safia sambil merayu.

Safia tergelak memandang suaminya begitu. Manja betul mengalahkan Si Darwish tu pulak.

Teringat sewaktu mengandungkan Darwish dulu. Mungkin kerana dia mengandung sendiri, Allah memudahkan urusannya tanpa mengalami alahan sikit pun. Hanya mengalami pening biasa saja. Itu pun cuma sekejap. Kali ini, alahannya sangat teruk. Mungkin kerana ada suami disisi. Kesian pulak Safia pada suaminya itu.

“Yela yela.. Malam ni tidur dengan mama ok?” kata Safia sambil kedua tangan mengusap pipi suaminya.

Ilham mengangguk laju dan tersengih seperti kerang busuk. Tergelak Safia memandang muka Ilham tersengih begitu.
Kemudian Ilham mencium dahi Safia dan menarik Safia ke dalam pelukannya.

Safia turut membalas. Tangan mengusap perlahan belakang suaminya itu. Dia harap, berjodoh lagi mereka buat kali kedua ini, kekal hingga ke akhir ayat. Amin..


T-A-M-A-T


*Sabar gais!,, ada lagi… Slide sebelah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience