BAB 48

Romance Series 60740

Ilham memandang Safia yang berdiri di muka pintu. Safia masih memakai baju tidur.

“Kenapa Pia tak siap lagi? Pia tak pergi kerja ke? Tak sihat?’’ tangan Ilham meraba dahi Safia.

“Taklah. Pia ok. Pia just nak bagi ni..’’ Safia menghulurkan surat berlipat itu kepada Ilham.

Ketika Ilham ingin mengambil surat itu, tiba-tiba dia rasa mual. Dengan pantas Ilham berlari ke dalam bilik menuju ke bilik air.

Safia yang mendengar suara Ilham yang sedang muntah itu hanya menunggu di luar bilik. Dia ingin mengusap belakang suaminya seperti selalu. Tapi bila teringatkan Khadeja juga sedang berbadan dua, membuatkan dia rasa Morning Sickness yang di alami Ilham bukan kerana nya. Di biarkan saja niatnya itu.

Ilham keluar dari bilik sambil membetulkan tali leher. Safia memandang baju Ilham yang sedikit basah kerana percikan air. Hidung Ilham juga kemerahan.

“Sorry.. Pia bagi apa tadi?’’ Soal Ilham sambil memicit hidungnya yang berair itu. Tanpa melengah masa Safia terus menghulurkan surat itu.

“Pia nak resign? Why??’’ terkejut Ilham membaca surat itu.

“Lepas ni kan kita dah tak ada apa-apa lagi. Lebih baik Pia resign je’’

“Kalau kita dah tak ada apa-apa sekali pun perlu ke Pia nak berhenti kerja? No.! abang tak terima. Sorry..!’’ Ilham menyerahkan semula surat itu pada Safia tapi Safia tidak mengambilnya.

“Abang… Kalau Pia terus depan mata abang macam mana kita dua nak move on..? Abang pun dah happy sekarang. Buat apa lagi Pia depan mata abang?’’

“Kenapa? Salah ke kalau abang nak Pia sentiasa depan mata abang walaupun kita dah tak ada apa-apa??’'

“Abang tolong lah faham. Pia pun nak cari kebahagiaan Pia sendiri..’’ sebak suara Safia. Kening Ilham berkerut mendengarnya.

“Nak cari kebahagiaan sendiri? Habis tu? kebahagiaan abang macam mana? Abang dah buat macam-macam kat Pia. Tapi Pia tak sabar nak pergi dari abang. Kenapa? dah standby jantan lain?? Dah tak sabar nak kahwin dengan dia lah eh?!’’ Ilham tersenyum sinis memandang isterinya.

Safia mula rasa naik angin dengan tuduhan itu. Dia melangut memandang Ilham.

“Abang pernah tengok Pia ada jantan lain ke?! Tak kan?? Jangan nak tuduh Pia macam tu! Kalau Pia nak kahwin lain pun lepas ni itu hak Pia!!’’

Ilham mencekak pinggang. Dia menghela nafas dan memejam mata seketika. Tak patut dia tuduh Safia begitu.

“Abang tak pernah nak lepaskan Pia.. Pia yang nak semua ni….!’’ Ilham mengendurkan suara.

“Banyak kali Pia cakap dengan abang…Pia ni manusia bukan robot…ada hati dan perasan.. Bertahun-tahun Pia tahan hati dengan sindiran family abang. Cukup lah setakat ni je. Pia dah penat abang.. Pia dah give up…! tolong lah bagi Pia pergi……’’

Ilham mengangguk perlahan mendengar luahan Safia itu. Safia sudah menyerah untuk pertahankan rumah tangga mereka. Tanpa berkata apa-apa dia terus berlalu. Suara Safia membuatkan langkahnya terhenti.

“Pia akan keluar dari rumah ni hari ni.. Pia duduk dengan Yus semula. Kita jumpa kat mahkamah nanti..’’

“Suka hati Pia lah..!’’ Ilham meneruskan langkahnya.

“Abang..….’’ Langkah Ilham terhenti lagi tanpa berpaling memandang Safia. Safia berjalan mendekati suaminya. Dengan perlahan Safia menarik dan mencium tangan Ilham.

“Pia mintak ampun dari hujung rambut sampai hujung kaki. Tolong halalkan segala kasih sayang, makan minum, and dengan apa yang abang pernah bagi kat Pia. Pia nak bawak semua tu sebagai kenangan. Izinkan Pia pergi ye..”

Ilham terasa ada air mata di tangan nya. Dengan perlahan dia menarik tangannya dan berjalan keluar ke pintu. Bunyi hempasan pintu mengejutkan Safia.

Safia tersandar ke dinding sambil menangis. Tangan mengusap perut yang sedikit membuncit. Ilham pun tak pernah perasan perubahan fizikalnya.

“Maafkan mama sayang… Mama terpaksa bawak sayang pergi tinggalkan papa. Papa pun akan happy kat sini.. Biarlah mama jaga sayang sendiri sampai hujung nyawa mama..’’ Safia terduduk di tepi dinding sambil meraba perutnya.

Dalam beberapa minit melayan kesedihan di situ, dengan segera Safia bangun masuk ke dalam bilik dan mengemas barang-barangnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience