BAB 28

Romance Series 60749

Safia memandang Ilham yang sedang menghirup laksa sarawak itu. Bawak pusing-pusing KL last-last, makan kat Dapur Serawak ni jugak.

Dahinya berkerut memandang Ilham yang selera menjamah laksa itu. Setahunya, Ilham tak suka laksa itu. Dia pun tak berapa gemar sangat. Kalau laksa utara tu, baru favorite.

“Selera betul Pia tengok abang makan..’’

“Sedap…’’ laksa yang tak habis di makan Safia tadi pun di habiskan Ilham.

“Bukan abang tak suka makan laksa ni ke? Sejak bila jadi selera pulak?’’ Safia pelik.

“Entah. Rasa tekak ni tiba-tiba teringin pulak’’

Selesai saja makan, Ilham meminta diri untuk ke kereta sekejap. Dalam bebarapa minit dia duduk semula di depan Safia. Kemudian menghulurkan satu kertas yang berlipat pada isterinya.

“Apa ni?’’

“Baca la..’’ Safia mengambil surat itu dan membacanya. Kening Safia berkerut.

“Offer letter? Untuk apa ni?’’

“Abang nak Pia kerja dengan abang”

“Buat apa nak kerja dengan abang. Pia dah ada kerja la…!’’ jawab Safia.

“Kan abang cakap sepanjang iddah abang ada 4 permintaan. Tu third request. Don’t worry. Jawatan Pia Sama je’’ bibir Ilham tersenyum memandang Safia.

“Habis, kalau kerja dengan abang kerja Pia sekarang macam mana?’’

“Resign lah’’ jawab Ilham.

“Tak nak lah. Pia sayang kerja Pia sekarang..’’

“Abang dah bincang dengan Encik Farok tu. Dia setuju lepaskan Pia kerja dengan abang.’’

“What? Abang jumpa Encik Farok tu? Kenapa tak bincang dengan Pia dulu?!’’ geram je dia rasa. Ilham buat keputusan tanpa berbincang terlebih dulu.

“Pia kerja dengan abang lah eh.. Pia sendiri dah janji kan nak tunaikan permintaan abang sepanjang tempoh iddah kita’’ Ilham memujuk.

“Memang. Tapi Pia ingat bukan ni..!’’ Safia meletakkan surat itu di atas meja.

“Lagi satu. Last.. Ni request abang yang ke 4. Iddah kita ada dalam sebulan lebih lagi kan. Abang nak Pia tinggal dengan abang..’’ Ilham mengangkat jari telunjuknya.

“What??!’’ terkejut Safia mendengarnya.

“Why? We still husband and wife Pia. Tak dosa pun’’ selamber Ilham berkata.

“Err memang tak dosa. Tapi kita dalam fasa cerai abang. Agak-agak la..!’’

“Kenapanya? Kalau Pia nak tahu, sepanjang tempoh iddah ni lah seeloknya satu rumah. Mana tahu jodoh kita ada lagi.. Abang nak rujuk..’’ laju Ilham berkata. Matanya memandang Safia dengan penuh harapan.

Safia sebersalah. Hati memang mahu rujuk semula. Tapi bila terbayang wajah keluarga Ilham terutama keluarga Mak long Salma yang sentiasa menyindirnya dulu membuatkan dia rasa benci.

Lagi-lagi sekarang Ilham sudah beristeri lain. Dia tak sanggup berkongsi kasih. Kalau lah Ilham ada anak dengan isteri barunya itu, bertambah terabai dan makan hati lah dia nanti. Macam-macam dalam fikirannya sekarang ni.
Ilham yang melihat Safia terdiam lama bersuara lagi.

“Macam mana Pia? Nak duduk dengan abang balik tak?’’

“No.!’’ tegas Safia.

“Why sayang..?’’ Ilham memandangnya. Berharap sungguh dia sekarang ni.

“Abang… Dengan apa yang dah jadi Pia trauma nak hadap lagi.. Tolong lah faham…’’ Ilham mengeluh mendengarnya. Dia cuba pujuk lagi. Dia mahu menghabiskan masa bersama Safia sepanjang tarikh itu.

“Hmm tak apa lah Pia. Abang faham. Abang cuma mintak dalam tempoh iddah ni je. Lepastu.. Kalau.. Kalau Pia nak pergi dari hidup abang Pia pergi lah. Abang janji abang tak kan halang lagi..’’ sebak suara Ilham. Sayu hati Safia mendengarnya. Dia mengeluh perlahan.

“Nanti Pia fikirkan’’ jawab Safia.

“Pia..’’

Safia sikit terperanjat ketika Ilham memegang tangannya. Ilham memandang tepat mata Safia. Dia sambung lagi.

“Abang cintakan Pia sangat-sangat.. Abang tak nak hilang Pia. Pia sendiri tahu kan abang tak nak semua ni. Tapi malam tu Pia paksa abang. Abang tak sengaja.. Abang betul-betul mintak maaf sayang…’’

Tersentuh hati Safia. Sebersalah jugak dia rasa. Dia hanya membiarkan tangannya dalam genggaman Ilham.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience