BAB 40

Romance Series 60749

Dengan malas Safia buka pintu bilik. Ilham berdiri di depan pintu sambil tersenyum.

“Pia pergi mana hari ni? Kenapa abang call tak angkat? Whatsap tak reply?’’ soal Ilham.

“MC. Sakit perut’’ Safia berpusing dan terus berjalan kemudian duduk berbaring semula di atas katil sambil membelek telefon. Ilham yang risau mendengarnya terus duduk di tepi katil Safia.

“Habis tu, ni sakit lagi tak?? Jom abang bawak pergi klinik..’’ Ilham membelek perut isterinya. Safia menepis sekilas tangan Ilham.

“Dah ok pun. Sembelit je’’ Ilham memandang Safia yang khusyuk memandang telefon.

“Pia kenapa ni sayang..? Pia marah abang ke?’’

“Marah kenapa pulak?’’ Kening Safia berkerut tanpa memandang Ilham.

“Yela. Sebab Pia nampak apa jadi kat office tadi…’’

“Tak lah. Buat apa nak marah. Bini awak kan.. bukan mistress awak’’

Ilham yang perasan panggilan itu berubah terus merampas telefon di tangan Safia. Terperanjat Safia dibuatnya.

“Ishh apa awak ni..! phone saya lah!’’ Safia duduk di atas katil dan ingin mengambil telefonnya semula, tapi Ilham mengangkat tinggi tangannya.

“Pia jelous kan?’’

“Nak jelous buat apa. Bagi balik lah phone saya..!’’

“Kenapa? Penting sangat ke tengok phone ni dari tengok muka abang?”

“Pia tengah layan movie kat neflix lah..!'’

Ilham membelek telefon itu. Tiada movie apa pun dibuka melainkan aplikasi fac saja di situ. Ilham tahu Safia menipunya.

“Bagi la balik.!’’ Minta Safia lagi.

“Ok ambiklah..’’ Sengaja Ilham menjauhkan tangannya supaya Safia mengambil telefon itu sendiri.

Safia memuncungkan mulut kemudian ingin bangun mangambil telefon itu. Terpaksalah dia memeluk Ilham disebelahnya untuk mencapai tangan suaminya itu.

Ilham yang rindu dengan bau haruman badan isterinya mula teransang. Melihat Safia memakai baju tidur satin berwarna merah membuatkan dia bernafsu.

Tiba-tiba Ilham memeluk Safia dan membaringkan Safia ke atas katil dengan kasar. Safia menjerit kerana terkejut. Ilham kini berada di atas badan Safia. Berkerut kening Safia memandang bibir Ilham yang tersenyum nakal itu. Ilham terus menekan kedua tangan Safia kemudian mencium perlahan leher isterinya.

“Pia jelous kan sayang? Abang tahu Pia jelous.. ’’ Ilham terus mencumbui leher sehingga ke payudara Safia membuatkan Safia memejam mata menikmati ciuman itu.

Dalam beberapa minit membiarkan Safia tersedar. Cepat tangannya memulas untuk melepaskan cengkaman tangan Ilham di pergelangan tangannya.

“Abang…. Janganlah macam ni…!’’

“I miss you so much sayang.... You miss me too right… Abang nak rujuk….’’ Ilham tidak peduli Safia yang mengelupur ingin melepaskan diri itu. Dia terus mencium rakus payudara Safia.

“Pia tak nak rujuk lah…!’’ Safia cuba menolak Ilham yang terus menindihnya. Hampir saja dia terkhayal tadi. Dia harus sedar. Ini tak boleh berlaku…!

“Why sayang? Abang cintakan Pia. Pia cintakan abang kan.. Abang nak Pia sampai bila-bila… Abang tak nak berpisah’’ Safia yang geram Ilham masih terus begitu bersuara kasar.

“Aku tak nak, tak nak lah!! Tolong lah faham..!!’’ perbuatan Ilham terhenti saat mendengar suara Safia yang meninggi itu.

Dengan perlahan dia melepaskan tangan Safia dan duduk di tepi katil. Safia terus bangun dan duduk di kepala katil sambil membetulkan butang baju tidur yang sedikit terbuka.

“Kenapa? Kenapa Pia tetap nak pisah dengan abang?’’ suara Ilham perlahan.

“Pia dah tak larat nak tahan hati dengan sindiran orang. Tolong lah bagi Pia bahagia sendiri…!’’ Mendatar suara Safia memandang suaminya.

Ilham memandang Safia sayu. Luluh hati dia rasa. Kenapa Safia lebih memikirkan kata orang dari dirinya. Safia juga lebih fikirkan kebahagiaan sendiri dari fikirkan kebahagiaan bersama dengannya. Ilham mengeluh hampa.

“Hmm k..’’ itu saja kata Ilham kemudian bangun dari katil dan keluar dari bilik Safia lalu terus masuk ke biliknya.

Dengan pantas Safia turun dari katil dan mengunci pintu bilik. Dia tersandar di pintu sambil menghembus nafas lega. Dia sangat terangsang saat Ilham rakus mencium leher dan payudaranya tadi. Sungguh dia rindu belaian asmara Ilham. Kalau lah dia tak sedar dan mereka terlanjur tadi, pasti penceraian ini tidak terjadi. Fuh! Nasib baik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience