BAB 88

Romance Series 60749

Safia duduk di pangkin memandang Sawah padi yang cantik itu. Sudah hampir tiga minggu dia menjadi penganggur terhormat. Bosan pula rasa.

Selepas saja dia meletakkan jawatan, dia terus mengemas barang dan membawa Darwish balik ke kampung. Dia harap, Farhan tidak akan mengganggunya lagi. Biarlah Farhan fokus pada tunangnya itu.

Tapi Safia bukan la jenis orang yang tidak mengenang budi. Dia berterima kasih juga pada Farhan kerana banyak membantu nya dulu. Kerana lelaki itu menipu dan tidak jujur, susah untuk dia terima. Lagipun, dia bukannya perampas. Selepas tahu Farhan sudah bertunang, terus dia menyingkirkan perasaan sayang itu dari hatinya. Nasib baik berjaya. Di tambah pula dengan sikap Farhan yang terlalu memaksa membuatkan dia rasa menyampah. Ah! Malas dia nak ingat kisah cinta singkatnya itu.

Salwa pun sudah tahu semuanya. Itu pun dari buah mulut pekerja di department itu. Dan Farhan terpaksa mengaku jujur dengan Salwa sendiri. Salwa pun tak sangka yang Farhan sudah bertunang selama ini. Patut lah lelaki itu jarang berkongsi cerita tentang keluarga. Rupanya ada rahsia yang di sembunyikan. Ish! Ish!

Teringat sewaktu Safia menyerahkan notis berhenti kerja tiga minggu lepas. Wajah Farhan bermain dalam fikiran.

“Surat resign saya 24 hours” Safia meletakkan sehelai kertas di atas meja setelah masuk ke ruang pejabat Farhan.

“Sorry saya tak terima..!” Farhan yang sedang tekun membuat kerja hanya memandang sekilas saja kertas itu.

“Ini keputusan saya Encik Farhan. Saya dah dapat offer kerja lain” Farhan melangut memandang Safia. Dia tahu Safia berbohong.

“Kerja apa?”

“Kerja kat kampung. Kilang along saya” Farhan rasa kecewa. Bersungguh-sungguh Safia mahu meninggalkannya.

“Sampai hati awak nak tinggalkan saya kan..”

Safia menghembus nafas kasar dan menjeling. Mula lah tu Si Farhan ni nak buat ayat sedih. Malas dia nak layan.
Farhan bangun dari kerusi dan berdiri di sebelah Safia.

“Awak dah buat saya cintakan awak Safia.. Awak ingat senang ke saya nak move on? Ha..?”

“Saya boleh buat kenapa awak tak boleh buat? Move on je la..! Lagi pun awak yang tipu saya. Bukan saya yang tipu awak. Ingat saya tak sakit hati..?!’’ balas Safia sambil berpeluk tubuh.

“Kan saya dah banyak kali mintak maaf..?’’ Sayu pandangan Farhan pada Safia. ‘Kenapa la keras sangat hati Safia ni? Tak bagi dia peluang langsung. Mesti sebab Ilham yang selalu datang ke sini lah tu.! Begitu senang Safia membuang dia dari hati’ minda Farhan berbisik sendiri.

“Banyak kali jugak saya cakap saya dah maafkan awak..!’’

“Dah tu, kenapa tak boleh terima saya balik? Sebab Ilham? Hmm?’’ Farhan mengangkat kedua keningnya. Berkerut kening Safia memandang Farhan.

“Jangan nak kaitkan Ilham dalam hal ni boleh tak? Awak tu yang selfish! tamak! fokus je la kat tunang tu..!” Safia menggeleng. Tak habis-habis nak salahkan Ilham. Lelaki itu tiada kena-mengena langsung!

“Saya boleh berlaku adil Pia...” lembut suara Farhan.

Safia tersenyum sinis mendengarnya. Semalam, beria sangat cakap sanggup tinggalkan Wardah demi dia. Hari ni cakap lain pulak. Gila mamat ni!

Melihat Safia yang berdiam itu Farhan sambung lagi.

“Kita kahwin.. Eh?” pujuk Farhan dan ingin memegang tangan Safia.

Cepat Safia menarik tangannya. Walaupun dia jenis mencari cinta, tapi dia tahu jaga batas dan tidak suka yang bukan mahram menyentuhnya.
Safia geleng kepala dan memandang Farhan. Nampak psiko Si Farhan ni.

Cepat Safia memusingkan jari telunjuk di kepalanya sebagai isyarat gila pada Farhan.

“Gila eh.? Saya tetap dengan keputusan saya!” tegas kata Safia Kemudian dia terus keluar dari ruang bilik itu, dan mengemas barang-barang di atas meja kerjanya.

BUNYI kicauan burung mengejutkan Safia. Wajah Farhan hilang dari ingatan. Mata memandang jam di telefon. Sudah pukul 11.20 pagi. Panas cahaya matahari pun sudah terasa.

Hampir dua hari Ilham membawa Darwish berjumpa dengan keluarganya di Kuala Lumpur. Biarlah Darwish kenal dengan tok ayah dan tok ummi nya di sana.

Safia rasa sangat rindu pada anaknya. Mereka tidak pernah berpisah lama. Ilham sudah berjanji mahu menghantar Darwish balik ke sini pagi ini. Tapi batang hidung mereka pun masih belum muncul lagi. Hati mula rasa risau.

Ketika jari ingin mendail nombor Ilham, dari jauh kelihatan sebuah kereta BMW X6 berwarna merah masuk ke halaman rumah. Ilham sudah menukar kereta baru selepas kemalangan dulu.

Dengan cepat Safia membuka pintu kereta itu dan memeluk anaknya. Darwish turut rasa gembira memeluk ibunya.

“Mammaaaa!”

“Rindunya kat anak mama ni…” Safia mencium Darwish beberapa kali. Wangi dan kemas pakaian anaknya hari ini. Pandai Ilham jaga. Ilham muncul di belakang Safia.

“Sorry. Abang lambat, ada hal sikit tadi”

“Tak pe. Yang penting abang tunaikan janji abang hantar dia hari ni” Safia mendukung Darwish.

“Ibu dengan abah mana?”

“Diorang pergi kenduri cukur jambul kat rumah hujung kampung tu”

“Pia sorang?”

“Yup. Yana dah kerja dengan along kat kilang”

“Dia pergi kerja naik apa?’’ Ilham memandang motosikal bekas adik iparnya ada di garaj.

“Dia pakai kereta Pia” Ilham mengangguk.

“Kalau macam tu.. Jom lah” Ajak Ilham. Kening Safia terangkat. Tak faham.

“Jom lah? Pergi mana?”

“Naik atas..” berkerut kening Safia memandang Ilham yang mengangkat kening berkali-kali sambil tersenyum nakal itu.

“Abang jangan nak macam-macam ye! Rumah tak ada orang. Nak naik apa nya!’’ marah Safia. Otaknya sudah berfikir ke lain. Ilham ketawa memandang muka Safia yang sudah kemerahan itu.

“Abang gurau je la.. Rindu nak tengok muka marah sayang tu…” usik Ilham.

“Eee gurau yang bukan-bukan je..!’’ balas Safia.

“Abang nak bawak Pia pergi makan. Pia pergi siap eh. Abang dengan Darwish tunggu kat bawah” Ilham mengambil Darwish dari tangan Safia.

“Makan kat mana?’’ soal Safia. Agak malas dia nak keluar sebenarnya.

“Ada la. Pergi lah siap. Pakai cantik-cantik tau” Ilham tersenyum.

Dengan malas Safia berjalan naik ke tangga utama dan masuk ke dalam rumah.

Sebuah kereta Honda Civic Silver yang sejak tadi perhatikan mereka dari jauh segera beredar dari kawasan itu.

Share this novel

Gina Seman
2024-10-09 10:19:07 

dah resign pia..ok lah tu..x pening kepala...ish ish Farhan ke tu jdi spy x brbayar..move on lah Farhan..awak tu dah ada tunang jgn jdi gila meroyan cuba awak setia hanya pd tunang awak x lah jdi gitu.. sakit hati dgn lelaki x setia lgi² lelaki yg dah kahwin..sya pulak jdi meroyan..


NovelPlus Premium

The best ads free experience