BAB 57

Romance Series 60749

Safia melayan kerenah anaknya malam itu. Sedar tak sedar, hampir seminggu dia masuk bekerja setelah dua bulan lebih melalui fasa berpantang. Nasib baik cepat dia dapatkan baby sitter untuk anaknya. Rumah baby sitter itu pun cuma di tingkat bawah rumahnya saja.

Teringat beberapa minggu lepas ketika keluarga Safia menghantarnya ke rumah sewanya ini. Wajah abah, ibu, adik, abang dan kakak iparnya melayang dalam fikiran. Tidak lupa juga kedua anak buahnya Arissa dan Aiman.

“Angah balik duduk kampung je la. Kerja dengan along kat kilang kerepek along tu’’ kata Adlan saat adiknya mencium tangan mereka satu keluarga.

“Aha ngah. Boleh la tolong along. Kak long kadang-kadang tak sempat nak datang pantau apa yang patut. Sejak Arissa dah masuk sekolah ni sibuk sikit. Aiman tak ada siapa nak jaga kat rumah. Bawak pergi kilang kang habis di kacaunya’’ sampuk Yasmin kakak ipar Safia.
Teringat betapa buas anak lelaki bongsunya itu. Usia baru nak masuk 3 tahun ni macam-macam ragam. Tambah pulak dia tengah mengandung anak ketiga sekarang.

“Tak pe lah. Angah selesa kerja kat sini. Lagipun angah nak berdikari’’ kata Safia sambil menarik Darwish dari pelukan adik bongsu nya itu.

Selama dia berpantang di kampung, adiknya Adriana dan ibu yang selalu uruskan Darwish. Dia baru pertama kali jadi ibu. Mana dia pandai. Itu yang susah sangat si Adriana ni nak lepaskan Darwish ni.

“Nak berdikari ke nak lari dari Ilham?’’ Encik Abbas mencelah.

“Mana ada bah.. Angah memang suka berdikari lah. Dari dulu lagi kan angah suka merantau’’ dalih Safia.

Sejak dulu lagi dia sudah terbiasa jauh dari keluarga. Tapi sekarang, hakikatnya memang dia nak jauh dari Ilham. Anaknya yang semakin membesar ni membuatkan dia takut kalau suatu hari nanti Ilham merampas Darwish darinya. Tambah-tambah anaknya lelaki. Mungkin cucu lelaki pertama dalam keluarga itu. Tapi kalau anak Ilham dan Khadeja juga lelaki dia rasa lega.

Ilham ada segalanya. Kalau fight di mahkamah pun Ilham akan menang. Dia? mungkin akan hilang hak itu. Kerana itu dia berdoa supaya cepat masa berjalan dan terus balik ke JB ni.

“Darwish ni makin membesar. Takkan nak simpan lagi rahsia ni. Ilham kena tahu jugak pasal anak dia ngah..’’ Puan Maimunah memandang anak keduanya itu.

Teringat dulu bekas menantunya itu datang ke kampung dan meminta maaf atas semua yang terjadi. Ilham merayu supaya memberitahu ke mana Safia pergi. Kerana berpegang pada janji, habis satu keluarga terpaksa jadi penipu.

“Biarlah dia tak tahu. Dia pun dah ada anak sendiri. Entah-entah Darwish nanti dia buat tak tahu je..’’ kata Safia selamber.

Semua geleng kepala. Bukan mereka tak tahu perangai keras kepala Safia tu. Anak nombor 2 kan. Degil!

“DARWISH!’’ suara seseorang mengejutkan Safia dari lamunan. Wajah keluarganya hilang dari ingatan.

“Eh Anis. Bila Anis balik kerja? Tak perasan pun” Safia memandang Anis yang sedang mengusik Darwish. Terhibur sungguh anaknya itu. Dah pukul berapa dah ni tak tidur lagi. Lagi di kacau lagi seronok la dia.

“Baru je balik. Bagi salam akak tak jawab. Anis masuk je la. Nasib baik bawak kunci hari ni’’ kata gadis bertudung itu.

“Sorry.. Akak tak perasan pulak’’ Safia tersengih.

“Nak perasan apa. Akak termenung jauh sangat. Kalau si Darwish ni boleh jalan, dia keluar rumah pun akak tak perasan. Ni Anis ada beli akak takoyaki ni. Dah lama akak tak makan kan. Pantang punya pasal. Anis letak atas meja eh..’’ kata Anis kemudian berlalu masuk ke bilik nya.

“Thanks tau!’’ laung Safia.

“Most welcome!” balas Anis dari dalam bilik.

Gadis itu adalah adik ipar Salwa. Kebetulan sewaktu dia mencari rumah sewa di sini, adik ipar kawannya itu juga mencari housemate baru. Sampai ke hari ni mereka tinggal berdua di apartment itu. Alhamdulillah. Baik orangnya. Apa yang Anis makan, rezeki itulah di kongsi bersama. Begitu juga dia. Selagi orang tak berkira dia pun takkan berkira.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience