BAB 68

Romance Series 60749

Pada hujung minggu, Farhan dan Safia membawa Darwish berjalan dalam Shopping Mall di bandar. Selesai membeli-belah, mereka bersembang sambil menolak stroller baby dan berjalan ke arah kereta.

Sampai saja di kereta, Farhan perasan sesuatu di tayar belakang keretanya.

“Aduh..! pecah pulak!’’ Safia yang mendengarnya segera bertanya.

“Kenapa Farhan?’’

“Tayar pancit pulak. Awak tunggu jap eh. Saya tukar tayar jap’’

“Ok’’ Safia mengangguk.
Selepas menghidupkan enjin kereta, Farhan mengambil beberapa barang untuk menukar tayar.

“Awak tunggu la dalam kereta. Panas ni. Kesian Darwish’’ kata Farhan sambil menunduk.

“Eh tak pe. Saya ok je. Boleh la tengok awak tukar tayar. Mana tahu saya boleh belajar’’ kata Safia sambil memegang stroller anaknya.
Farhan tersenyum mendengarnya.

Cuaca pada tengah hari itu tidaklah begitu panas. Awan yang berubah mendung mungkin akan menurunkan hujan sebentar lagi. Mujur lah kereta Farhan terparking di bawah pokok.

Sambil Farhan menukar tayar mereka bergurau dan bersembang. Farhan yang soft spoken membuatkan Safia rasa selesa berkawan dengannya.
Kadang-kadang sikap bergurau dan ambil berat Farhan membuatkan hatinya sikit terusik. Tapi lelaki itu tidak pernah meluahkan apa-apa pun. Jadi dia abaikan saja perasan itu.

Selesai menukar tayar, Farhan memasukkan barang ke dalam bonet. Tanpa sedar, Safia melepaskan stoller anaknya dan turut membantu Farhan. Walaupun di halang, Safia tetap menolongnya.

Kerana jalan dan kawasan yang sedikit membukit membuatkan stroller Darwish mula bergerak perlahan ke arah laluan kenderaan. Safia mula tersedar Darwish tiada di situ dan sudah berada di tengah jalan. Jantung Safia berdebar kencang.

Safia menjerit setelah ternampak sebuah kereta dalam keadaan laju hampir melanggar Darwish. Tiba-tiba, muncul seorang lelaki dengan pantas menarik stroller itu ke tepi. Dengan cepat Safia mendapatkan anaknya yang mula menangis itu.

Farhan yang terperanjat dengan jeritan Safia segera mendapatkan mereka. Safia mengangkat Darwish dan memujuk anaknya. Dia rasakan jantungnya sudah hilang tadi. Bertambah terkejut Safia memandang lelaki yang menarik stroller anaknya adalah Ilham.

“Pia..! ok tak??” gelabah Farhan memeriksa keadaan mereka.

“Ye.. ok’’ jawabnya sambil memujuk Darwish.

Ilham menghulur stroller itu kepada Farhan. Farhan mengangkat muka dan mengambilnya. Eh, macam kenal.

“Err.. Terima kasih’’ ucap Farhan. Mendengar tangisan Darwish dengan cepat Farhan menarik bahu Safia sambil menarik stroller itu masuk ke dalam kereta.

Ilham hanya perhatikan saja mereka. Dengan perlahan dia melintas dan berjalan ke arah Farhan.

Selesai memasukkan mereka ke dalam kereta, Farhan berjalan ke arah pemandu. Suara yang menegurnya membuatkan dia berpaling.

“Lain kali kalau nak buat kerja tu, utama kan keselamatan anak bini dulu..!’’

Farhan tersentak dengan sidiran itu. Dia cuba senyum dan mengangguk pada Ilham yang memandangnya tanpa senyuman.

“Terima kasih..’’ Jawab Farhan kemudian terus masuk ke dalam kereta dan bergerak pergi dari kawasan itu.
Mata memandag cermin belakang. Ilham masih berdiri disitu dan perhatikan mereka. Tangisan Darwish menyedarkannya.

“Darwish ok Pia? Saya mintak maaf sangat-sangat. Sepatutnya saya bagi awak dengan Darwish masuk kereta dulu tadi..’’ Farhan sebersalah. Dialah punca semua ni.

“Tak apa. Saya yang nak tengok awak tukar tayar tadi kan..’’ kata Safia sambil tangan menepuk Darwish yang masih menangis itu.

Dalam beberapa minit memujuk tangisan Darwish semakin perlahan. Safia bersyukur. Nasib baiklah ada orang selamatkan anaknya tadi. Tapi kenapa Ilham?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience