BAB 47

Romance Series 60749

Safia duduk di atas katil sambil memegang sepucuk surat yang di print nya semalam. Sambil melipat surat itu dia termenung.

Sudah beberapa hari dia fikirkan hal ini. Istikharah pun sudah dia lakukan. Tapi satu petunjuk pun dia belum dapat. Jadi dia ikut saja kata hati. Tempoh iddah mereka pun akan berakhir minggu depan.

Salwa pun sudah dia hubungi untuk mengesahkan tarikh kemasukan kerja baru di Johor Bahru nanti. Mungkin kerana satu hal itu membuatkan dia mengambil keputusan begini.

Teringat beberapa hari lepas dia berbual dengan Ilham di balkoni kondo mewah ini.

“Ai jauh menung’’ Teguran Ilham dari belakang mengejutkan Safia.

“Bila abang balik? tak dengar bunyi pintu pun’’

“Baru je sampai. Pia tu termenung jauh sangat. Lately abang tengok Pia suka termenung. Why? Ada masalah?’’ jari Ilham merelus rambut Safia. Tahu sangat Isterinya itu kalau termenung mesti ada benda yang difikirkan.

“Tak ade lah. Ok je’’ Safia tersenyum. Dia tengah fikir, patutkah dia bagitahu Ilham berita gembira itu sekarang.

“Yus macam mana? Ok?’’ kening Safia terangkat memandang Ilham.

“Yus? Kenapa dengan Yus?’'

“Lah kan semalam Pia teman Yus pergi klinik buat test covid. Result dia macam mana?’’

“Oh. Err ok je. Negatif’’ safia memandang ke arah lain. Yang positif nya dia.. Aduh macam mana ni.. Nak bagitahu sekarang ke?
Tiba-tiba Safia teringat sesuatu.

Selepas Ilham mendapat panggilan dari Mak long Salma pagi tadi, Ilham bergegas keluar dari rumah. Katanya ada hal penting nak di bincangkan mereka. Ni petang baru Ilham balik. Hal apa ye yang penting sangat tu? Dia rasa nak tahu.

“Kenapa mak long dengan ummi suruh abang datang rumah pagi tadi?’’ soal Safia.

Ilham mengeluh kecil dan memandang permandangan luar balkoni itu.

“Eja dah mengandung..’’ lemau suara Ilham. Safia menelan air liur. Agak terkejut mendengarnya. Dalam beberapa saat terdiam safia bersuara.

“Tahniah abang. Alhamdulillah. Abang bakal jadi papa’’ Safia berpura-pura senyum. Dalam hati hanya tuhan yang tahu betapa kecewanya dia sekarang ni. Dia cuba tahan air mata daripada keluar.

“Hmm’’ itu saja jawapan Ilham. Dia sendiri tak tahu mahu rasa bahagia atau tidak. Teringat tadi betapa gembira keluarganya mendengar berita itu. Tapi tidak dia. Bukan ini yang dia mahu kan. Apa yang dia mahu adalah ada anak bersama Safia..

Safia memandang riak wajah Ilham yang tidak ceria itu. Kenapa Ilham macam tak happy saja. Bukan ini ke yang mereka ingin kan.

“Abang… Abang kenapa ni? Sedih je Pia tengok. Sepatutnya abang happy bakal jadi daddy..’’ Safia memusingkan Ilham mengadapnya.

“Pia tak marah?’’ sebersalah dia pandang Safia. Dia tahu Safia mesti sedih bila dengar dia akan ada anak dengan isteri lain. Safia tergelak mendengarnya.

“Kenapa pulak Pia nak marah.. Tu kan rezeki Allah.. Emm family abang mesti happy sebab anak kesayangan diorang ni dah nak dapat anak. Especially mak long. Kalau abang dengan Pia, sampai bila-bila pun abang takkan rasa semua tu..’’ Safia pun tak tahu kenapa dia kata begitu. Mereka sudah dapat apa yang di ingin kan. Jadi, buat apa lagi dia menunggu?

“Pia jangan macam tu sayang… abang.. abang…’’ Ilham sebak. Dia tak tahu nak cakap apa sekarang.

“Jangan risaulah. Pia ok.. Lagipun lepas ni Pia bukan lagi isteri abang. Pia akan doakan abang bahagia dengan Eja, ok?’’ Safia mengusap pipi suaminya sambil tersenyum. Senyumannya di buat-buat. Niatnya untuk beritahu tentang kandungannya di biarkan begitu saja.

TUK! TUK! TUK!

“Pia! Sayang…!’’

Ketukan pintu dan suara Ilham mengejutkan Safia dari lamunan. Jari mengesat air mata yang mengalir dipipi. Mata memandang kertas putih yang berlipat itu.

Safia sudah fikir semasak-masaknya. Dia harus serahkan kertas ni pagi ini juga pada Ilham. Biarlah dia undur diri demi kebahagiaan Ilham yang bakal jadi ayah itu. Dengan malas dia bangun dari katil menuju ke pintu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience