BAB 10

Romance Series 60740

Selesai saja kenduri aqiqah anak Hanim di rumah Mak long Salma, mereka satu keluarga berkumpul di ruang tamu. Safia masuk ke dalam rumah setelah beberapa minit menunggu di luar.

Kata Ilham, nak terus balik rumah setelah selesai majlis. Ni, dia boleh lepak pulak dengan keluarganya di ruang tamu itu. Ikutkan hati malas Safia nak datang hari ni. Tapi kerana memikirkan Ilham terpaksalah dia ikut. Dengan berat hati Safia melangkah dan duduk di sebelah suaminya.

“Ai Pia. Lama tak nampak. Macam mana, dah ada berita gembira tak?’’ laju Atirah, anak pertama Mak long Salma bertanya pada Safia. Tadi dia tak sempat nak menegur isteri sepupunya itu kerana sibuk menguruskan majlis aqiqah itu.

“Berita apa?’’ kening Safia berkerut. Dia boleh agak maksud Atirah itu.

“Tu?’’ Atirah menjuih mulut pada perut Safia. Mereka semua memandang Safia menantikan jawapan. Merah muka Safia menahan malu.

“Oh. InshaAllah. Ada rezeki ada la nanti’’ Safia tersenyum paksa.

“Bila tu Pia? Rasanya dah lama kan. Cepat-cepat la. Best tau ada anak ni’’ Hanim anak kedua mak long Salma pula menyampuk. Sambil tangannya mengendong anaknya yang masih bayi itu.

“Tula.. Kesian kat ummi korang ni. Dah lama teringin cucu. Asyik main dengan cucu mak long je’’ kata Atirah tanpa rasa bersalah.
Puan Sakinah hanya berdiam sambil bermain dengan cucu kak long nya itu.

“Nak buat macam mana Kak Tira. Kitorang dah usaha macam-macam. Belum rezeki nak bagi ummi cucu. Ummi ok je. Kan ummi kan?’’ Ilham mengusap bahu ibunya yang duduk di atas lantai di tepinya.
Puan Sakinah tersenyum tawar. Dia mula rasa tak selesa dengan topik itu.

“Tak apa. Kalau macam tu cuba la korang ambik anak angkat. Macam anak kawan ayah. Ambik anak angkat terus lekat anak sendiri’’ Encik Aziz mencelah. Mata memandang menantunya yang hanya berdiam itu. Dia faham perasaan itu lagi-lagi melibatkan rezeki anak. Semua tu kan kerja Tuhan. Rasa geram jugak mereka asyik bertanya begini pada keluarganya. Nak je dia angkut anak bini dia balik sekarang!

“Tak apa lah nanti kita bincang dulu. Kan sayang..?’’ Ilham tersenyum pada Safia. Safia hanya mengangkat kening tanpa senyuman.

“Anak angkat ni lain rasanya Am. Anak sendiri pulak lain. Lebih baik anak sendiri. Dari segi harta. Anak angkat tak boleh terima wasiat. Kalau anak sendiri boleh. Lagi pun Am ada bisnes sendiri. Kalau Am ada keturunan Semua tu nanti jatuh pada anak Am’’ Mak long Salma menyampuk.

“Tak apa. Nanti Am ambik anak angkat. Harta Am boleh kasi kat dia. Biar dia urus bisnes Am tu’’ balas Ilham bersahaja.

“Baik bagi pada anak sendiri Am. Kalau bagi kat anak orang ni kita tak tahu kemudian hari jadi apa. Silap-silap bila dah besar harta kamu di gadainya. Bukan kita tahu asal usul dia’’ kata Mak long Salma lagi.

“Kak long. Rezeki anak ni Allah yang bagi. Kalau Allah kata belum rezeki diorang belum la. Pandai-pandai la Am ni urus harta dia sendiri..!’’ Encik Aziz membalasnya tegas. Dia juga rimas bila kakak iparnya tak habis mendesak. Sedangkan dia dan isterinya ok je. Orang lain pulak sibuk-sibuk hal anaknya.

“Iyela. Kak long cuma cakap je. Sepanjang keturunan kami ni mana ada yang tak ada anak. Semua ada anak. Lain la kalau ada yang bermasalah dalaman. Mandul ke. Kan..?’’ pedih hati Safia mendengar kata Mak long Salma itu. Seolah menyindirnya pulak.

No! aku dah buat ujian kesuburan. Aku tak mandul ok! Ingin saja Safia meluahkan suara hatinya itu.

“Mak long cakap apa ni mak long?. Mana ada sesiapa mandul. Doktor dah sah kan kitorang tak ada masalah. So, tunggu rezeki datang je la. Kan sayang?’’ lembut jawapan Ilham. Dia malas nak layan. Ilham memegang tangan Safia. Safia tidak membalasnya. Dia tahu isterinya terasa hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience