BAB 64

Romance Series 60749

Khadeja dan Zakri berjalan keluar dari pusat membeli belah menuju ke kawasan parking. Mereka bergelak ketawa sambil berpegang tangan. Menceritakan semula tentang cerita yang mereka tonton di pawagam sebentar tadi. Ketika Zakri ingin membuka pintu kereta satu suara menegur mereka.

“Wow! Mesra betul….’’ Ilham berdiri sambil menyeluk poket seluar. Kedua mereka berpaling ke belakang.

“Aa..abang??’’ Khadeja begitu terkejut sekali. Macam mana Ilham boleh ada di sini. Dia fikir suaminya itu masih di pejabat. Dengan cepat dia melepaskan pegangan tangan Zakri.

Ilham memandang Khadeja dari atas ke bawah. Tiada lagi tudung atau selendang diatas kepala isterinya itu. Baju dan seluar jeans yang di pakai Khadeja sangat fit di badan. Macam bohsia.

“Kau kata kat aku kau keluar dengan mummy.. Ni lah mummy kau eh?’’ sindir Ilham sambil menunjuk ke arah Zakri. Zakri hanya berdiri memandang Ilham.

“Eja memang keluar dengan mummy tadi.. Err ni kawan Eja ambik Eja kat sini..’’ bohong Khadeja.

Ilham tersenyum sinis mendengarnya. Sejak dari pagi tadi dia mengekori isterinya itu. Sampailah ke Shopping Mall ini dia menunggu Khadeja keluar bersama lelaki itu. Entah bila ibu mertua dia ada bersama entah.

“Kau tak payah nak kencing aku lah. Kau ingat aku budak-budak ke apa?!” Ilham berjalan mendekati mereka. Dia memandang Khadeja sambil geleng kepala.

“Aku ingat kau ni dah berubah. Depan aku bukan main kau keluar rumah bertutup bagai’’ kata Ilham di depan muka Khadeja. Khadeja mengangkat muka.

“Abang… Eja boleh explain..”

"Kau nak explain apa lagi?? Aku perhati kau lama dah Eja. Boleh kata kan hari-hari kau keluar dengan jantan ni belakang aku. Kan?’’ sudah beberapa kali dia ternampak Khadeja naik sebuah kereta selepas menghantar isterinya itu ke rumah ibu mertuanya.

Sebaik saja menghantar Khadeja, dia tidak terus pergi ke pejabat. Dia selalu perasan, Khadeja keluar dari rumah ibu mertuanya kemudian naik sebuah kereta Viva yang sering menunggu di tepi pagar rumah itu.

Hampir setiap hari begitu. Kerana rasa ingin tahu, dia mengambil keputusan untuk mengekori isterinya itu hari ini. Tak sangka pemandu kereta Viva itu adalah seorang lelaki.

“Ni kawan Eja lah…’’ Khadeja cuba bela diri.

“Kawan? Kawan apa pegang-pegang tangan macam tu. Bergelak sakan. Kau tu isteri orang tau. Still tak ada maruah ke apa..?!’’

“Bro! kau tak perlu lah nak cakap macam tu kat dia…!’’ Zakri yang dari tadi berdiam mula bersuara. Dia tidak suka Khadeja di hina sebegitu.

Ilham mengangkat muka memandang Zakri. Dia perasan lelaki inilah yang berada di hospital sewaktu Khadeja keguguran dulu. Cuma tidak bertegur sapa. Dia ingat sekadar kawan biasa saja.

“Kau siapa? boyfriend dia?”

“Ye! Aku boyfriend dia? Apa masalah?”

“Zack!!’’ Khadeja menengking Zakri. Dia tak mahu Zakri kata begitu di depan Ilham sekarang.

Ilham tersenyum sinis mendengarnya. Berani betul dia mengaku begitu. Kalau orang lain mau kena hentak dah budak ni.!

“Kau tanya aku apa masalah? Yang kau bawak ke hulu ke hilir ni.. Isteri aku tau!’’ Ilham mengangkat jari telunjuk. Zakri ketawa sinis.

“Isteri? Isteri apa kalau kau layan dia pun macam sampah! Kau ingat dia kayu? tak ada perasaan??’’ Ilham terdiam sambil mata memandang tajam pada Zakri.

Dia akui itu. Dari segi batin dia masih gagal. Tapi dari segi zahir dia masih tunaikan tanggungjawabnya pada Khadeja. Walaupun hati masih sakit dengan penipuan Khadeja, kerana memikirkan maruah keluarga dia masih cuba memendamnya.

“Dia ni yang bunting kan kau..? Kan?’’ tanpa pedulikan Zakri, Ilham memandang Khadeja yang hanya tunduk berdiam.

“Jawab Eja!!’’ tengkingan Ilham di tepi telinga membuatkan Khadeja menggigil terkejut. Dengan cepat Zakri menjawab.

“Memang! Yang dia bunting dulu tu anak aku..!’’ Khadeja memejam mata dan hanya menggeleng perlahan. Dengan pengakuan jujur Zakri itu, dia dah tak tahu nak buat apa lagi. Dia tak mahu ada pergaduhan di sini.

“Kau ni jantan jenis apa? Ha?? Buntingkan anak orang lepas tu tak reti nak bertanggungjawab!’’ marah Ilham. Dia mula rasa nak naik angin. Dia pulak di jadikan pak sanggup!

“Aku tahu dulu aku salah.. Aku mengaku..! Sekarang ni aku nak tebus kesalahan aku kat dia..!’’ jawab Zakri.

Zakri dah tak peduli kalau Ilham ingin membelasahnya. Sudah lama dia pendam perasaan. Rimas dengan hubungan terlarang dengan isteri orang begini. Khadeja pulak entah bila dia nak mintak cerai. Dia rasa ini jalan terbaik. Kalau Ilham bukan lelaki dayus simpan isteri yang curang, dia akan lepaskan Khadeja kepadanya.

“Kau nak tebus kesalahan kau?? nak kahwin dengan dia? Kau gila?? Tak sekolah? Dia ni bini aku!’’

“Kau pun tak pernah layan dia macam bini lah! Sakit pening dia ada kau ambik kisah??’’

“Wow! So sekarang kau nak kata kau ambik kisah sangat lah pasal dia? Nak jadi hero? Huh!’’ Ilham tergelak sinis.

“Aku memang ambik kisah pasal dia. Aku cinta kan dia! Dia pun cinta kan aku!’’

Ilham terdiam sambil memandang tajam pada Zakri. Dalam beberapa saat dia mengangguk dan ingin berlalu pergi.

Zakri yang melihat respond Ilham begitu rasa tidak puas hati. Kalau lelaki itu rasa nak bertumbuk dengannya pun dia sudah bersedia. Dia memanggil Ilham kasar.

“Hoi!!’’

Langkah Ilham terhenti.

“Kau jangan jadi lelaki dayus lah Ilham! Kau lepas kan je la dia. Sampai bila kau nak simpan dia jadi bini kau kalau kau pun tak pernah nak layan dia elok-elok..! kau bukan lelaki terbaik pun untuk Eja!!’’ Khadeja terkejut dengan kata Zakri itu. Cepat dia menepis lengan Zakri. Zakri tak pedulikannya.

Ilham hanya tersenyum sinis mendengarnya. Lelaki itu tahu namanya. Nampak sangat isterinya banyak bercerita tentang rumah tangga mereka pada lelaki itu. Huh! Ilham berpaling memandang mereka.

“Kau tu terbaik sangat ke?? Hei!! Aku bukan lelaki dayus! Betul cakap kau! Baik aku lepaskan daripada aku simpan bini yang selalu buat dosa kat belakang aku!’’ Ilham memandang Khadeja yang memandang sayu padanya. Dia sambung lagi.

“Nur Khadeja Azman. Aku cerai kan kau talak satu…!’’ Laju Ilham melafazkannya.
Dulu dia boleh bersabar. Tapi bila dikatakan dayus dia rasa tercabar.

Air mata Khadeja mengalir saat mendengar lafaz itu. Dia buntu sekarang. Apa dia nak jawab kalau daddy tanya nanti.

“Abang… Eja mintak maaf. Tolong jangan bagitahu daddy pasal ni…’’ rayu Khadeja.

“Apesal? Kau takut daddy kau??!’’ soal Ilham serius.

“Bapak dia tak pernah restu pun hubungan kitorang. Sebab tu dia terpaksa kahwin dengan kau..!’’ jawab Zakri.
Ilham rasa tak berminat mendengarnya.

“Aku malas nak fikir apa masalah korang. Kau!! Kau nak tebus kesalahan kau sangat kan?! Kalau kau rasa kau tu anak jantan, lepas habis iddah, kau pergi hadap bapak dia! Kahwin dengan dia!’’ balas Ilham. Kemudian dia terus pergi dari situ.
Tadi kata aku dayus sangat! Dia apa? pengecut!

Share this novel

Gina Seman
2024-09-19 11:36:09 

yess! trbongkar sudah curangan khadejah


NovelPlus Premium

The best ads free experience